Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi

Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi pages Rasmi Politeknik Kuala Terengganu

Tiktok : PKT menawarkan program:

1. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
2.

Politeknik Kuala Terengganu (PKT) merupakan institusi TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
3. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Untuk kemasukan pelajar boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKT di talian 09- 632 2055 / 2023 / 2022

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ | ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—”๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฆ๐—ข ๐Ÿต๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿญ:๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ž๐—ง21 JULAI 2026 - Politeknik Kua...
21/07/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ | ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—”๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฆ๐—ข ๐Ÿต๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿญ:๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ž๐—ง

21 JULAI 2026 - Politeknik Kuala Terengganu (PKT) melalui Pasukan Audit dan Unit Kualiti Jabatan dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah menganjurkan Bengkel Audit Dalaman pada 19 hingga 20 Julai 2026 di Dewan Utama, PKT.

Bengkel yang disertai oleh 25 orang staf akademik dan staf sokongan ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai Standard ISO 9001:2015 serta meningkatkan kompetensi peserta dalam melaksanakan audit dalaman secara sistematik dan berkesan bagi menyokong budaya penambahbaikan berterusan.

Program ini dikendalikan oleh Dr. Rohaniza binti Mohd. Zali, Ketua Unit Audit Dalam, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang pengurusan kualiti serta audit.

Penganjuran bengkel ini turut menyokong ๐—œ๐—น๐˜๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐Ÿต: ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ณ dengan memperkukuh kompetensi dan profesionalisme warga PKT melalui latihan berterusan. Inisiatif ini selaras dengan usaha melahirkan warga kerja yang berintegriti, berdaya tahan dan sentiasa bersedia menyokong kecemerlangan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015.






๐—๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ž๐—ง ๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฅ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ ๐—ข๐—ž๐—จKUALA TERENGGANU, 20 Julai 2026 - Politeknik...
20/07/2026

๐—๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ž๐—ง ๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฅ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ ๐—ข๐—ž๐—จ

KUALA TERENGGANU, 20 Julai 2026 - Politeknik Kuala Terengganu (PKT) menerusi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam pembangunan inovasi apabila menerima kunjungan pasukan inovasi Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan mendapatkan khidmat nasihat serta panduan teknikal daripada pakar JKE PKT sebagai persediaan menghadapi pertandingan inovasi yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2026.

Fokus perbincangan tertumpu kepada projek "Vico Colour" yang dibangunkan oleh Kumpulan SPARK 5, iaitu satu inovasi berasaskan teknologi pengenalan warna yang direka khas untuk membantu anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pendekatan pembelajaran yang lebih inklusif, interaktif dan mesra deria.

Sepanjang sesi perkongsian, pakar JKE PKT berkongsi pandangan berkaitan penambahbaikan aspek teknikal, pengukuhan elemen inovasi serta strategi pembentangan yang lebih berkesan bagi meningkatkan kesiapsiagaan pasukan menghadapi penilaian pertandingan.

Jalinan kerjasama ini mencerminkan komitmen PKT dalam memperkasa inovasi berteraskan teknologi IR4.0 yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Usaha ini juga membuktikan peranan institusi TVET dalam menyokong pembangunan teknologi yang inklusif, sekali gus memperkasakan inovasi demi kesejahteraan golongan OKU.






๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ | ๐—จ๐— ๐—ง ๐—›๐—ผ๐—น๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐˜€ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚KUALA TERENGGANU, 20 Ju...
20/07/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ | ๐—จ๐— ๐—ง ๐—›๐—ผ๐—น๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐˜€ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚

KUALA TERENGGANU, 20 Julai 2026 โ€“ Politeknik Kuala Terengganu (PKT) hari ini menerima Kunjungan Hormat daripada UMT Holdings dalam satu sesi yang berlangsung di Bilik Persidangan PKT, sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi.

