Kesatuan KUAT, UMT

Directions

Kesatuan KUAT, UMT KUAT UMT Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT)

3 Oktober 2026 (Sabtu) | Universiti Putra MalaysiaMAJLIS MAKAN MALAM GAKUM BERSAMA NAIB CANSELOR UPM Kesatuan KUAT UMT t...
04/10/2026

3 Oktober 2026 (Sabtu) | Universiti Putra Malaysia

MAJLIS MAKAN MALAM GAKUM BERSAMA NAIB CANSELOR UPM

Kesatuan KUAT UMT turut berkesempatan hadir dalam Majlis Makan Malam GAKUM bersama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), sebuah malam yang penuh bermakna dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ukhuwah.

Kebersamaan, semangat kesatuan serta jalinan silaturahim yang terjalin menjadikan majlis ini satu kenangan indah yang pastinya akan terus dikenang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini serta mencipta momen yang begitu bermakna.

Semoga ukhuwah dan semangat kesatuan yang terjalin terus diperkukuh demi memperkasakan gerakan kesatuan di Universiti Awam.

📷 Sumber gambar: Terima kasih kepada KEPERTAMA UPM atas perkongsian foto.

2 Oktober 2026 (Jumaat) | Universiti Putra MalaysiaGAKUM DAN PERJUANGAN KESATUAN: DARI LEGASI KE MASA HADAPANWakil Kesat...
04/10/2026

2 Oktober 2026 (Jumaat) | Universiti Putra Malaysia

GAKUM DAN PERJUANGAN KESATUAN: DARI LEGASI KE MASA HADAPAN

Wakil Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) turut hadir dalam Program “GAKUM dan Perjuangan Kesatuan: Dari Legasi ke Masa Hadapan” yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia.

Penyertaan ini menjadi manifestasi komitmen KUAT untuk terus memperkukuh gerakan kesatuan, memperjuangkan kebajikan dan kepentingan warga kerja serta membina kesatuan yang lebih kukuh, bersatu dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Perjuangan kesatuan bukan sekadar meneruskan legasi, tetapi memastikan suara dan hak warga kerja terus dipelihara, diperjuangkan dan diperkasa.

📸 Sumber gambar: Terima kasih kepada KEPERTAMA UPM.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) merakamkan setin...
30/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu yang baharu, berkuat kuasa mulai 28 September 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap ketokohan, kepimpinan dan kewibawaan YBhg. Prof. dalam bidang akademik, penyelidikan dan pentadbiran Universiti.

Semoga di bawah kepimpinan YBhg. Prof., UMT terus melakar kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan dan inovasi, serta terus unggul dalam melahirkan insan berilmu dan berimpak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Selamat menerajui UMT. Semoga dipermudahkan dan diberkati dalam menggalas amanah ini.

Ikhlas daripada:
Warga Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu
(KUAT)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) merakamkan setin...
30/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada YBrs. Profesor Ts. Dr. Noor Maizura binti Mohamad Noor atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu yang baharu, berkuat kuasa mulai 28 September 2026 .

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kecemerlangan akademik UMT, memperkukuh jaringan dan kerjasama antarabangsa, serta menyokong usaha Universiti untuk terus melakar kejayaan dan mengangkat nama UMT di persada antarabangsa.

Semoga YBrs. Prof. dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Ikhlas daripada:
Warga Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu
(KUAT)

10 September 2026 (Khamis)The Vertical Connexion Conference & Event CentreWakil daripada Kesatuan Kakitangan Am Universi...
14/09/2026

10 September 2026 (Khamis)
The Vertical Connexion Conference & Event Centre

Wakil daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) turut hadir dalam Konvensyen Kebangsaan Kesatuan Sekerja Tahun 2026 anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Penyertaan ini merupakan satu platform yang baik bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara kesatuan sekerja, di samping bertukar pandangan, pengalaman dan maklumat berkaitan isu-isu semasa kebajikan serta hak pekerja.

Semoga penyertaan KUAT dalam konvensyen ini dapat terus memperkasakan peranan kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan warga kerja.

7 September 2026 (Isnin) | PutrajayaKunjungan Hormat GAKUM ke Pejabat YB Menteri Pendidikan TinggiWakil daripada Kesatua...
07/09/2026

7 September 2026 (Isnin) | Putrajaya

Kunjungan Hormat GAKUM ke Pejabat YB Menteri Pendidikan Tinggi

Wakil daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) telah menyertai delegasi Gabungan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia (GAKUM) dalam sesi kunjungan hormat ke Pejabat YB Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan GAKUM serta barisan kepimpinannya kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi. Selain itu, sesi turut menjadi platform untuk pertukaran pandangan berkaitan perkembangan semasa pendidikan tinggi negara serta isu dan kepentingan warga pekerja di Universiti Awam.

KUAT bersama GAKUM akan terus komited memperjuangkan kepentingan serta kebajikan warga pekerja Universiti Awam, di samping menyokong usaha memperkukuh sektor pendidikan tinggi negara.

9 Ogos 2026 (Ahad)Tempat: Primula Beach Hotel, TerengganuWakil Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia (KUAT) telah t...
14/08/2026

9 Ogos 2026 (Ahad)
Tempat: Primula Beach Hotel, Terengganu

Wakil Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia (KUAT) telah turut serta dalam Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi membincangkan pembangunan kelompok bakat kepimpinan pendidikan tinggi.

Sesi ini merupakan satu platform yang sangat bermakna dengan penglibatan wakil kesatuan, persatuan, alumni dan pihak industri dalam berkongsi pandangan, idea serta perspektif masing-masing.

Perkongsian dan pandangan yang dikemukakan diharapkan dapat menyumbang kepada usaha memperkukuh hala tuju, pembangunan bakat serta kepimpinan pendidikan tinggi yang lebih berdaya saing dan berkesan pada masa hadapan.

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia (KUAT) amat menghargai peluang untuk bersama-sama menyumbang pandangan dan menjadi sebahagian daripada usaha membentuk landskap kepimpinan pendidikan tinggi yang lebih dinamik, inklusif dan mampan.

2–4 Ogos 2026 (Ahad–Selasa)Wakil daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) turut hadir dalam...
14/08/2026

2–4 Ogos 2026 (Ahad–Selasa)

Wakil daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) turut hadir dalam Program Libat Urus JHEKS 2026 bersama Kesatuan Sekerja dan Komuniti Kampung Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Tarikh : 22 Jun 2026 (Isnin)Masa : 11.00 pagiTempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari UMT.Alhamdulillah, Kesatuan KUAT...
22/06/2026

Tarikh : 22 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari UMT.

Alhamdulillah, Kesatuan KUAT UMT telah dijemput bersama wakil skim menghadiri sesi perbincangan yang dihoskan oleh Pejabat Bendahari UMT berhubung isu tuntutan kerja lebih masa (OT) bagi jawatan pemandu dan pengawal keselamatan.

Sesi perbincangan ini diadakan secara muafakat dan penuh semangat kekeluargaan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan demi memastikan kepentingan serta kebajikan semua pihak yang terlibat terus terpelihara.

20/06/2026

Program Khidmat Masyarakat CSR 2026 sedang berlangsung 19 dan 20 jun 2026 di Bendang Padi Jelor,.Pasir Putih Kelantan

Aktiviti2 menarik..menanti semua pengunjung

Address

Universiti Malaysia Terengganu
Kuala Terengganu
21030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan KUAT, UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share