Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA A platform for current information from Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, UMPSA

This page aims to share current news and information regarding our faculty to the public.

    ERGONOMIK: KECIL PERUBAHAN, BESAR IMPAKPEKAN, 13 Ogos 2026 – Program Ergonomik: Kecil Perubahan, Besar Impak telah b...
13/08/2026




ERGONOMIK: KECIL PERUBAHAN, BESAR IMPAK

PEKAN, 13 Ogos 2026 – Program Ergonomik: Kecil Perubahan, Besar Impak telah berlangsung pada hari ini sebagai satu usaha meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan amalan ergonomik dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif.

Program anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan FTKEE Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad selaku pembuka program.

Sesi diteruskan dengan ceramah kesedaran ergonomik yang disampaikan oleh Dr. Kesavan A/L Govindasamy, Ketua Seksyen Kesihatan Pekerjaan/Occupational Health Doktor (OHD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Kementerian Sumber Manusia.

Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan terhadap kepentingan kesedaran ergonomik dalam rutin pekerjaan, termasuk mengenal pasti risiko serta mengamalkan kaedah kerja yang lebih betul bagi membantu menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga kerja.

Menariknya, program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 219 orang peserta menyertai sesi secara dalam talian, mencerminkan komitmen warga UMPSA terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.

Semoga perkongsian dan kesedaran yang diperoleh melalui program ini dapat diterapkan dalam amalan kerja seharian, kerana perubahan kecil dalam cara kita bekerja mampu memberikan impak yang besar terhadap kesihatan dan keselamatan.

    DARI PENYELIDIKAN KE IMPAK: MEMBINA EKOSISTEM MASJID PINTAR BERASASKAN DATAKUANTAN, 12–13 Ogos 2026 – Usaha menterje...
13/08/2026




DARI PENYELIDIKAN KE IMPAK: MEMBINA EKOSISTEM MASJID PINTAR BERASASKAN DATA

KUANTAN, 12–13 Ogos 2026 – Usaha menterjemahkan kepakaran dan hasil penyelidikan universiti kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada komuniti terus diperkukuh menerusi kolaborasi antara Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Masjid Tepian Putra Kuantan.

Kolaborasi ini memberi tumpuan kepada penerapan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan Computer Vision dalam pengurusan masjid, khususnya melalui pembangunan sistem pengiraan dan pengurusan jemaah berasaskan AI.

Kepakaran tersebut disumbangkan oleh Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menerusi pembangunan sistem yang memanfaatkan teknologi Computer Vision dan AI untuk menganalisis imej daripada kamera sedia ada, mengira jumlah jemaah secara automatik serta menyediakan maklumat yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pemantauan dan analisis corak kehadiran jemaah.

Lebih daripada sekadar mengetahui jumlah jemaah, data yang diperoleh berpotensi menjadi asas kepada pengurusan masjid yang lebih sistematik dan berasaskan data. Maklumat mengenai pola kehadiran boleh membantu pihak pengurusan membuat perancangan yang lebih tepat berkaitan penggunaan tenaga, keperluan petugas, penganjuran program dan ceramah, pengurusan kapasiti serta penambahbaikan kemudahan masjid.

Pendekatan ini turut membuka ruang kepada penerapan konsep Masjid Pintar (Smart Mosque) yang bukan sahaja menekankan penggunaan teknologi, malah mengoptimumkan sumber dan meningkatkan kecekapan pengurusan. Dalam jangka panjang, penggunaan data sebenar boleh menyokong usaha ke arah masjid yang lebih selamat, cekap, lestari dan responsif terhadap keperluan komuniti.

Kerjasama ini juga dijangka menjadi langkah awal kepada pembangunan beberapa aplikasi AI yang lain secara berperingkat, termasuk teknologi berasaskan imej bagi menyokong pengesanan awal api dan asap, pemantauan keselamatan serta pengesanan aktiviti yang mencurigakan.

Matlamat utama kolaborasi ini adalah untuk memastikan teknologi yang dibangunkan bukan sekadar inovatif, tetapi benar-benar berasaskan keperluan sebenar dan mampu memberikan nilai tambah kepada pengurusan serta komuniti setempat.

FTKEE merakamkan penghargaan kepada Dr. Ahmad Johari atas inisiatif mencetuskan kolaborasi ini serta pihak Masjid Tepian Putra Kuantan atas keterbukaan dan sokongan terhadap usaha penerapan teknologi AI dalam pengurusan masjid.

Kolaborasi seperti ini mencerminkan peranan universiti dalam menghubungkan kepakaran, penyelidikan, teknologi dan keperluan masyarakat, sekali gus memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan daripada idea kepada penyelesaian yang memberi impak sebenar kepada komuniti.

