Kelab Mahasiswa Fizik-KEMAFIZ UMT

Directions Website Contact the university

Kelab Mahasiswa Fizik-KEMAFIZ UMT Tahun ditubuhkan: 2005. Moto: Ke Arah Mahasiswa Kelas Pertama. Keahlian: 600+. Founded: 2005
Motto: Towards First Class Graduates
Membership: 600+.

Selamat datang kepada mahasiswa mahasiswi baharu program sarjana muda ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT) bagi sesi 2...
01/10/2024

Selamat datang kepada mahasiswa mahasiswi baharu program sarjana muda ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT) bagi sesi 2024/2025.

Semoga para pelajar dapat menimba ilmu dan pengalaman bermakna demi mencapai cita-cita murni sambil meneroka keindahan di negeri bertuah ini✨










SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾 ❤️🤍💙💛!Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) dengan penuh rasa bangga mengucapkan Selamat Hari Malaysi...
16/09/2024

SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾 ❤️🤍💙💛!

Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) dengan penuh rasa bangga mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! Pada hari istimewa ini, kita merayakan keunikan dan kekuatan negara kita yang tercinta. Malaysia adalah contoh cemerlang tentang bagaimana perpaduan dalam kepelbagaian dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmonis dan progresif.

Dari sudut yang paling utara di Perlis hingga ke pulau-pulau indah di Sabah dan Sarawak, kita bersatu di bawah satu bendera, dengan satu visi, dan satu matlamat – untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang. Mari kita teruskan usaha dalam memelihara keharmonian, memperkukuh perpaduan, dan mengejar kejayaan bersama.

Dengan penuh harapan, kami doakan agar Malaysia terus maju, aman, dan makmur. Marilah kita kekalkan semangat perpaduan ini sepanjang tahun dan sentiasa bangga dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!







🕌 MAULIDUR RASUL 🕌Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Sempena Maulidur Rasul 1446H, marilah kita bersama-sama mengha...
15/09/2024

🕌 MAULIDUR RASUL 🕌

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sempena Maulidur Rasul 1446H, marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak mulia serta ajaran Rasulullah SAW.

Semoga hari yang berkat ini menjadi peringatan untuk kita memperkukuh iman dan memperbanyakkan kecintaan kepada Baginda dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku.” – Hadis At-Tirmizi








Assalamualaikum, Salam sejahtera,Salam edi dalam jiwa,Kami dari barisan kepimpinan KEMAFIZ mungucapkan syabas dan Tahnia...
15/09/2024

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam edi dalam jiwa,

Kami dari barisan kepimpinan KEMAFIZ mungucapkan syabas dan Tahniah kepada saudari NURUL AIN HUSNA BINTI RAZALI pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Gunaan Elektronik dan Instrumentasi (EDI) Atas pencapaiannya yang cemerlang dengan memperoleh PINGAT EMAS bagi kategori Pencak Silat Kelas B Putri pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024.

Semoga kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat 🔥 kepada semua untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya sama ada akademik, sukan, mahupun sahsiah agar menjadi mahasiswa/i yang holistik.

“Our greatest weakness lies in giving up. the most certain way to succeed is always to try just one more time” - Thomas Edison

EDI FLY HIGH🕊️





Assalamualaikum, Salam sejahtera,Salam edi dalam jiwa,Kami dari barisan kepimpinan KEMAFIZ mungucapkan Syabas dan Tahnia...
15/09/2024

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam edi dalam jiwa,

Kami dari barisan kepimpinan KEMAFIZ mungucapkan Syabas dan Tahniah kepada saudara MUHAMAD TAMLIKO BIN TAJUDIN pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Gunaan Elektronik dan Instrumentasi (EDI) Atas pencapaiannya yang cemerlang dengan penganugerahan Pelatih Terbaik Latihan Luar pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Perlatihan Kor Suksis Kali ke-20 tahun 2024.

Semoga kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat 🔥 kepada semua untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya sama ada akademik, sukan, mahupun sahsiah agar menjadi mahasiswa/i yang holistik. Sikap kepimpinan dan disiplin yang dimilikinya wajar dicontohi agar menjadi satu penanda aras yang baik untuk kejayaan.

“Strength does not come from winning. When you go through hardships and decide not to surrender, that is strenght.” - Thomas Edison

EDI FLY HIGH🕊️





MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾Langit biru menyaksikan bendera Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelusuk negara...
30/08/2024

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Langit biru menyaksikan bendera Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh pelusuk negara. Di setiap nadi rakyat Malaysia, semangat kemerdekaan berkobar-kobar, menyatukan kita dalam satu semangat yang padu dan teguh.

Tahun ini, kita melangkah dengan penuh rasa syukur dan bangga, menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-67. Tujuh dekad lebih telah berlalu sejak kita mengecap nikmat kebebasan, namun semangat yang diwariskan oleh pejuang-pejuang terdahulu tetap utuh di dalam hati setiap warga Malaysia.

Di dalam kesatuan, kita temui kekuatan. Di dalam kepelbagaian, kita rayakan persahabatan dan perpaduan. Marilah kita bersama-sama terus memupuk cinta terhadap tanah air, memperkukuhkan tekad, dan memperjuangkan masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67 dari kami, Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ). Semoga semangat kemerdekaan ini terus hidup subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, membawa negara kita ke puncak kejayaan.








SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN UNTUK SELURUH MAHASISWA/I EDIAssalamualaikum,Selamat Sejahtera,Salam EDI dalam Jiwa,Barisan...
29/08/2024

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN UNTUK SELURUH MAHASISWA/I EDI

Assalamualaikum,
Selamat Sejahtera,
Salam EDI dalam Jiwa,

Barisan MTME KEMAFIZ mungucapkan syabas dan Tahniah untuk semua Mahasiswa/i Sarjana Muda Sains Gunaan Elektronik dan Instrumentasi (EDI) Atas Keputusan peperiksaan yang diperoleh.

Segulung Tahniah untuk mahasiswa/i yang peroleh keputusan Cemerlang dalam peperiksaan ini. Kekalkan Momentum.✨

Bagi pelajar yang tidak mendapat keputusan yang ingin dicapai, Syabas kerana telah buat yang terbaik. Comeback stronger💪🏽

Semoga pada sesi peperiksaan yang akan datang seluruh Mahasiswa/i EDI dapat memberikan yang terbaik dan juga memperoleh keputusan yang lebih baik lagi dari yang terkini.

"It is through education that the daughter of a peasant can become a doctor, that the son of a mineworker can become the head of the mine, that a child of farm workers can become the president of a great nation." - Nelson Mandela





BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI DAN MAJLIS EXCO KELAB MAHASISWA FIZIK (KEMAFIZ) SESI 2024/2025Assalamualaikum, salam...
03/08/2024

BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI DAN MAJLIS EXCO KELAB MAHASISWA FIZIK (KEMAFIZ) SESI 2024/2025

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam UMT cita warisan.

Kami dengan sukacitanya ingin memperkenalkan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi dan Majlis Exco Kelab Mahasiswa Fizik (KEMAFIZ) bagi sesi 2024/2025.

Tahniah & syabas di atas pelantikan. Semoga amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan dapat digalas dengan baik.

Sekian, terima kasih.









Address

UNIVERSITI MALAYSIA
Kuala Terengganu
21030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Mahasiswa Fizik-KEMAFIZ UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kelab Mahasiswa Fizik-KEMAFIZ UMT:

Shortcuts

Share