Kolej Kediaman Pelajar - Universiti Sultan Zainal Abidin

Call Directions Website Contact the university

Kolej Kediaman Pelajar - Universiti Sultan Zainal Abidin Laman Sosial Rasmi Kolej Kediaman Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin

12/10/2026
UNISZA LANCAR DAPUR SISWA MADANI, PERKUKUH KEBAJIKAN MAHASISWAKUALA NERUS, 11 Oktober 2026 – Universiti Sultan Zainal Ab...
12/10/2026

UNISZA LANCAR DAPUR SISWA MADANI, PERKUKUH KEBAJIKAN MAHASISWA

KUALA NERUS, 11 Oktober 2026 – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan Dapur Siswa MADANI@UniSZA di Kampus Gong Badak sebagai inisiatif memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa, khususnya dalam memenuhi keperluan makanan.

Majlis peluncuran disempurnakan oleh Pro-Canselor UniSZA, Y.M. Tunku Datuk Nooruddin Tunku Dato’ Seri Shahabuddin, dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh; Naib Canselor UniSZA, Dato’ Profesor Dr. Fadzli Adam; serta barisan pengurusan universiti.

Majlis turut menyaksikan gimik menandatangani plak, pengagihan makanan kepada pelajar dan sesi ramah mesra bersama kepimpinan universiti.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen UniSZA dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan inklusif.

UniSZA






🎳 STRIKE & SILATURAHIM: WARGA KKP UniSZA SEMARAKKAN SEMANGAT KESUKANANKUALA TERENGGANU, 2 Oktober 2026 – Kolej Kediaman ...
08/10/2026

🎳 STRIKE & SILATURAHIM: WARGA KKP UniSZA SEMARAKKAN SEMANGAT KESUKANAN

KUALA TERENGGANU, 2 Oktober 2026 – Kolej Kediaman Pelajar (KKP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Pertandingan Bowling Staf Kolej Kediaman Pelajar UniSZA bertempat di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square.

Pertandingan yang disertai seramai 30 orang staf ini bukan sahaja menceriakan suasana melalui persaingan sihat, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat berpasukan serta menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan warga KKP.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mazlan bin Mohammad, Pengarah Kolej Kediaman Pelajar UniSZA.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas semangat kesukanan dan komitmen yang ditunjukkan! πŸŽ³πŸ†




FORUM RAHMATAN LIL 'ALAMIN: MENGINGATI, MENCINTAI, MENZAHIRIKUALA NERUS, 27 Ogos 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniS...
08/10/2026

FORUM RAHMATAN LIL 'ALAMIN: MENGINGATI, MENCINTAI, MENZAHIRI

KUALA NERUS, 27 Ogos 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA menerusi EXCO Kerohanian, Kebajikan dan Keselamatan (3K), dengan kerjasama MPKK UniCITI ALAM UniMAP dan IRKHSSS UIAM, telah menganjurkan **Forum Rahmatan Lil 'Alamin: Mengingati, Mencintai, Menzahiri** secara dalam talian pada 26 Ogos 2026.

Forum ini menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai IPT bagi menghayati sirah, akhlak dan keperibadian Rasulullah SAW sebagai panduan dalam membentuk sahsiah, ketahanan diri, empati dan keprihatinan sosial.

Berteraskan tiga tema utama, **Mengingati, Mencintai dan Menzahiri**, program ini turut menjadi wadah memperkukuh ukhuwah serta jaringan mahasiswa antara **UniSZA, UIAM dan UniMAP**.

Penganjuran secara **zero-budget** membuktikan komitmen dan kreativiti mahasiswa dalam menjayakan program berimpak melalui kerjasama strategik antara IPT.




**

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran kepada Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam pada 7 Oktober 2026....
07/10/2026

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran kepada Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam pada 7 Oktober 2026.






Tahniah Dr Nur Saadah atas pelantikan semula sebagai Pengetua Kolej Kediaman Pelajar Kampus Besut & Luar Kampus berkuatk...
15/09/2026

Tahniah Dr Nur Saadah atas pelantikan semula sebagai Pengetua Kolej Kediaman Pelajar Kampus Besut & Luar Kampus berkuatkuasa 15 September 2026.

Pendaftaran Kolej Kediaman bagi kemasukan Pelajar Baharu Diploma dan Ijazah Sesi 2026/2027πŸ“† 13 September 2026 | AhadπŸ•™ 8....
14/09/2026

Pendaftaran Kolej Kediaman bagi kemasukan Pelajar Baharu Diploma dan Ijazah Sesi 2026/2027

πŸ“† 13 September 2026 | Ahad
πŸ•™ 8.30 pagi
🏫 Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak dan Blok Pentadbiran, Kampus Besut






Operasi Membasmi Burung Di Kolej Kediaman B, Kampus Gong BadakπŸ“† 7 September 2026 | IsninπŸ•™ 8.30 malam🏫 Kolej Kediaman B, ...
11/09/2026

Operasi Membasmi Burung Di Kolej Kediaman B, Kampus Gong Badak

πŸ“† 7 September 2026 | Isnin
πŸ•™ 8.30 malam
🏫 Kolej Kediaman B, Kampus Gong Badak

Address

Pejabat Kolej Kediaman UniSZA
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Kediaman Pelajar - Universiti Sultan Zainal Abidin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Kediaman Pelajar - Universiti Sultan Zainal Abidin:

Shortcuts

Share