Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur - FSPA UMT

Call Directions Contact the university

Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur - FSPA UMT Sejarah FSPA bermula sejak 1979 dengan penubuhan Pusat Sains Perikanan dan Sains Samudera di Universiti Pertanian Malaysia.

Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu
----------------------------------------------------------------
Faculty of Fisheries and Aquaculture Sciences (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu

Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA) secara rasmi ditubuhkan pada 1 Ogos 2025, sejajar dengan aspirasi transformasi akademik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta hala tuju pembangunan negara berteraskan Ekonomi Madani, Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2030). Fakulti ini memberi tumpuan kepada isu sekitaran makanan mampan, ekonomi biru, dan transformasi digital dengan mengintegrasikan teknologi pintar seperti IoT, AI dan automasi. Sektor perikanan dan akuakultur bukan sahaja penting bagi pemakanan dan pertumbuhan ekonomi, malah menyokong pemuliharaan alam sekitar serta memperkukuh komuniti berdaya tahan. Pada 1996, ia berkembang menjadi Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi di UPM. Tahun 2012, fakulti ini beralih ke Universiti Malaysia Terengganu sebagai Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM). Pada 2013, penstrukturan semula menubuhkan dua pusat pengajian, yang akhirnya digabungkan pada 2019 sebagai Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM). Akhirnya, pada 2025, FSPA diwujudkan hasil pemisahan FPSM kepada dua fakulti utama. Hari ini, FSPA menawarkan program akademik dan penyelidikan berimpak tinggi untuk melahirkan tenaga profesional berkemahiran dalam perikanan dan akuakultur. Penubuhannya mencerminkan komitmen UMT sebagai peneraju dalam pendidikan, penyelidikan, dan inovasi sumber akuatik yang lestari, seiring aspirasi negara membina ekonomi berpendapatan tinggi, inklusif dan berdaya tahan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faculty of Fisheries and Aquaculture Sciences (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu

The Faculty of Fisheries and Aquaculture Sciences (FSPA) was officially established on 1 August 2025, in line with Universiti Malaysia Terengganuโ€™s (UMT) academic transformation and Malaysiaโ€™s development agenda under the Madani Economy, the National Agrofood Policy 2.0 (NAP 2.0), and the United Nations Sustainable Development Goals (SDG 2030). FSPA focuses on sustainable food security, the blue economy, and digital transformation, integrating smart technologies such as IoT, AI, and automation in aquaculture. The fisheries and aquaculture sectors contribute not only to nutrition and economic growth but also to environmental conservation and building resilient communities. The facultyโ€™s roots can be traced back to 1979, with the establishment of the Centre for Fisheries and Marine Science at Universiti Pertanian Malaysia. In 1996, it evolved into the Faculty of Applied Sciences and Technology at Universiti Putra Malaysia (UPM). In 2012, the faculty transitioned to Universiti Malaysia Terengganu as the Faculty of Agrotechnology and Food Science (FASM). A restructuring in 2013 created two academic centres, which were later merged in 2019 as the Faculty of Fisheries and Food Science (FPSM). Finally, in 2025, FSPA was established following the restructuring of FPSM into two separate faculties. Today, FSPA offers innovative academic programmes and impactful research, producing highly skilled professionals to strengthen Malaysiaโ€™s fisheries and aquaculture sectors. Its establishment reflects UMTโ€™s commitment to becoming a leader in education, research, and sustainable aquatic resource innovation, aligned with the nationโ€™s aspiration to build a resilient, inclusive, and high-income economy.

23/09/2026
๐ŸŒŸ Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada *Nurul Izzryn Binti Shamsul Ariffin*, atas kejayaan terpilih mewakili *...
23/09/2026

๐ŸŒŸ Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada *Nurul Izzryn Binti Shamsul Ariffin*, atas kejayaan terpilih mewakili *Malaysia dalam FISU World University Championship Sailing 2026 di Split, Croatia*. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ›ต

Semoga terus cemerlang, membawa nama Malaysia dan UMT dengan penuh kebanggaan! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Ikhlas daripada seluruh *warga FSPA, UMT*.

โœจTahniah diucapkan kepada *Ts. Dr. Lokman Norhakim bin Norazmi* dan *Dr. Muhammad Abduh bin Yazed* atas pencalonan Anuge...
23/09/2026

โœจTahniah diucapkan kepada *Ts. Dr. Lokman Norhakim bin Norazmi* dan *Dr. Muhammad Abduh bin Yazed* atas pencalonan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi (AKRI) 2026. ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama FSPA & UMT. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Tahniah dan syabas!*Prof. Madya Ts. Dr. Nur Asma binti Ariffin* atas kenaikan pangkat ke *Profesor Madya (DS14)*.Ikhlas ...
22/09/2026

Tahniah dan syabas!

*Prof. Madya Ts. Dr. Nur Asma binti Ariffin* atas kenaikan pangkat ke *Profesor Madya (DS14)*.

Ikhlas daripada seluruh warga FSPA UMT. ๐ŸŒท

๐ŸŽ‰ *TAHNIAH & SYABAS!* ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada: *Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor* atas...
22/09/2026

๐ŸŽ‰ *TAHNIAH & SYABAS!* ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

*Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor*

atas pelantikan sebagai *Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Terengganu*.

Semoga pelantikan ini terus menyemarakkan kecemerlangan akademik dan memperkukuh agenda antarabangsa UMT.

