HEP URHP Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

Call Directions Contact the university

HEP URHP Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan Info terkini Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) unit di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP).

πŸ“’ PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN UiTM KAMPUS SUNGAI BULOHAssalamualaikum dan salam sejahtera.πŸ“£ Perhatian kepada semua pelaja...
18/09/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN UiTM KAMPUS SUNGAI BULOH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“£ Perhatian kepada semua pelajar UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh!

Pendaftaran Kolej Kediaman bagi Sesi September 2026 – Februari 2027 kini dibuka mengikut ketetapan berikut:

🏫 Pelajar Baharu
πŸ“… 23 & 24 September 2026
πŸ“ Siswi – Dewan Bestari RC1
πŸ“ Siswa – Lobi RC2

🏫 Pelajar Penerapan & Pelajar Lama Pergigian
πŸ“… 26 & 27 September 2026
πŸ“ Pejabat Kolej RC1

🏫 Pelajar Lama Perubatan
πŸ“… 3 & 4 Oktober 2026
πŸ“ Pejabat Kolej RC1

⏰ Masa Pendaftaran:
8.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.30 petang

πŸ“Œ Pelajar baharu & penerapan diminta membawa dokumen yang diperlukan seperti dinyatakan dalam poster.

πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Kolej Kediaman KSBS/TI.

Jom daftar dan pastikan urusan penginapan anda bagi sesi akademik baharu berjalan lancar! 🏠✨

Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP)
UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan








30 Ogos 2026: Projek Sinar Tuba: Festival Merdeka Komuniti Sihat 2026 diteruskan dengan penglibatan aktif para mahasiswa...
05/09/2026

30 Ogos 2026: Projek Sinar Tuba: Festival Merdeka Komuniti Sihat 2026 diteruskan dengan penglibatan aktif para mahasiswa Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh dan Selayang dalam agenda khidmat komuniti. Pelaksanaan program memberi penekanan kepada aspek kesihatan, interaksi sosial serta pengukuhan semangat kebersamaan antara mahasiswa dan masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Bancian Kesihatan Penduduk, yang melibatkan para mahasiswa turun padang dan bergerak dari rumah ke rumah bagi mendapatkan maklumat berkaitan demografi serta status kesihatan penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja berperanan sebagai medium pengumpulan maklumat berkaitan tahap kesihatan komuniti, malah turut membuka ruang kepada para mahasiswa untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan penduduk setempat.

Melalui pendekatan ini, para mahasiswa berpeluang memahami dengan lebih mendalam keperluan, cabaran serta realiti kehidupan masyarakat setempat. Penglibatan secara langsung ini sekali gus dapat memupuk nilai empati, keprihatinan sosial, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab mahasiswa dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.




PULAU TUBA, 31 Ogos 2026 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Projek Sinar Tuba: Festival Merdeka Komuniti Sihat 20...
05/09/2026

PULAU TUBA, 31 Ogos 2026 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Projek Sinar Tuba: Festival Merdeka Komuniti Sihat 2026 mencapai kemuncaknya dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berimpak yang menggabungkan elemen kesihatan, kemasyarakatan, pendidikan, kesukarelawanan dan patriotisme.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dan Selayang, Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad serta Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dalam usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan komuniti setempat.

Hari kemuncak festival dimulakan dengan aktiviti Fun Run yang menghimpunkan mahasiswa bersama masyarakat setempat dalam suasana meriah dan penuh semangat kebersamaan. Program kemudiannya diteruskan dengan pelbagai aktiviti serta pameran reruai yang memberi tumpuan kepada aspek kesejahteraan dan kesedaran kesihatan komuniti, antaranya Sunathon, Pemeriksaan Kesihatan Asas, Pemeriksaan Pergigian, Demonstrasi CPR serta Pameran Kesihatan dan Kerjaya.