Delegasi UMT Holdings diketuai oleh Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, CPM, selaku Group Chief Executive Officer UMT Holdings dan disambut baik oleh Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, Ts. Nadzri bin Che Kamis, bersama barisan pengurusan PKT.

Sesi kunjungan ini menjadi platform penting untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan PKT dalam memperluaskan jaringan kerjasama dengan rakan strategik demi memperkasakan kecemerlangan institusi, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi negara.

Semoga hubungan erat yang terjalin antara Politeknik Kuala Terengganu dan UMT Holdings akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi serta masyarakat keseluruhannya.






๐ŸŽ“ ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ (๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–) ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTahniah kepada semua ๐—š๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น...
20/07/2026

๐ŸŽ“ ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ (๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–) ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Tahniah kepada semua ๐—š๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ (๐—ฃ๐—ž๐—ง) bagi ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—œ๐—œ: ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ dan ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—œ: ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

๐Ÿ“ข Surat Jemputan Konvokesyen telah mula diedarkan. Semua graduan dimohon untuk mengambil tindakan segera bagi melancarkan urusan penyertaan ke Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Timur 2026.

๐Ÿ“Œ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป:

โœ… ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป
Sila buat pengesahan kehadiran melalui ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป. Pautan sistem terdapat di ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป yang diterima.

http://spmp.pkt.edu.my/ukonvo/konvo_login.jsp

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป & ๐—•๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป

๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€)

๐Ÿ“– ๐— ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ & ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป
Boleh dirujuk melalui ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฒ๐—ฏ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚:
๐Ÿ‘‰ https://pkt.mypolycc.edu.my/v1/

๐ŸŒ ๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐—ญ๐—ผ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ‘‰ https://sites.google.com/kkkua.edu.my/konvopolycczontimur2026

๐Ÿ’ฌ ๐—๐—ผ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ต๐—ฎ๐˜๐˜€๐—”๐—ฝ๐—ฝ ๐—š๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ž๐—ง!
Semua graduan dijemput menyertai kumpulan WhatsApp rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini, hebahan penting dan sebarang pengumuman berkaitan konvokesyen.

๐Ÿ‘‰ https://chat.whatsapp.com/Dh5WfPzdRHS29kFiZtbp3g

๐ŸŽ“ Tahniah sekali lagi kepada semua graduan. Semoga segala urusan persiapan konvokesyen dipermudahkan dan kita berjumpa di Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Timur 2026!






Tahniah dan Syabas! Empat Pelajar PKT Terpilih ke PolySTraC 2026Politeknik Kuala Terengganu (PKT) merakamkan setinggi-ti...
19/07/2026

Tahniah dan Syabas! Empat Pelajar PKT Terpilih ke PolySTraC 2026

Politeknik Kuala Terengganu (PKT) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada empat (4) orang pelajar PKT atas kejayaan terpilih ke Fasa 2 Program POLYCC Students Tradepreneur Challenge (PolySTraC) 2026 dengan menyertai Bootcamp Asas Pemilihan Saham Peringkat Kebangsaan. Kejayaan ini dicapai selepas melepasi peringkat saringan awal pertandingan.

Mereka merupakan antara 300 peserta terbaik daripada 1,000 penyertaan dari seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke fasa seterusnya.

๐ŸŽ‰ Tahniah kepada:

๐Ÿ”น Awang Mohamad Izzul Hakimi Bin Ag Sidek
๐Ÿ”น Che Ku Muhammad Zakwan Bin Che Ku Muhamad Bahrin
๐Ÿ”น Muhammad Izzul Iman Bin Mohd Noor
๐Ÿ”น Muhammad Darwish Zakwan Bin Mohd Zalmi

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Jurulatih:
Pn. Rasmaliza Binti Rashid

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang dalam bidang pelaburan, keusahawanan dan literasi kewangan, seterusnya mengharumkan nama Politeknik Kuala Terengganu di peringkat kebangsaan.

