Kolej Komuniti Padang Terap

Call Directions Website Contact the university

Kolej Komuniti Padang Terap Kolej Komuniti Padang Terap
Kementerian Pendidikan Tinggi
Padang Terap, Kedah SYARAT AM KEMASUKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM Atau Setaraf
3.

Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah ( Bagi SPM Tahun 2013 Ke Atas )

VISI
Menjadi peneraju Institusi TVET yang Unggul

MISI
β€’ Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
β€’ Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
β€’ Melahirkan graduan holistik, berciri usahawan dan seimbang
β€’ Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan

05/10/2026
05/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2026 πŸŽ“

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga akademia khususnya di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang sentiasa menjadi tunjang dalam membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Dedikasi, ilmu, kepakaran dan komitmen para pensyarah bukan sekadar menyampaikan ilmu di bilik kuliah, malah menjadi pemangkin kepada lahirnya graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kompeten, inovatif dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Seiring dengan tema tahun ini iaitu β€œSinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademia”, marilah kita terus memperkukuh budaya ilmu, memperkasa inovasi dan menyemarakkan kecemerlangan akademia demi masa depan pendidikan tinggi negara yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC






Kolej Komuniti Padang Terap berbesar hati menerima Lawatan Penilaian Kitaran Baharu Akreditasi Malaysian Board of Techno...
05/10/2026

Kolej Komuniti Padang Terap berbesar hati menerima Lawatan Penilaian Kitaran Baharu Akreditasi Malaysian Board of Technologists (MBOT) bagi program Sijil Teknologi Elektrik.

Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan pelaksanaan program terus memenuhi standard profesional, keperluan industri serta menjamin kualiti pendidikan dan latihan TVET yang ditawarkan kepada para pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MBOT atas komitmen, pandangan serta penilaian yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. Semoga segala usaha dan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti, profesionalisme serta kecemerlangan berterusan Sijil Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Padang Terap. βš‘πŸŽ“

Kompeten β€’ Berilmu β€’ Beretika β€’ Berinovasi

Karnival Kokurikulum Dan Minggu STEMSMK Pokok Sena 2Kolej Komuniti Padang Terap turut sama memeriahkan karnival ini bagi...
30/09/2026

Karnival Kokurikulum Dan Minggu STEM
SMK Pokok Sena 2

Kolej Komuniti Padang Terap turut sama memeriahkan karnival ini bagi membuka ruang kepada pelajar sekolah untuk mengenali lebih dekat lagi berkenaan fungsi KKPT.
terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan tahniah atas pnganjuran karnival ini.



πŸš€ HEBAHAN PERMOHONAN LALUAN ASIMILASI SESI II 2026/2027Permohonan Laluan Asimilasi dibuka kepada pelajar Semester Akhir ...
29/09/2026

πŸš€ HEBAHAN PERMOHONAN LALUAN ASIMILASI SESI II 2026/2027

Permohonan Laluan Asimilasi dibuka kepada pelajar Semester Akhir Sijil Kolej Komuniti yang sedang menjalani Latihan Industri pada Sesi I 2026/2027 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik dan Kolej Komuniti.

πŸ“… Tarikh Penting:
πŸ”΅ Permohonan dibuka: 28 September 2026
πŸ”΄ Permohonan ditutup: 28 Oktober 2026
πŸ”΅ Semakan keputusan & rayuan: 20 November 2026
πŸ”΄ Pendaftaran pelajar baharu: 6/7 Disember 2026

🌐 Mohon & semak maklumat lanjut:
https://ambilan.mypolycc.edu.my





Pelajar Kolej Komuniti Padang Terap (KKPT) Menerima Manfaat Melalui Pelaksanaan Inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI 2...
29/09/2026

Pelajar Kolej Komuniti Padang Terap (KKPT) Menerima Manfaat Melalui Pelaksanaan Inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI 2026

Pelaksanaan Inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI KKPT yang memberikan manfaat secara terus kepada para pelajar Kolej Komuniti Padang Terap (KKPT) sebagai langkah komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga pelajar.

Inisiatif ini menyediakan bantuan makanan secara percuma khusus buat para pelajar yang memerlukan, terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah. Penyediaan fasiliti Food Bank di KKPT ini bertujuan untuk memudahkan akses para pelajar kepada bekalan makanan semasa berada di kampus.

Penganjuran inisiatif kebajikan ini bukan sahaja dapat meringankan beban kos sara hidup para pelajar, malah turut memastikan fokus mereka sentiasa terjamin sepanjang sesi pengajian tanpa halangan.

Pelaksanaan program ini mencerminkan keperihatinan dalam memperkasakan agenda kebajikan pelajar di bawah gagasan Malaysia MADANI, sekali gus memupuk nilai keprihatinan dan kebersamaan di peringkat institusi.