Antara pengisian yang mendapat perhatian ialah Program Sunathon yang melibatkan seramai 18 orang kanak-kanak dari Pulau Tuba. Inisiatif ini bukan sahaja memberikan pendedahan berkaitan penjagaan kesihatan, malah menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan nilai kesukarelawanan serta menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

Sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat turut mencerminkan penerimaan positif terhadap pelaksanaan program serta membuktikan bahawa kerjasama antara mahasiswa, institusi pendidikan dan komuniti mampu menghasilkan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Kemuncak program diteruskan dengan Majlis Perasmian Festival Merdeka Komuniti Sihat 2026 yang disempurnakan oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Hj. Solehuddin Shuib, Penolong Rektor UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dan Selayang. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan penganjur dan rakan kerjasama sebagai tanda penghargaan atas komitmen, sokongan dan sumbangan dalam menjayakan festival ini.

Pelaksanaan Projek Sinar Tuba ini menjadi manifestasi komitmen mahasiswa dalam memperkasakan agenda kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial, di samping memperkukuh jaringan strategik antara institusi pendidikan tinggi dan komuniti. Program seumpama ini turut membuka ruang kepada mahasiswa untuk membina kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan program melalui pengalaman turun padang bersama masyarakat.

Secara keseluruhannya, Projek Sinar Tuba: Festival Merdeka Komuniti Sihat 2026 bukan sekadar meraikan semangat kemerdekaan, malah menjadi wadah untuk menyemai nilai kebersamaan, kesukarelawanan, patriotisme dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa dan komuniti.

Inisiatif ini diharapkan dapat diteruskan secara berkesinambungan sebagai platform memperkukuh hubungan universiti dan masyarakat, selaras dengan aspirasi melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut cakna, prihatin dan mampu memberi khidmat kepada komuniti serta negara.




11 Ogos 2026 - Program Dapur Siswa Madani merupakan salah satu inisiatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam usaha me...
11/08/2026

11 Ogos 2026 - Program Dapur Siswa Madani merupakan salah satu inisiatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam usaha membantu meringankan beban pelajar, khususnya dari aspek keperluan makanan harian. Program ini mencerminkan keprihatinan pihak universiti terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar serta memastikan kebajikan mereka sentiasa diberikan perhatian.

Program ini telah dianjurkan oleh Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). Pelaksanaan program turut mendapat sokongan dan penglibatan pihak pengurusan universiti. Profesor Ir. Ts. Dr. Hj. Solehuddin Shuib, Penolong Rektor UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dan Selayang turut hadir dan bersama-sama dalam aktiviti agihan makanan kepada para pelajar. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam menyokong inisiatif kebajikan pelajar serta memberi semangat kepada para pelajar yang menerima manfaat daripada program tersebut. Melalui program ini, agihan makanan telah dilaksanakan kepada seramai 250 orang pelajar yang terlibat.

Semoga usaha ini dapat memberi manfaat
kepada lebih ramai pelajar serta menyemai budaya saling membantu dan prihatin dalam
kalangan warga UiTM.







πŸŒ™ PROGRAM RONDAAN BERKALA KOLEJ KEDIAMAN UiTM KAMPUS SUNGAI BULOHKeselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keut...
08/07/2026

πŸŒ™ PROGRAM RONDAAN BERKALA KOLEJ KEDIAMAN UiTM KAMPUS SUNGAI BULOH

Keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan warga HEP.

Pada 7 Julai 2026 (Selasa), Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP) bersama Pengetua Kolej Kediaman, Staf Residen Kolej (SRK) serta Unit Polis Bantuan UiTM Kampus Sungai Buloh telah melaksanakan Program Rondaan Berkala bermula dari 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam di sekitar kawasan kolej kediaman.

Rondaan ini dilaksanakan sebagai inisiatif berterusan bagi memastikan persekitaran kolej sentiasa berada dalam keadaan selamat, kondusif dan terkawal. Pemeriksaan meliputi kawasan gelanggang sukan, blok dan koridor kolej kediaman, bilik bacaan pelajar, kawasan parkir serta Pos Pengawal Utama.

