Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Unimel

Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Unimel Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Unimel, College & University, Kuala Sungai Baru.

HEPA menggalas tanggungjawab yang besar dalam pembangunan pelajar bagi memastikan UNIMEL dapat melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

01/06/2026

🎓✨ Tinggal 3 Hari Lagi! ✨🎓
Detik yang dinanti semakin tiba!
📅 Kemasukan Pelajar Baharu UNIMEL pada 3 Jun 2026.
Masih mencari peluang untuk menyambung pengajian? Mungkin inilah rezeki dan tempat terbaik untuk anda melakar masa depan.
🌐 Mohon sekarang di www.unimel.edu.my atau hubungi 011-2801 8525 untuk maklumat lanjut.
MahasiswaUNIMEL

01/06/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan dilimpahi rahmat Allah SWT serta terus memayungi kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada
Warga Universiti Islam Melaka

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UNIMEL. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus mekar dalam diri kita serta membawa keberkatan dalam kehidupan.

Ikhlas daripada,
Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
Universiti Islam Melaka (UNIMEL)





26/05/2026

Tahniah kepada seluruh pelajar UNIMEL atas keputusan peperiksaan Sesi II 2025/2026 yang telah diumumkan.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan doa yang dipanjatkan membuahkan kejayaan serta menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada masa hadapan. Bagi yang kurang berjaya, teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa.

Ikhlas daripada,
Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
Universiti Islam Melaka (UNIMEL)





20/05/2026

MAKLUMAN KE RAHMATULLAH BONDA KEPADA PELAJAR BERNAMA MASTURINA BINTI MELI, FAKULTI PENDIDIKAN

Assalamualaikum wrt. wbt. / Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Masturina Binti Meli telah kembali ke rahmatullah pada 19 Mei 2026 (Selasa).

Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UNIMEL mengucapkan takziah kepada saudari sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang yang beriman.

Sekian, wassalam.

16/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚

Jika ilmu menjadi cahaya,
Guru mendidik penuh berjasa.

Jika bangsa mahu berjaya,
Guru dipimpin mulia sentiasa.

Teguh berdiri membina insan,
Menyemai adab serta wawasan.

Dalam dunia penuh cabaran,
Guru memacu kemajuan zaman.

Membentuk generasi berakhlak tinggi,
Memperkasa negara penuh strategi.

Aspirasi MADANI terus dijulang,
Melahirkan rakyat berilmu gemilang.

Buat seluruh warga pendidik negara,
Jasamu mekar sepanjang masa.

Universiti Islam Melaka mengucapkan
Selamat Hari Guru 2026

Guru Bitara, Nadi Negara.

Jom 'Like’ & ‘Follow’ media sosial rasmi Universiti Islam Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini. Terima kasih atas sokongan anda.

https://www.unimel.edu.my

1. FB https://www.facebook.com/unimel.official/
2. IG https://www.instagram.com/unimel.official/
3. TikTok https://www.tiktok.com/











04/05/2026

MAKLUMAN KE RAHMATULLAH AYAHANDA KEPADA PELAJAR BERNAMA NUR KASIH BINTI YASIN, SEMESTER 2

Assalamualaikum wrt. wbt. / Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda (ayah tiri) kepada Nur Kasih binti Yasin iaitu En. Sanif bin Sulaiman telah kembali ke rahmatullah pada 30 April 2026 (Khamis) jam 4.56 petang.

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UNIMEL mengucapkan takziah kepada saudari sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang yang beriman.

Sekian, wassalam.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga UNIMEL atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memacu kecemerlangan universiti.

Semoga segala pengorbanan dan sumbangan yang dicurahkan terus diberkati serta menjadi inspirasi dalam mencapai kejayaan bersama.
Ikhlas daripada,
Pejabat Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)





30/04/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Setiap kemajuan yang kita nikmati hari ini
lahir daripada usaha, pengorbanan dan dedikasi para pekerja di seluruh negara.

Pekerja dalam pelbagai sektor merupakan komponen kritikal yang menyokong sistem ekonomi, memperkukuh struktur sosial serta memastikan kelangsungan pembangunan negara secara mampan..

Di Universiti Islam Melaka (UNIMEL), kami percaya pekerja berilmu, beretika dan berintegriti adalah asas kepada pembinaan masyarakat MADANI yang mampan.

Sempena Hari Pekerja ini, marilah kita terus memperkasa diri dengan ilmu, meningkatkan kemahiran dan membina masa depan yang lebih gemilang.

Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa.

📌 Terokai peluang pendidikan anda bersama UNIMEL

Jom 'Like’ & ‘Follow’ media sosial rasmi Universiti Islam Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini. Terima kasih atas sokongan anda.

https://www.unimel.edu.my

1) FB https://www.facebook.com/unimel.official/
2) IG https://www.instagram.com/unimel.official/
3) TikTok https://www.tiktok.com/











Address

Kuala Sungai Baru

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063878412

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Unimel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share