15/10/2026
Delegasi UMT menyertai Annual Review Meeting Asian International Mobility for Students (AIMS) ke-20 yang berlangsung pada 14β16 Oktober 2026 di Iloilo City, Filipina. Delegasi UMT terdiri daripada Dr. Maisarah Jaafar, Penyelaras AIMS bagi FSSM, dan Dr. Kalsitinoor Set, Penyelaras AIMS bagi FPEPS.
Mesyuarat ini menghimpunkan wakil universiti anggota AIMS dari negara-negara Asia bagi memperkukuh kerjasama di bawah mandat G2G dan akademik antarabangsa, memperluas peluang mobiliti pelajar serta berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan program mobiliti dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
Penyertaan ini turut mendapat sokongan dan penyelarasan daripada Pusat Antarabangsa UMT. Melalui kerjasama erat dengan fakulti, Pusat Antarabangsa terus komited dalam memperkukuh pelaksanaan program AIMS, memperluas jaringan kerjasama dengan universiti rakan strategik serta menggalakkan penyertaan pelajar UMT dalam program mobiliti inbound dan outbound.
Penyertaan UMT dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan universiti, melalui sinergi antara Pusat Antarabangsa dan fakulti, dalam memperkukuh hubungan strategik serantau, meningkatkan keterlihatan UMT di persada antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang pembelajaran dan pengalaman rentas budaya kepada pelajar, selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan berdaya saing global.
Pusat Antarabangsa, UMT