Sepanjang rondaan, pelajar turut diberikan nasihat secara berhemah agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, menjaga disiplin serta mematuhi peraturan universiti, termasuk pematuhan waktu curfew yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah, rondaan telah berlangsung dengan lancar dan suasana di sekitar kolej kediaman berada dalam keadaan aman serta terkawal.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua Kolej Kediaman, Staf Residen Kolej (SRK) dan Unit Polis Bantuan atas komitmen serta kerjasama dalam memastikan kebajikan dan keselamatan warga kolej kediaman sentiasa terpelihara.

"Kampus Selamat, Pelajar Sejahtera." πŸ’™










07/07/2026
🌿 GOTONG-ROYONG PERDANA 1.0 | KOLEJ KEDIAMAN RC1, RC2 & RC3 πŸ§ΉπŸŽ¨πŸ“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 pet...
04/07/2026

🌿 GOTONG-ROYONG PERDANA 1.0 | KOLEJ KEDIAMAN RC1, RC2 & RC3 🧹🎨
πŸ“… Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Kolej Kediaman RC1, RC2 & RC3, UiTM Kampus Sungai Buloh

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana 1.0 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 60 orang pelajar yang menunjukkan semangat kesukarelawanan, kerjasama dan tanggungjawab dalam memastikan persekitaran kolej kediaman sentiasa bersih, ceria dan kondusif.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
🎨 Mengecat railing dan tembok di kawasan parkir RC3.
πŸͺ‘ Mengecat semula kerusi batu di kawasan tasik RC2.
πŸ—‘οΈ Mengutip sampah di sekitar kawasan RC1, RC2 dan RC3.
πŸ“¦ Mengemas stor serta bilik Persatuan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) di RC1.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Norhasnida Nordin, Pengetua Kolej Kediaman, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan atas komitmen dan semangat para pelajar dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), SRK serta warga kolej yang telah bersama-sama menyumbang tenaga dan masa. Semoga budaya menjaga kebersihan, keceriaan dan kelestarian persekitaran kampus terus menjadi amalan dalam kalangan warga UiTM.

"Bersatu Berganding Bahu, Mencipta Persekitaran Kampus yang Bersih, Ceria dan Kondusif." πŸ’™πŸ’›

πŸ†πŸš© *MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN KOLEJ KEDIAMAN SUNGAI BULOH/SELAYANG KE SUKOL UCS 2026* πŸš©πŸ†19 Jun 2026 | Dewan Be...
20/06/2026

πŸ†πŸš© *MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN KOLEJ KEDIAMAN SUNGAI BULOH/SELAYANG KE SUKOL UCS 2026* πŸš©πŸ†

19 Jun 2026 | Dewan Bestari, Kolej Kediaman RC1, Kampus Sungai Buloh - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kolej Kediaman Sungai Buloh/Selayang sebagai simbolik pelepasan atlet-atlet yang akan mewakili kolej kediaman ke Kejohanan Sukan Antara Kolej (SUKOL) UCS 2026.

Majlis telah disempurnakan oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Haji Solehuddin Shuib, yang turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para atlet sebelum menyerahkan bendera kontinjen.

Seramai 11 orang wakil kontinjen yang terdiri daripada atlet dan pegawai hadir sebagai tanda kesediaan untuk membawa cabaran Kolej Kediaman Sungai Buloh/Selayang dalam kejohanan tersebut.

Semoga seluruh kontinjen diberikan kesihatan, semangat juang yang tinggi serta mencapai kejayaan cemerlang dalam SUKOL UCS 2026. Teruskan berjuang dengan penuh disiplin, semangat kesukanan dan kebanggaan demi mengharumkan nama kolej kediaman.

Selamat maju jaya Kontinjen Kolej Kediaman Sungai Buloh/Selayang! πŸ’ͺπŸ”₯








With Amanah Saham Nasional Berhad – I just got recognised as one of their top fans! πŸŽ‰
14/04/2026

With Amanah Saham Nasional Berhad – I just got recognised as one of their top fans! πŸŽ‰

Address

UiTM Kampus Sungai Buloh
Kuala Selangor
4700

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 07:30 - 13:00
Thursday 07:30 - 13:00
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60361265358

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEP URHP Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HEP URHP Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan:

Shortcuts

Share