Semoga inisiatif Food Bank Dapur Siswa MADANI di KKPT ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar, berjalan dengan lancar secara berterusan, serta memberi impak yang positif terhadap kesejahteraan hidup dan akademik pelajar KKPT. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨







πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌟 LAWATAN AKADEMIK PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM) 🌟Satu Lawatan Akademik anjuran Unit Teknologi Maklumat, Kolej ...
28/09/2026

🌟 LAWATAN AKADEMIK PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM) 🌟

Satu Lawatan Akademik anjuran Unit Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Padang Terap telah diaturkan ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)! πŸ–₯οΈπŸŽ“
Butiran lawatan adalah seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 8.30 pagi
πŸ‘₯ Peserta: 18 orang pelajar Semester 3 & 6 orang pensyarah STM

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar STM tentang persekitaran pembelajaran di peringkat Diploma.
Lebih menarik lagi, peserta juga berpeluang untuk menyaksikan pameran ICTeX’2026! Ini merupakan satu platform pendedahan yang sangat baik untuk melihat sendiri pelbagai hasil inovasi dan projek akhir hebat daripada pelajar-pelajar peringkat Diploma JTMK. πŸš€πŸ’‘

Semoga lawatan ini mampu menyuntik inspirasi dan semangat baharu kepada pelajar-pelajar kita untuk terus cemerlang dan mengejar peluang melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. πŸ’ͺπŸ“š

TAHNIAH KONTINJEN KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP! πŸ†πŸ‡²πŸ‡ΎTempat Ketiga πŸ₯‰ Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Da...
14/09/2026

TAHNIAH KONTINJEN KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP! πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tempat Ketiga πŸ₯‰ Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kolej Komuniti Padang Terap atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2026. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan kesungguhan seluruh ahli kontinjen yang telah memberikan persembahan terbaik sepanjang perbarisan.

Lebih membanggakan, kejayaan ini mencerminkan semangat patriotisme dan jati diri warga Kolej Komuniti Padang Terap dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan serta menghayati erti kemerdekaan.

πŸ’™β€οΈ Satu hati, satu semangat, satu perjuangan!
Teruskan melangkah dengan penuh kebanggaan membawa nama Kolej Komuniti Padang Terap.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta kontinjen, jurulatih, urus setia serta warga Kolej Komuniti Padang Terap yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

Kolej Komuniti Padang Terap Melangkah Bersama, Mengukir Kejayaan! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨








πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

πŸ“’ PRA TAWARAN SESI II : 2026/2027 KINI DIBUKA! πŸŽ“ Calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej K...
04/09/2026

πŸ“’ PRA TAWARAN SESI II : 2026/2027 KINI DIBUKA!

πŸŽ“ Calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti!

Semakan keputusan Pra Tawaran Sesi II 2026/2027 kini boleh dibuat mulai:
πŸ“… 3 September 2026
⏰ Jam 6.00 petang

Calon yang menerima pra tawaran boleh membuat Setuju Terima & Cetakan Surat Tawaran dalam tempoh:
πŸ“… 3 – 10 September 2026

πŸ“ Jangan lupa! Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah pada:
πŸŽ“ 22 / 23 November 2026

πŸ‘‰ Semak keputusan dan cetak surat tawaran anda sekarang!

🌐 Layari Portal Pengambilan POLYCC di ambilan.mypolycc.edu.my

✨ Tahniah kepada calon yang berjaya! Selamat datang ke Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ“

πŸ“’ BENGKEL PENGINTEGRASIAN OBE, VBE DAN ESD DI KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAPKolej Komuniti Padang Terap | 3 September 2026K...
03/09/2026

πŸ“’ BENGKEL PENGINTEGRASIAN OBE, VBE DAN ESD DI KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP

Kolej Komuniti Padang Terap | 3 September 2026

Kolej Komuniti Padang Terap telah menganjurkan Bengkel Pengintegrasian Outcome Based Education (OBE), Value-Based Education (VBE) dan Education for Sustainable Development (ESD) yang berlangsung pada 3 September 2026 bertempat di Bilik Persidangan Kolej Komuniti Padang Terap.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Zakiah binti Md Saad, Ketua Unit Jaminan Kualiti dan Dokumentasi, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), dengan fokus kepada pemahaman serta pengintegrasian elemen OBE, VBE dan ESD dalam pelaksanaan pendidikan dan pengajaran.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi warga pendidik dalam merancang dan melaksanakan proses pembelajaran yang bukan sahaja berorientasikan pencapaian learning outcomes, malah turut menerapkan nilai-nilai murni serta elemen kelestarian sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini.

Semoga perkongsian ilmu dan amalan terbaik yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti penyampaian pengajaran, pembangunan pelajar secara holistik serta keberkesanan sistem pendidikan di Kolej Komuniti Padang Terap.

🌱 OBE β€’ VBE β€’ ESD β€” Pendidikan berkualiti, nilai diperkasa, kelestarian dijana.










Address

Kuala Nerang
06300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047903811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Padang Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Padang Terap:

Share