UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah

Call Directions Website Contact the university

UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah UiTM Kedah is built to provide higher educational opportunities for the Bumiputera in the Northern areas mainly in Kedah, Pulau Pinang, Perlis and North Perak.

Its existence also aims to help the Bumiputera to boost their education and economy. Situated in the Bujang Valley which is approximately 14 km from the heart of Sungai Petani town, the campus is built on 350 acres land. It started its operation on 1October 1997 and has the capacity of 7,000 students. The first batch was 137 students from Accounting, Public Administration, Business and Banking Studies programmes. UiTM Kedah was once managed by 25 staff. The campus was declared open on 26 November 1999 by YB Tun Daim Zainuddin, Minister of Finance. UiTM Kedah has been acting as the medium in disseminating quality knowledge to the community. It also functions as the catalyst to the development of the rural community through the community service programmes by sharing knowledge and skills related to education and industry. UiTM Kedah Administration has always ensured that good Management Practices are observed. At the same time enhancement to the practices is done continuously to guarantee the quality of all programmes. The practices encompass all the aspects and systems in this campus. There are many facilities such as well-equipped classrooms and hi-tech computer labs provided by the UiTM Kedah Administration to ensure the comfort of the students and staff of UiTM Kedah. All these facilities combined with an excellent teaching and learning process would definitely result in producing knowledgeable and marketable graduates who will be able to compete in the global world. As a staff or graduate from UiTM who possesses the first- class mentality, he/ she should fully utilise all the facilities provided with care for the purpose of enhancing his/ her knowledge and professionalism. Other than the facilities, courses and seminars are also held throughout the year for the purpose of professional development of all UiTM Kedah staff. Through these courses and seminars, UiTM Kedah will be able to produce staff who are motivated and committed in accomplishing their tasks. UiTM Kedah Administration is also committed and consistent in upgrading its quality and quantity of research. Furthermore, the quality of teaching and learning is also another top priority of UiTM Kedah. Many programmes and courses have been organised to motivate UiTM Kedah staff in order to ensure their commitment to work is maintained. These programmes and courses also mean to encourage cooperation so that all parties in this campus will work together to achieve excellence for UiTM Kedah.

23/09/2026

SELAMAT DATANG, WARGA BAHARU UiTM KEDAH! ๐Ÿ’œ

Hari ini bermula satu perjalanan baharu! โœจ

Selamat datang kepada semua pelajar baharu yang mendaftar masuk ke kolej kediaman UiTM Cawangan Kedah. ๐Ÿ ๐ŸŽ“

Bilik baharu, kawan baharu, cerita baharuโ€ฆ dan pastinya banyak memori yang bakal tercipta!

Nikmati setiap detik, kenali kawan-kawan baharu dan jadikan UiTM Kedah rumah kedua anda.

Welcome to the family!
Ready for the best chapter yet?! ๐Ÿš€โœจ

21/09/2026

[ULANG SIAR]

[VIDEO]

Dengarkan ucapan dan pesanan oleh YB Datoโ€™ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi buat semua mahasiswa yang mendaftar dan kembali ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). โœจ

Semoga setiap langkah dalam perjalanan sebagai mahasiswa dipenuhi ilmu, pengalaman dan peluang untuk mengembangkan potensi diri. Teruskan melangkah dengan yakin dalam mengejar cita-cita dan jadilah generasi yang mampu memberi sumbangan bermakna kepada masa depan negara. ๐ŸŽ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim




Dari Dewan Latehan RIDA, Maktab MARA sehinggalah ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), ikatan persaudaraan alumni kita te...
21/09/2026

Dari Dewan Latehan RIDA, Maktab MARA sehinggalah ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), ikatan persaudaraan alumni kita tetap kukuh memekar!

Ayuh bersama-sama memeriahkan Himpunan Mesra Alumni UiTM Bersama YAB Perdana Menteri! Tempat adalah terhad, pastikan anda telah mengesahkan kehadiran.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 12.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

5 HARI LAGI!

Dari Dewan Latehan RIDA, Maktab MARA sehinggalah ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), ikatan persaudaraan alumni kita tetap kukuh memekar!

Ayuh bersama-sama memeriahkan Himpunan Mesra Alumni UiTM Bersama YAB Perdana Menteri! Tempat adalah terhad, pastikan anda telah mengesahkan kehadiran.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 12.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 (KOPA 2026) yang berlangsung pada 9 dan 10 September 2026 lalu di Dewan Agung Tuanku C...
20/09/2026

Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 (KOPA 2026) yang berlangsung pada 9 dan 10 September 2026 lalu di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang.

Lebih membanggakan, kejayaan KOPA 2026 turut disumbangkan oleh warga UiTM Cawangan Kedah yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penganjuran, bersama rakan strategik daripada UiTM, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga UiTM Cawangan Kedah yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kepakaran dalam menjayakan konvensyen yang julung kali dianjurkan melalui kolaborasi strategik ini.