Ikhlas daripada seluruh *warga Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur, UMT*. ๐Ÿ’™

๐ŸŽ‰ *TAHNIAH & SYABAS!*๐ŸŽ‰Seluruh warga *Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA)*, Universiti Malaysia Terengganu (UMT...
22/09/2026

๐ŸŽ‰ *TAHNIAH & SYABAS!*๐ŸŽ‰

Seluruh warga *Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA)*, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada:

*PROFESOR DR. SURIYANI BINTI MUHAMAD*

atas pelantikan sebagai *Naib Canselor* *Universiti Malaysia Terengganu*.

Semoga kepimpinan, iltizam dan kecemerlangan Profesor Dr. Suriyani terus membawa UMT melakar lebih banyak kejayaan serta memperkukuh kecemerlangan universiti di persada nasional dan antarabangsa.

Ikhlas daripada seluruh *warga FSPA, UMT*. ๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿ’›

18/09/2026
๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐š๐ซ๐ฅ ๐‘๐ข๐ฏ๐ž๐ซ ๐…๐ข๐ฌ๐ก๐ž๐ซ๐ฒ ๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐š๐ซ๐œ๐ก ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ž (๐๐‘๐…๐‘๐ˆ) ๐ค๐ž ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ฎ ๐–๐ž๐ญ๐ฅ๐š๐ง๐๐ฌSerama...
17/09/2026

๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐š๐ซ๐ฅ ๐‘๐ข๐ฏ๐ž๐ซ ๐…๐ข๐ฌ๐ก๐ž๐ซ๐ฒ ๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐š๐ซ๐œ๐ก ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ž (๐๐‘๐…๐‘๐ˆ) ๐ค๐ž ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ฎ ๐–๐ž๐ญ๐ฅ๐š๐ง๐๐ฌ

Seramai lima orang ahli delegasi daripada Pearl River Fishery Research Institute (PRFRI), Guangzhou, China telah mengadakan lawatan ke Taman Negeri Setiu Wetlands, Terengganu pada 16 September 2026.

Lawatan tersebut turut diiringi oleh Dekan Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada delegasi PRFRI mengenai ekosistem tanah lembap, biodiversiti serta pengurusan sumber perikanan dan alam sekitar di kawasan Setiu Wetlands.

Lawatan ke Taman Negeri Setiu Wetlands ini merupakan sebahagian daripada pengisian program sempena Majlis Menandatangani Surat Niat (Letter of Intent, LOI) antara PRFRI dan UMT. Kerjasama ini diharapkan dapat membuka ruang kepada pengukuhan hubungan institusi serta penerokaan peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, pendidikan, perikanan, akuakultur dan pemuliharaan sumber akuatik antara kedua-dua institusi.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan dan pengalaman, di samping mengenal pasti potensi kerjasama strategik yang boleh memberi manfaat kepada bidang sains perikanan dan akuakultur pada masa hadapan.

===========================================

๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ ๐•๐ข๐ฌ๐ข๐ญ ๐›๐ฒ ๐๐ž๐š๐ซ๐ฅ ๐‘๐ข๐ฏ๐ž๐ซ ๐…๐ข๐ฌ๐ก๐ž๐ซ๐ฒ ๐‘๐ž๐ฌ๐ž๐š๐ซ๐œ๐ก ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ๐ž (๐๐‘๐…๐‘๐ˆ) ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ญ๐จ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ฎ ๐–๐ž๐ญ๐ฅ๐š๐ง๐๐ฌ ๐’๐ญ๐š๐ญ๐ž ๐๐š๐ซ๐ค

On 16 September 2026, a delegation comprising five representatives from the Pearl River Fishery Research Institute (PRFRI), Guangzhou, China, visited Setiu Wetlands State Park, Terengganu.

The delegation was accompanied by the Dean of the Faculty of Fisheries and Aquaculture Sciences (FSPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). The visit provided an opportunity for the PRFRI delegation to gain first-hand exposure to the wetland ecosystem, biodiversity, and the management of fisheries and environmental resources within the Setiu Wetlands area.

The visit was organised as part of the programme associated with the Letter of Intent (LOI) signing ceremony between PRFRI and UMT. The proposed collaboration is expected to strengthen institutional ties and explore opportunities for cooperation in research, education, fisheries, aquaculture, and aquatic resource conservation between the two institutions.

The visit also served as a platform for both parties to exchange knowledge and expertise, as well as to identify potential areas for strategic collaboration that could contribute to the advancement of fisheries and aquaculture science in the future.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026* ๐ŸŒŠโ€‹Dari lautan hingga ke daratan, mari kita terus bersatu hati memelihara kemak...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026* ๐ŸŒŠ

โ€‹Dari lautan hingga ke daratan, mari kita terus bersatu hati memelihara kemakmuran dan keharmonian tanah air tercinta.

Bersama membina Malaysia yang Madani, harmoni, dan sejahtera!

โ€‹Salam Hari Malaysia daripada kami,

*warga Fakulti Sains Perikanan & Akuakultur (FSPA), UMT.*

โ€‹

Address

Fakulti Sains Perikanan Dan Akuakultur, Universiti Malaysia
Kuala Nerus
21030

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+6096684930

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur - FSPA UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur - FSPA UMT:

Shortcuts

Share