Rakan Siswa YADIM UMT

Directions Website Contact the university

Rakan Siswa YADIM UMT Rakan Siswa YADIM UMT merupakan kelab naungan Pusat Islam Sultan Mahmud UMT. Antara program-program yang dianjurkan diperingkat UMT :
1. Nadwah Qiyadi
2.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau pun lebih dikenali sebagai YADIM merupakan salah satu agensi agama (badan berkanun) di bawah jagaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Rakan Siswa YADIM merupakan penjenamaan semula daripada Sahabat YADIM

Sahabat YADIM adalah satu platform naungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi Mahasiswa dan Pelajar Islam membina ilmu dan kemahiran diri untuk menjana kepimpinan muda masa depan negara yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah

Visi : Melahirkan kepimpinan pelapis masa depan negara yang beridealisme islam dan berjiwa dakwah

Misi : Platform kepada mahasiswa bagi meningkat kemahiran diri dan menyumbang kepada umat

Syarat Keahlian :
Warganegara Malaysia
Beragama Islam
berumur 15 - 25 tahun

Diperingkat UMT, Rakan Siswa YADIM UMT bernaung bawah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT. Outreach School Programme
3. Liqa' Mahabbah
4. Kem Qiyadi
5. Tamrin Qiyadi
6. Wacana Ilmiah
7. Rehlah Ukhuwah
8. Iktikaf Ramadhan
9. Training of Trainer
10. Perkampungan Angkat
11. Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM
12. Jom Daftar Ahli (Jom Masuk Kelab UMT)
13. Mesyuarat Agung Tahunan
14. Induksi Saff Pimpinan (InSAF)
15. Street Dakwah
16. Media Dakwah Interactive Tour
17. Jelajah Dakwah
18. Liqa' Fikrah & Dakwah An-Nisa'

Rakan Siswa YADIM UMT juga melaksanakan perkhidmatan Training and Consultancy yang memfokuskan kepada pengkhususan berikut :
1. Training of Trainer
2. Training of Facilitator
3. Training of Nuqoba'
4. Outreach School Programme
5. Kem Kepimpinan Muda (Qiyadi)
6. Bengkel Kemahiran Komunikasi 'Now You Can Speak'


Hubungi kami di :
page fb :
Rakan Siswa YADIM (community)
Rakan Siswa YADIM UMT ( https://www.facebook.com/syumt )

twitter :


instagram :
rakansiswayadimumt

YouTube :
RAKAN SISWA YADIM UMT

Laman web :
http://sahabatyadimumt.wix.com/syumt
https://rndsyumt1718.wordpress.com/


"Sampaikan dariku walau satu ayat"
"Kita daei penyebar inspirasi"
"Berlumba-lumba dalam kebaikan"

© Profile Original & Official®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official By Sahabat YADIM UMT .

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM (UMT) meng...
16/09/2026

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾

Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM (UMT) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌۭ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ١٠

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujuraat : Ayat 10)

Sempena hari yang bermakna ini, marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, menjaga keharmonian, dan memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara tercinta.
Ayuh kita bersama-sama menjadi agen perpaduan dan penyebar kebaikan!




‏بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ✨ PENCARIAN PIMPINAN BAHARU KE...
08/09/2026

‏بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

✨ PENCARIAN PIMPINAN BAHARU KELAB RAKAN SISWA YADIM SESI 2026/2027 ✨

Adakah anda pelajar aktif UMT sesi 26/27 yang berjiwa pemimpin, komited, dan ingin menyumbang kepada mahasiswa serta ummah?

Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM (MPU RSY) UMT dengan besar hati membuka peluang kepada semua pelajar aktif UMT untuk menyertai barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2026/2027!

📅 Tarikh Permohonan:
8 September 2026 – 18 September 2026

📌 EXCO YANG DITAWARKAN:
🔹️Exco Dakwah dan Akademik Intelektual
🔹️Exco Pembangunan Wanita Muda
🔹️Exco Latihan dan Perkaderan
🔹️Exco Media dan Dokumentasi
🔹️Exco Sukan dan Kesenian
🔹️Exco Khidmat Bakti
🔹️Exco Keusahawanan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 📞:
🔸️+60 14-636 1483 (Saudari Nurul Syazwani)
🔸️+60 16-993 0470 (Saudara Muhammad Faiz)

Mari bersama-sama memikul tanggungjawab dakwah dan kepimpinan demi kelangsungan organisasi yang cemerlang. Rebutlah peluang ini!

