16/02/2024
الحمد لله رب العالمين
"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam"
Perkataan "al-Hamd" sering ditafsirkan dengan maksud "segala" kerana penambah "alif lam" di awal perkataan "Hamd" diterjemahkan dengan maksud "istighraq", iaitu "merangkumi segala". Tetapi timbul persoalan: Bukankah Surah al-Fatihah dikenali sebagai Ummul Kitab "Ibu kepada al-Quran"? Lalu, adakah cukup dengan melafazkan segala pujian untuk menggambarkan kehambaan seorang insan?
Tafsiran yang lebih rajih kepada perkataan "al-Hamd" ialah "pujian dan syukur". Pujian bermaksud melafazkan dengan lisan. Syukur p**a bermakud membuktikan dengan amalan. Tanpa 2 elemen ini, seorang manusia itu tidak akan mencapai hakikat kehambaan hakiki, sesuai dengan surah al-Fatihah yang merupakan Ummul Kitab kepada al-Quran.
Inilah pandangan Ibn Kathir, Ibn 'Atiyyah, Ibn Abbas, Muqatil, Ka'ab al-Ahbar dan Sufyan al-Thawri. Tafsiran ini juga sesuai dengan hadis qudsi:
فإذا قال: (الحمد لله) قال الله: شكرني عبدني وحمدني
Jom masuk KUIPs: