27/07/2023
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof. Emeritus Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERJALAN 10,000 LANGKAH STAF UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2023
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Unit Sukan dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Berjalan 10,000 Langkah Staf UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 10 Ogos 2023, di mana program ini akan berlangsung serentak di ketiga-tiga kampus UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Mari beramai-ramai turut serta dalam program ini di kampus masing-masing! Jangan lepaskan peluang ini!
🎀Sarapan Pagi untuk peserta 60org yang terawal
🎀E-Sijil Peserta
Maklumat Lanjut: https://sites.google.com/view/programberjalan10000langkahsta/home
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"