Kita Dai, Penyebar Inspirasi
Berlumba-lumba Dalam Kebaikan





🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾​Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM (UMT) mengucapkan Selamat Ha...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

​Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM (UMT) mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan buat seluruh rakyat Malaysia.

​Semoga semangat patriotisme terus mekar di jiwa kita semua.

Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan, perpaduan, dan kemakmuran negara kita yang tercinta.

Sabda Nabi SAW:“Barang siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia syahid. Barang siapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, atau mempertahankan darahnya (nyawanya), atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid.”— (HR Abu Daud, al-Tirmidzi, dan al-Nasa'i)

​Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga!

​



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ🌙✨ اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺSempena Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita memperbanyak...
24/08/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

🌙✨ اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Sempena Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita memperbanyakkan selawat dan menghayati kembali perjuangan serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Baginda merupakan contoh terbaik dalam kehidupan, mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran, kejujuran, amanah dan keikhlasan.

Semoga dengan memperingati kelahiran insan mulia ini, hati kita semakin dekat dengan sunnah Baginda dan kehidupan kita sentiasa dipandu oleh ajaran Islam. Semoga kita menjadi umat yang sentiasa mencintai Rasulullah ﷺ dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. 🤍

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد ﷺ





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ✨ أهلاً وسهلاً يا ربيع الأول 1448H / 2026M ✨Alhamdulillah, kita kini melangkah masuk...
13/08/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

✨ أهلاً وسهلاً يا ربيع الأول 1448H / 2026M ✨

Alhamdulillah, kita kini melangkah masuk ke bulan Rabiul Awal, bulan mulia yang menyaksikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda nabi Muhammad SAW, di samping menghayati sirah serta meneladani akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.





-lumbaDalamKebaikan
UMTCitaWarisan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.​🌸 SELAMAT HARI BA...
21/06/2026

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
​🌸 SELAMAT HARI BAPA 🌸
​"Ayah, insan yang menjadi payung teduh buat keluarga."
​Hari ini adalah hari istimewa untuk kita meraikan dan menghargai setiap titik peluh, pengorbanan, dan kasih sayang seorang ayah yang tabah berjuang demi memastikan keluarga terbela dan anak-anak berjaya.

​Terima kasih Ayah atas segala lelah dan didikan yang menjadi kompas hidup kami.
​Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, melindungi, dan mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda tercinta. Semoga setiap pengorbanan ayah menjadi asbab kebaikan dan ganjaran syurga buat beliau. Amin.

​Sempena Hari Bapa ini, marilah kita sama-sama memanjatkan doa buat ayahanda tercinta:
​رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
​"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
​Selamat Hari Bapa buat semua insan hebat bergelar Ayah, daripada kami Rakan Siswa YADIM UMT! ✨

​


✨️ SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H / 2026M ✨️​بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْ...
16/06/2026

✨️ SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H / 2026M ✨️

​بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

​Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM (RSY) UMT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam.

​أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya: "Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu."
(Riwayat Muslim: 1162)

​Marilah kita jadikan permulaan tahun baharu Hijrah ini sebagai titik tolak untuk bermuhasabah diri, mempertingkatkan amal ibadah, dan berazam untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

​Semoga tahun 1448H ini membawa seribu keberkatan, ketenangan, dan semangat baharu dalam perjuangan kita sebagai pendakwah mahasiswa.
​Selamat menyambut Awal Muharram!

​


UMTCitaWarisan

Raya Haji mengajar erti pengorbanan… termasuk mengorbankan diet yang baru 2 hari start 😔
26/05/2026

Raya Haji mengajar erti pengorbanan… termasuk mengorbankan diet yang baru 2 hari start 😔



✨️SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M ✨️بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ...
26/05/2026

✨️SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M ✨️

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

​Majlis Pimpinan Universiti Rakan Siswa YADIM (RSY) UMT ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

​"Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah."
(Surah Al-Hajj: 34)

​Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Selamat meraikan hari raya yang penuh keberkatan ini bersama keluarga dan insan tersayang.

​

Address

Kuala Terengganu
21030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Siswa YADIM UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Rakan Siswa YADIM UMT:

Shortcuts

Share