20/08/2026
🎉 TAHNIAH PUSAT PEMBANGUNAN DAN PEMERKASAAN MAHASISWA UMT! 🎉
Sekalung tahniah diucapkan kepada Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas kejayaan memperoleh Juara Anugerah Amalan Berimpak (Transformasi Kepimpinan Mahasiswa melalui Model ProSis, Bakat dan KEMSIS) sempena Simposium Agenda Pemerkasaan Mahasiswa Kebangsaan (SIGMA) 2026.
🏆 Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan komitmen berterusan UMT dalam memperkasa kepimpinan, bakat serta potensi mahasiswa melalui pelaksanaan program pembangunan mahasiswa yang berimpak dan berterusan.
📍 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga HEPA UMT atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan mahasiswa yang berdaya kepimpinan, berkemahiran dan mampu memberi impak kepada masyarakat serta negara. 💙💛
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT
UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Majlis Perwakilan Pelajar UMT