Sekalung tahniah dan semoga berjaya!






๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—”๐—ธ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ | ๐—๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ž๐—ง ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—˜๐—ง๐—”๐—– ๐—ธ๐—ฒ ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚16 Julai 2026 (Khamis)...
19/07/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—”๐—ธ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ | ๐—๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ž๐—ง ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—˜๐—ง๐—”๐—– ๐—ธ๐—ฒ ๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚

16 Julai 2026 (Khamis) - Dalam usaha memperkukuh kecemerlangan akademik dan memastikan program yang ditawarkan sentiasa memenuhi standard akreditasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Kuala Terengganu (PKT) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Akreditasi ETAC ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, melibatkan seramai 17 orang pegawai PKT.

Lawatan ini menjadi platform perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan dan pengurusan akreditasi program kejuruteraan.

Antara fokus utama yang dibincangkan ialah proses akreditasi ETAC, pelaksanaan dan pemantauan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), penilaian Projek Akhir dan Latihan Industri, pelaksanaan Outcome Based Education (OBE) serta pengurusan fasiliti dan peralatan makmal yang menyokong pengajaran dan pembelajaran.

Delegasi PKT telah disambut mesra oleh pihak UiTM Cawangan Terengganu sebelum meneruskan sesi perbincangan, penyemakan dokumen akreditasi serta lawatan ke makmal dan fasiliti pembelajaran bagi meninjau sendiri pelaksanaan amalan yang memenuhi keperluan standard ETAC.

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Terengganu atas kesudian menerima kunjungan delegasi PKT dan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan dalam melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan berdaya saing.






๐ŸŒŸ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ! ๐ŸŒŸ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฉ๐—ฉ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPoliteknik Kuala Tere...
19/07/2026

๐ŸŒŸ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ! ๐ŸŒŸ
๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฉ๐—ฉ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Politeknik Kuala Terengganu (PKT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan EmpowerMom Initiative atas kejayaan terpilih sebagai salah satu daripada 20 Finalis National Venture Velocity (NVV) 2026, pertandingan keusahawanan sosial anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Polycc Zon Kelantan Terengganu.

EmpowerMom Initiative merupakan projek keusahawanan sosial yang memperkasakan komuniti ibu tunggal melalui model perniagaan mampan. Dalam projek ini, ibu tunggal berperanan sebagai pengeluar produk, manakala pelajar bertindak sebagai rakan strategik dalam pemasaran, promosi dan pengurusan jualan.

Berteraskan konsep "Setiap Mangkuk Ada Nilai" dan slogan "Makan Sedap, Bantu Kehidupan", setiap pembelian bukan sahaja menawarkan makanan berkualiti, malah turut menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi komuniti ibu tunggal.

Tahniah kepada ahli pasukan:

Mohammad Hafizan Bin Mokhtar
Nur Najihah Binti Ahmad Saharudin
Nurulain Liyana Binti Hazlisham
Nuralya Natasha Binti Mohd Nizam
Nurul Jannah Binti Mohd Fakhrullah

Mentor: Pn. Zubaidah Binti Abdul Rahman

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan inisiatif keusahawanan sosial yang memberi impak positif kepada masyarakat.






PKT & YAYASAN TERENGGANU JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA INOVASI DIGITAL MELALUI INscore16 Julai 2016 - Politeknik Kua...
16/07/2026

PKT & YAYASAN TERENGGANU JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA INOVASI DIGITAL MELALUI INscore

16 Julai 2016 - Politeknik Kuala Terengganu (PKT) terus memperkukuh peranan sebagai peneraju inovasi digital apabila mengadakan Jalinan Kerjasama Strategik bersama Yayasan Terengganu, hari ini bagi membincangkan pelaksanaan Sistem Inovasi Permarkahan (INscore), iaitu sistem yang dibangunkan oleh penyelidik PKT.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Zunaidi Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKT, turut dihadiri delegasi daripada Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Tuan Haji Othman Bin Ngah, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan), bersama:

