30/05/2016
Assalammualaikum w.b.t
Berikutan masalah pelajar lama yang tiada penempatan, pihak UPK telah mencadangkan untuk pelajar lama yang gagal mendapat penempatan, hadir pada hari pendaftaran
Tarikh : 5 Jun 2016, Ahad
Masa : 8 pagi
Tempat : Bahagian Atas Anjung Seri Perpatih
Bagi siswa yang gagal mendapatkan penempatan kolej, pihak kolej akan membenarkan 3 orang pelajar untuk tinggal di Ruang Tamu setiap rumah. Pihak UPK akan memberikan tilam untuk siswa yang ditempatkan di Ruang Tamu rumah.
Bagi siswi p**a, pihak UPK akan membuka blok SP3 untuk penempatan siswi, manakala siswi yang gagal mendapat penempatan kolej, anda dinasihati untuk membawa bersama toto pada hari pendaftaran bagi tujuan untuk menumpang di rumah rakan anda.
Bagi pelajar siswa, akan ada dua sesi rayuan. Pertama sekali, semasa pendaftaran kolej. Kedua, selepas pelajar degree siswa selesai peperiksaan akhir.
Hal ini kerana pelajar-pelajar rayuan akan menempatkan diri di bilik pelajar2 degree.
Sp1 tidak dapat digunakan kerana tiada perabot di dalamnya buat masa kini dan perabot baru hanya akan sampai pada bulan 8.
Sekian,
Exco Kolej dan Penempatan,
Jawatankuasa Perwakilan Kolej sesi 2015/2016