Semoga kejayaan KOPA 2026 terus menjadi inspirasi kepada lebih banyak sinergi, inovasi dan perkongsian kepakaran antara institusi akademik dan perkhidmatan awam.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พDari utara tanah air, dari bumi Kedah yang penuh sejarah dan warisan, kita turut sama me...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dari utara tanah air, dari bumi Kedah yang penuh sejarah dan warisan, kita turut sama menyambut Hari Malaysia dengan satu rasa yang sama โ€” bangga menjadi sebahagian daripada sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian.

Dari Gunung Jerai hingga ke sawah bendang, dari pekan kecil hingga ke kampus UiTM Cawangan Kedah di Merbok, semangat Malaysia sentiasa hidup dalam kepelbagaian budaya, bahasa, makanan dan cara kita bersama.

Semoga semangat ini terus kita suburkan, khususnya dalam kalangan generasi muda โ€” untuk menghargai sejarah, meraikan kepelbagaian dan bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Salam Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada Warga UiTM Cawangan Kedah buat seluruh rakyat Malaysia!






Warga UiTM Kedah, jommmm kita pakat pi buat meriah kat Keretapi Sarong Sungai Petani 2026!๐Ÿš‚๐ŸŽ‰Warga UiTM Kedah dijemput un...
15/09/2026

Warga UiTM Kedah, jommmm kita pakat pi buat meriah kat Keretapi Sarong Sungai Petani 2026!๐Ÿš‚๐ŸŽ‰

Warga UiTM Kedah dijemput untuk menyertai 3KM Fun Walk bersempena Keretapi Sarong Sungai Petani:

๐Ÿ“… 16 September 2026
โฐ 3.30 petang
๐Ÿ“ Dataran Zero, Sungai Petani (berdekatan Booth UiTM Kedah)
๐Ÿ‘• Pakat pakai la elemen warna ungu UiTM ๐Ÿ’œ (baru lah UiTM kan)

Boleh bawak keluarga sekali naa ๐Ÿ˜

Jom pakat ramai-ramai pi! Kita berjalan santai sambil meriahkan sambutan Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jangan lupa kain sarung hampa naa๐Ÿ˜

๐Ÿค Bila selawat bergema, hati disatukan dalam rasa cinta kepada Rasulullah SAW.Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Ra...
14/09/2026

๐Ÿค Bila selawat bergema, hati disatukan dalam rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UiTM Cawangan Kedah pada 10 September 2026 berlangsung penuh meriah dan bermakna.

Sambutan dimulakan dengan Perarakan Maulidur Rasul dari Dataran Ilmu ke Dewan Perdana. Lebih istimewa, Rektor, Timbalan-Timbalan Rektor, Ketua-Ketua Bahagian serta warga kampus turut bersama-sama berarak sambil berselawat.

Suasana diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Zawawi Ibrahim, persembahan Qasidah/Burdah oleh Burdah Brothers UiTM Cawangan Kedah, serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Nasyid, Dapur Sunnah, Kuiz Kefahaman Islam dan Perarakan.

Tahniah kepada semua pemenang! Terima kasih juga kepada seluruh warga kampus atas komitmen dan penyertaan dalam menyemarakkan Bulan Sambutan Maulidur Rasul.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak hanya bergema dalam selawat, tetapi terus terpancar melalui akhlak, kasih sayang dan amalan kita setiap hari. ๐Ÿค

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

12/09/2026

Assalamualaikum dan salam UiTM dihatiku!

Warga UiTM Kedah dah ready nak berKeretapi Sarong 2026?

Jom kita turun beramai-ramai ke Sungai Petani!

Sarungkan pakaian tradisional kita, bawa semangat UiTM, dan kita raikan kepelbagaian, perpaduan bersama!

Juga khas buat para alumni UiTM Kedah, jom ajak kawan-kawan batch anda semua, kita jalan sama-sama sebagai satu kontinjen UiTM di Keretapi Sarong Sungai Petani!

Jangan tengok dari jauhโ€ฆ jom kita jadi sebahagian daripada kemeriahan ini!

Kita jumpa di Keretapi Sarong 2026 Sungai Petani pada 16 September 2026!

IKLAN JAWATAN KOSONG JAWATAN PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT) DI UiTM CAWANGAN KEDAHUniversiti Teknologi MARA deng...
08/09/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG JAWATAN PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT) DI UiTM CAWANGAN KEDAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani.

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani di https://kedah.uitm.edu.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2026.

Tahniah diucapkan kepada Kelab Staf UITM Kedah (KSUK) atas penganjuran program 10K LANGKAH KSUK 2026 โ€“ โ€œMelangkah Sihat,...
06/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Kelab Staf UITM Kedah (KSUK) atas penganjuran program 10K LANGKAH KSUK 2026 โ€“ โ€œMelangkah Sihat, Jiwa Merdekaโ€, dan terima kasih kepada semua warga kampus yang sudi turut serta memeriahkan program.

Semoga semangat kemerdekaan, kebersamaan dan keharmonian ini terus dipupuk dalam kalangan warga kampus. Kita bina kampus yang bukan sahaja sihat dan produktif, tetapi juga penuh dengan rasa kekitaan dan saling menghargai.

Selamat menyambut bulan kemerdekaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

UiTM Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani
Kuala Muda
08400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah:

Shortcuts

Share