MPP KUIPs

MPP KUIPs Laman ini akan memberikan anda maklumat dan info yang berkaitan.

HEBAHAN BERITA DUKA & BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM MUHAMMAD KARIMIEAssalamualaikum w.b.t.Inna lillahi wa inna ilayhi raji’u...
22/02/2026

HEBAHAN BERITA DUKA & BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM MUHAMMAD KARIMIE

Assalamualaikum w.b.t.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa saudara Muhammad Karimie, pelajar Diploma Pengajian Islam (Semester 2) UNISIRAJ, telah kembali ke Rahmatullah.

Kehilangan seorang penuntut ilmu merupakan satu ujian yang berat buat kita semua, terutamanya bagi pihak keluarga.

Semoga setiap kebaikan yang dihulurkan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham Muhammad Karimie dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Sidang 2025/2026

21/02/2026
UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR UNISIRAJ ATAS KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH QARIAH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 202...
20/02/2026

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR UNISIRAJ ATAS KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH QARIAH TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026M/1447H

Assalamualaikum wbt.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada tiga orang pelajar UniSIRAJ atas kejayaan meraih Johan dan Naib Johan dalam Musabaqah Qariah Tilawah Al-Quran sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026M/1447H.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti kecemerlangan mahasiswa UniSIRAJ bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam penghayatan serta penguasaan Al-Quran. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan yang seimbang antara ilmu dan tarbiyah.

Semoga Allah SWT terus memberkati usaha dan perjalanan kalian serta mengurniakan kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

“ESKALASI TSAQAFAH, MENYUBUR TARBIYAH”

Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Sidang 2025/2026

📢 HEBAHAN RASMI PELAKSANAAN PROGRAM GENERATION OF ULUL ALBAB (GOAL) SIRI 1/2026 & INDUKSI FASILITATOR 📢Assalamualaikum w...
18/02/2026

📢 HEBAHAN RASMI PELAKSANAAN PROGRAM GENERATION OF ULUL ALBAB (GOAL) SIRI 1/2026 & INDUKSI FASILITATOR 📢

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Untuk makluman seluruh warga kampus, pihak Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah berjaya melaksanakan Program Generation Of Ulul Albab (GOAL) Siri 1/2026 serta Program Induksi Fasilitator Sidang Akademik Februari 2025/2026 pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 3 Februari hingga 5 Februari 2026
📍 Tempat: Beris Lake Resort

Program ini telah berlangsung dengan jayanya, sekali gus telah mencapai objektif untuk membentuk kepimpinan mahasiswa yang holistik serta memperkukuh kemahiran fasilitator dalam mengendalikan program pembangunan pelajar.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kecemerlangan mahasiswa dan institusi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“ESKALASI THAQAFAH
MENYUBUR TARBIYAH”

Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN

HEBAHAN SAMBUTAN BULAN RAMADAN AL-MUBARAK ✨🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluru...
18/02/2026

HEBAHAN SAMBUTAN BULAN RAMADAN AL-MUBARAK ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada seluruh warga pelajar yang dikasihi,

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang mulia ini merupakan peluang terbaik untuk kita meningkatkan amal ibadah, memperbaiki diri serta memperkukuhkan hubungan sesama insan.

Sehubungan itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh warga kampus. Marilah kita bersama-sama merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan seperti berpuasa, membaca Al-Quran, bersedekah serta menjaga akhlak dan tutur kata.

Semoga Ramadan kali ini memberi ketenangan jiwa, keberkatan rezeki serta membentuk kita menjadi insan yang lebih bertakwa, berdisiplin dan prihatin terhadap sesama manusia.

Akhir kata, MPP mendoakan agar semua warga pelajar diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna sepanjang bulan yang mulia ini.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌟
Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

“ESKALASI THAQAFAH
MENYUBUR TARBIYAH”

Ikhlas daripada,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN.

HEBAHAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED S...
16/02/2026

HEBAHAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN (UniSIRAJ) SESI 2025/2026

Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) bagi sesi 2025/2026 telah berlangsung pada hari Sabtu, 17 Januari 2026.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Naib Canselor UniSIRAJ, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, serta menandakan pelantikan rasmi barisan kepimpinan pelajar yang baharu untuk menggalas amanah dan tanggungjawab dalam mewakili suara mahasiswa serta menyokong aspirasi universiti.

Ucapan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang telah dilantik atas kesediaan menerima amanah dan tanggungjawab kepimpinan ini.

Sehubungan itu, kami menyeru agar seluruh mahasiswa UniSIRAJ dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam membumikan hasrat dan misi universiti, iaitu Applied Sunnah dan Bi’ah Solehah, dalam kalangan warga UniSIRAJ. Semoga usaha ini dapat direalisasikan secara berterusan demi melahirkan generasi mahasiswa yang berilmu, berakhlak mulia dan berintegriti.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN*
SIDANG AKADEMIK 2025/2026

PEMAKLUMAN JAWATANKUASA MPP SIDANG AKADEMIK 2025/2026Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh dan salam sejahtera,Dim...
09/02/2026

PEMAKLUMAN JAWATANKUASA MPP SIDANG AKADEMIK 2025/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dimaklumkan kepada seluruh warga dan mahasiswa UniSIRAJ bahawa Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sidang Akademik 2025/2026 telah dibentuk pada 17 Januari yang lalu dan mula menjalankan tugas secara rasmi.

MPP berperanan sebagai medium perantara antara pihak pengurusan universiti dan para pelajar dalam menyampaikan suara, kebajikan, serta pembangunan sahsiah mahasiswa/i.

Sehubungan dengan itu, para pelajar dialu-alukan untuk memberikan sokongan, kerjasama, dan maklum balas yang membina demi memastikan setiap perancangan dan program dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Segala makluman berkaitan aktiviti MPP akan disalurkan melalui platform rasmi dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

”Eskalasi Tsaqafah, Menyubur Tarbiah”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN (UNISIRAJ)
SIDANG AKADEMIK 2025/2026
___

Address

Kolej Universiti Islam Perlis, Taman Seberang Jaya 3
Kuala
02000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP KUIPs posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MPP KUIPs:

Share