Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU

Call Directions Contact the university

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU Hal Ehwal Pelajar

Info Kokurikulum 2026Tahniah & Syabas diucapkan atas penyertaan 4 orang pelajar mewakili Pusat Asasi KIDU ke :📌KEM AKADE...
19/09/2026

Info Kokurikulum 2026
Tahniah & Syabas diucapkan atas penyertaan 4 orang pelajar mewakili Pusat Asasi KIDU ke :

📌KEM AKADEMI PENDAKWAH MUDA ZAKAT
📌anjuran LZNK, di Kem Paya Pahlawan Jitra, brmula 17-19 Sept 2026 (Khamis-Sabtu).

Selamat Berangkat dan Selamat Berjuang Mendapatkan Ilmu daripada para Ulama' di Bumi Ardhil Kinanah.
12/09/2026

Selamat Berangkat dan Selamat Berjuang Mendapatkan Ilmu daripada para Ulama' di Bumi Ardhil Kinanah.

🇲🇾✨ SELAMAT MELANJUTKAN PENGAJIAN KE BUMI KINANAH, AL-AZHAR AL-SYARIF✨🇪🇬

"DARI KIDU, MELANGKAH KE PERSADA ILMU"

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat berangkat kepada para pelajar lepasan STAM Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir bagi tahun 2026.

💐 Enam permata KIDU yang akan meneruskan langkah di bumi Mesir ialah:

1. MUHAMMAD IKMAL HAZIM BIN KAMARUDDIN
2. MUHAMMAD AMIRUN AKMAL BIN AZALIL PUTERA
3. IMAN ASYRAF BIN ELIAS
4. NUR IZZAH BINTI MOHD YAZID
5. AFIQAH ZUHAIRAH BINTI ZAHIR
6. NUR IZZANI BINTI MUHAMAD ASRI

Semoga perjalanan menuntut ilmu di Al-Azhar al-Syarif dipermudahkan, dilimpahi keberkatan dan dikurniakan kejayaan dalam setiap langkah.

🎓 Daripada KIDU, menuju Al-Azhar.
📚 Menuntut ilmu hari ini, berbakti kepada ummah esok hari.

Siiru ala barakatillah.


11/09/2026

KULIAH DUHA MINGGU KE-2

Jom luangkan masa bersama untuk menyuburkan hati dan menambah ilmu melalui pengajian Minhajul ‘Abidin bersama Ustaz Abu Bakar Razak.

📅 Setiap Jumaat
⏰ 9.00 pagi
📍 Masjid Muassasah Darul ‘Ulum

“Ilmu menerangi jalan, amal menyempurnakan perjalanan.”

Semua dijemput hadir. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi asbab keberkatan hidup.

7 September 2026, KIDU - 9 Pelajar Antarabangsa Kolej Islam Darul Ulum juga tidak terlepas peluang untuk menyertai Progr...
07/09/2026

7 September 2026, KIDU - 9 Pelajar Antarabangsa Kolej Islam Darul Ulum juga tidak terlepas peluang untuk menyertai Program Bakti Siswa KIDU.

InsyaAllah bermula 7 September hingga 10 September 2026 mereka akan menjalan program dan aktiviti bakti di KIDU.

Semoga program ini memberi impak positif kepada semua yang terlibat.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU
7 September 2026

7 September 2026, Al Bukhari - Seramai 18 Pelajar Kolej Islam Darul Ulum menyertai Program Bakti Siswa anjuran Kerajaan ...
07/09/2026

7 September 2026, Al Bukhari - Seramai 18 Pelajar Kolej Islam Darul Ulum menyertai Program Bakti Siswa anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga mendapat manfaat dan kebaikan untuk masa akan datang. Berbakti dan berkhidmat adalah tuntutan kepada setiap orang yang mewarisi Ilmu. Sungguh Ilmu itu tiada hasil kecuali dengan diamalkan dan dicurahkan.

Tahniah dan Selamat Berbakti.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU
7 September 2026

Merdeka..Merdeka..Merdeka..
31/08/2026

Merdeka..Merdeka..Merdeka..

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 🇲🇾

Mensyukuri nikmat kemerdekaan,
menyemai kasih kepada tanah air,
membina generasi berilmu dan berakhlak.

Merdeka Jiwa, Teguh Perpaduan, Gemilang Malaysia. ❤️🇲🇾


Assalamualaikum warahmatullah..✨📜MAKLUMAN📜Kuliah Tafaqquh  (01/09/2026-Selasa)👳🏻‍♂️USTAZ ABU BAKAR BIN RAZAK📕Kitab     :...
31/08/2026

Assalamualaikum warahmatullah..✨

📜MAKLUMAN📜

Kuliah Tafaqquh
(01/09/2026-Selasa)

👳🏻‍♂️USTAZ ABU BAKAR BIN RAZAK
📕Kitab : Al-Kharidah Al-Bahiyyah
⏰Masa : 8:30-9:30 Pagi
🕌Tempat : MASJID MDU

Kearah Melahirkan Ulamak Amilin"

ExcoIlmiah&Multimedia25/26

29/08/2026
29/08/2026

InsyaAllah sebahagian pelajar KIDU akan sertai.

Semua Pelajar Kolej Islam Darul Ulum DIWAJIBKAN Hadir.
24/08/2026

Semua Pelajar Kolej Islam Darul Ulum DIWAJIBKAN Hadir.

Address

Km 23 Jalan Kuala Nerang
Kuala Nerang

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+601156601749

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU:

Shortcuts

Share