07/05/2026
7 Mei 2026 | Khamis
Bengkel “The Gold Blueprint: Innovate to Win” telah berjaya dilaksanakan hari ini dengan penglibatan pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA dalam usaha memperkasa budaya inovasi dalam akademik dan penyelidikan.
Bengkel ini dianjurkan bagi memupuk semangat inovasi dalam kalangan warga akademik, memperkukuhkan pembangunan penyelidikan dan pengajaran, serta memberi pendedahan berkaitan strategi pertandingan inovasi, harta intelek, pemerkasaan idea dan pembangunan produk yang kompetitif selari dengan keperluan pendidikan dan industri masa kini.
📚 Antara topik dan perkongsian yang dibawakan hari ini:
💡Pengenalan Inovasi
💡Perkongsian pemenang Gold inovasi kategori Teknologi Produk, Pengajaran, bidang perubatan & kesihatan.
💡Harta Intelek: Patent dan Copyright
🤝 Anjuran:
Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti Perubatan dengan kerjasama
Centre of Education Research and Innovation Acceleration (CERIA), Fakulti Perubatan UniSZA
Terima kasih kepada semua penceramah, fasilitator, urus setia dan peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat sepanjang program berlangsung.
💡 Innovation is not only about ideas it is about transforming ideas into impact, sustainability and meaningful change.