    BENGKEL PEMBANGUNAN MINDA STRATEGIK PENTADBIR-PENTADBIR FAKULTI DI UMPSA (SIRI 3)“GLOBALIZATION: NEW WAY OF UMPSA” A...
12/08/2026




BENGKEL PEMBANGUNAN MINDA STRATEGIK PENTADBIR-PENTADBIR FAKULTI DI UMPSA (SIRI 3)

“GLOBALIZATION: NEW WAY OF UMPSA”

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Pembangunan Minda Strategik Pentadbir-Pentadbir Fakulti di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Siri 3) pada 12 Ogos 2026 bertempat di Dewan Peperiksaan FTKEE, UMPSA Kampus Pekan.

Bagi siri kali ini, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi penganjuran bengkel yang menghimpunkan barisan pentadbir fakulti dalam satu sesi perkongsian dan perbincangan strategik berkaitan agenda globalisasi UMPSA.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, Dekan FTKEE, sebelum diteruskan dengan perkongsian oleh YBhg. Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim, Penolong Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa menerusi topik “Globalization: New Way of UMPSA”.

Perkongsian ini membuka ruang kepada para peserta untuk memperluas perspektif mengenai peluang global, cabaran, kekuatan fakulti serta strategi yang boleh diterokai dalam mendukung aspirasi UMPSA30.

Turut hadir ialah Profesor Madya Dr. Zuraina binti Ali, Dekan Pusat Bahasa Moden; Profesor Ir. Dr. Ahmad Razlan bin Yusoff, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik; serta Profesor Madya Dr. Mohd Sham bin Mohamad.

Semoga sesi perkongsian dan perbincangan ini menjadi pemangkin kepada pemikiran strategik, perkongsian idea dan tindakan yang lebih berimpak dalam memperkukuh kecemerlangan pengurusan fakulti serta menyokong agenda globalisasi UMPSA.

11/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah buat Afeef Hamizan bin Mohd Huzaizi, pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) atas kejayaan cemerlang dipilih mewakili Malaysia ke Peringkat Akhir Global 25th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang akan berlangsung di Beijing dan Fujian, China.

📌 Sesi Pertandingan:
🔹 Peringkat Awal: 3 – 17 Ogos 2026
🔹 Separuh Akhir: 18 – 19 Ogos 2026
🔹 Peringkat Akhir: 20 – 24 Ogos 2026

Semoga terus melakar kejayaan, mengharumkan nama Malaysia dan UMPSA di persada dunia.

Syabas dan selamat maju jaya! 👏🇲🇾🌏


    BENGKEL PEMBANGUNAN MINDA STRATEGIK | SIRI 3Minda strategik, kepimpinan berdaya saing, pentadbiran berorientasikan h...
11/08/2026




BENGKEL PEMBANGUNAN MINDA STRATEGIK | SIRI 3

Minda strategik, kepimpinan berdaya saing, pentadbiran berorientasikan hasil.

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Minda Strategik Pentadbir-Pentadbir Fakulti bagi Siri 3 dengan tema “Globalization: New Way of UMPSA”.

📅 12 Ogos 2026 (Selasa)
📍 Dewan Peperiksaan Elektrik, FTKEE UMPSA Pekan

Bengkel ini menjadi platform untuk memperkukuh pemikiran strategik dan daya saing pentadbir, memupuk budaya kepimpinan serta kolaborasi berkesan, meningkatkan kecekapan dalam pengurusan berorientasikan hasil, di samping menyokong agenda globalisasi dan kecemerlangan UMPSA.

    MEMPERKUKUH JALINAN INDUSTRI, MEMANTAPKAN PROGRAM PASCASISWAZAHFakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektroni...
11/08/2026




MEMPERKUKUH JALINAN INDUSTRI, MEMANTAPKAN PROGRAM PASCASISWAZAH

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA merakamkan penghargaan dan ucapan selamat datang kepada barisan profesional industri yang telah dilantik sebagai Industrial Advisory Panel (IAP) bagi Program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) untuk tempoh 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2028.

Pelantikan ini melibatkan tokoh industri yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tenaga, penyelidikan, kejuruteraan elektrik dan teknologi industri, sekali gus memperkukuh hubungan strategik antara FTKEE dan pihak industri.

Kehadiran IAP berperanan memberikan pandangan, nasihat dan input berasaskan keperluan semasa industri bagi menyokong pemantapan kandungan serta hala tuju program pascasiswazah, di samping memastikan pengajian yang ditawarkan kekal relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan sektor tenaga.

    TAHNIAH PASUKAN KIKEE FTKEE!Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan KIKEE, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektr...
10/08/2026




TAHNIAH PASUKAN KIKEE FTKEE!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan KIKEE, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA atas pencapaian memperoleh Penarafan Emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam (KIK-UA) 2026 yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pencapaian ini menjadi satu pengiktirafan terhadap usaha,komitmen dan kesungguhan Pasukan KIKEE dalam mempersembahkan idea serta inovasi yang dibangunkan.

Penarafan Emas ini turut menjadi cerminan tahap pencapaian dan kedudukan inovasi Team KIKEE dalam persaingan KIK-UA pada tahun ini, selain menjadi motivasi untuk terus memperkukuh budaya inovasi di FTKEE.

Tahniah Pasukan KIKEE!
Teruskan melangkah, teruskan berinovasi.

    LAWATAN KERJA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA KE FTKEE7 Ogos 2026 | FTKEE, UMPSA PekanFakulti Teknologi Kejuruteraan Elektri...
10/08/2026




LAWATAN KERJA AGENSI NUKLEAR MALAYSIA KE FTKEE

7 Ogos 2026 | FTKEE, UMPSA Pekan

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA telah menerima lawatan kerja daripada Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.

Lawatan yang diketuai oleh Dr. Nor Azwin binti Shukri, Ketua Projek, bersama pegawai penyelidik dan wakil industri ini turut melibatkan lawatan ke makmal pendawaian FTKEE serta perbincangan berkaitan pembangunan produk kabel rintangan api (flame-retardant cable) di bawah projek SRF-MOSTI.

Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pemindahan kepakaran antara FTKEE, Nuklear Malaysia serta pihak industri.

    GOTONG-ROYONG PERDANA FTKEE 2.0: MEMBINA KEBERSAMAAN, MENJAGA KEBERSIHAN5 Ogos 2026 | FTKEE, UMPSA PekanProgram Goto...
10/08/2026




GOTONG-ROYONG PERDANA FTKEE 2.0: MEMBINA KEBERSAMAAN, MENJAGA KEBERSIHAN

5 Ogos 2026 | FTKEE, UMPSA Pekan

Program Gotong-Royong Perdana FTKEE 2.0 telah berlangsung pada 5 Ogos 2026, melibatkan warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dalam usaha bersama menceriakan serta memastikan persekitaran fakulti kekal bersih, kemas, selamat dan kondusif.

Program yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini melibatkan aktiviti pembersihan dan pengemasan di sekitar Blok Pentadbiran dan Blok 1 FTKEE.

Lebih daripada sekadar aktiviti membersihkan ruang kerja, program ini turut menjadi wadah untuk memupuk semangat kebersamaan, kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga FTKEE.

Hasil usaha secara bersama dapat dilihat melalui perubahan ruang yang lebih tersusun, lapang dan selesa, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif untuk warga fakulti.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga FTKEE yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan Gotong-Royong Perdana FTKEE 2.0.

Bersih tempatnya, erat hubungannya, kuat semangatnya!

    38 Pelajar SMK Wakaf Tapai Terokai Dunia Kejuruteraan di FTKEE UMPSA6 Ogos 2026 | UMPSA PekanFakulti Teknologi Kejur...
10/08/2026




38 Pelajar SMK Wakaf Tapai Terokai Dunia Kejuruteraan di FTKEE UMPSA

6 Ogos 2026 | UMPSA Pekan

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA berbesar hati menerima kunjungan 38 pelajar Tingkatan 4 bersama empat orang guru pengiring dari SMK Wakaf Tapai, Kuala Terengganu menerusi program lawatan sambil belajar ke Kampus Pekan.

Kunjungan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat kehidupan kampus, bidang teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik serta peluang melanjutkan pengajian di UMPSA selepas tamat persekolahan.

Sesi lawatan turut diserikan dengan taklimat akademik yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FTKEE, Ts. Dr. Raja Mohd Taufika Raja Ismail, yang berkongsi mengenai program pengajian, persekitaran pembelajaran serta prospek kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Para pelajar turut berpeluang mengikuti taklimat kemasukan UMPSA sebelum dibawa meneroka beberapa makmal pengajaran dan penyelidikan FTKEE. Pendedahan secara langsung terhadap kemudahan dan teknologi yang digunakan dalam pembelajaran pastinya memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar tentang dunia kejuruteraan yang lebih dekat dan realistik.

Semoga kunjungan ini menjadi satu pengalaman bermakna serta mencetuskan inspirasi kepada para pelajar untuk terus meneroka bidang STEM, TVET dan kejuruteraan, seterusnya menjadikan UMPSA sebagai antara destinasi pilihan dalam membina masa depan mereka.

Terima kasih SMK Wakaf Tapai atas kunjungan ke FTKEE. Jumpa lagi di UMPSA!

Address

Universiti Malaysia Pahang Pekan Campus
Kuala Pahang
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA:

Shortcuts

Share