๐Ÿ”น Encik Mohamad Saifful Azman Bin Mohamed โ€“ Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan Pendidikan)

๐Ÿ”น Encik Irfan Fikri Bin Azni โ€“ Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pembangunan Sistem)

๐Ÿ”น Encik Muhamad Syahmie Bin Mohd Razi โ€“ Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pembangunan Sistem)

๐Ÿ”น Encik Mohd Firdaus Bin Zakaria โ€“ Penolong Pengarah (Ijtihadik & Hal Ehwal Pelajar), Bahagian Pengurusan Imtiaz

๐Ÿ”น Encik Mohd Hafizee Bin Ideris โ€“ Penolong Pengarah (Penajaan)

Hasil perbincangan tersebut menyaksikan persetujuan untuk mengimplementasikan Sistem INscore sebagai platform rasmi pengurusan penilaian bagi Fasa 2 Pertandingan Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026 anjuran Yayasan Terengganu.

INscore merupakan hasil inovasi kumpulan penyelidik PKT yang diketuai oleh Siti Sarah Malini Binti Mohd Hanifa, bersama Ts. Dr. Sharifah Nurulhuda Binti Tuan Mohd Yasin, Rasmaliza Binti Rashid dan Intan Izyan Binti Roslan.

Kerjasama strategik ini membuktikan keupayaan warga PKT dalam menghasilkan penyelesaian digital yang berimpak tinggi, sekali gus meningkatkan kecekapan, ketelusan dan sistematik dalam pengurusan penilaian pertandingan inovasi.

Semoga jalinan kerjasama antara Politeknik Kuala Terengganu dan Yayasan Terengganu terus menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem inovasi digital yang mampan serta memperkukuh agenda TVET dan inovasi di Negeri Terengganu.






๐ŸŽ“ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ: ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐——๐—œ๐—ง ๐—๐—ง๐— ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—œ: ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ๐Ÿ“… ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€Program Induk...
16/07/2026

๐ŸŽ“ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ: ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐——๐—œ๐—ง ๐—๐—ง๐— ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—œ: ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

๐Ÿ“… ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€

Program Induksi Siswa Diploma Teknologi Maklumat (DIT), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Kuala Terengganu bagi Sesi I: 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform memperkenalkan pelajar baharu kepada persekitaran pembelajaran, budaya kampus serta hala tuju akademik di JTMK.

Program ini bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di politeknik di samping memberi pendedahan awal mengenai peluang dan cabaran dalam bidang teknologi maklumat yang sentiasa berkembang pesat.

Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan akademik yang cemerlang serta membentuk graduan TVET yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia menghadapi dunia digital.

Selamat datang kepada seluruh warga baharu DIT JTMK PKT. Teruskan melakar kejayaan dan menjadi pemacu inovasi teknologi masa hadapan! โœจ






๐Ÿ˜ด ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—–๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ, ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜!Tahukah anda? Tidur yang mencukupi bukan sekadar memberi rehat kepada badan, malah membantu m...
16/07/2026

๐Ÿ˜ด ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—–๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ, ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜!

Tahukah anda? Tidur yang mencukupi bukan sekadar memberi rehat kepada badan, malah membantu menjaga kesihatan mental, meningkatkan fokus dan mengawal emosi.

Jadikan tidur berkualiti sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Mulakan dengan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, kurangkan penggunaan skrin sebelum tidur dan wujudkan suasana bilik yang selesa.

๐ŸŒ™ Cadangan: 7โ€“9 jam tidur setiap malam untuk orang dewasa.

Jaga tidur anda hari ini, demi kesihatan mental yang lebih baik esok.

Pesanan Ikhlas Daripada:

Unit Pengurusan Psikologi,
Politeknik Kuala Terengganu






Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096322000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Politeknik Kuala Terengganu - Laman Rasmi:

Shortcuts

Share