Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Call Directions Website Contact the university

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah This is the official Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah page. Our website is at http://psnz.umt.edu.my

The history of University Malaysia Terengganu (UMT) library started with the establishment of UPM Fisheries and Maritime Science Centre (Pusat Perikanan dan Sains Samudera UPM) in May 1979. On 5th May 1999, UPM Terengganu (UPMT) ceased to exist and was replaced Kolej Universiti Terengganu (K*T). K*T attained its autonomy as a university college on 1st May 2001. K*T was officially renamed as Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) on 1st July 2001.

PROGRAM@PSNZ : GUIDE TO GETTING PUBLISH (GGP) - MASTERING LITERATURE SEARCH : STRATEGIES AND TIPS FOR ACADEMIC PUBLISHIN...
12/10/2026

PROGRAM@PSNZ : GUIDE TO GETTING PUBLISH (GGP) - MASTERING LITERATURE SEARCH : STRATEGIES AND TIPS FOR ACADEMIC PUBLISHING

Looking for better ways to find quality research articles and strengthen your academic publications? 🔍

Join us for an insightful online webinar organised by Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), featuring experts from two renowned academic publishers, Springer Nature and Emerald Publishing!

🎓 GUIDE TO GETTING PUBLISHED (GGP)

Mastering Literature Search: Strategies and Tips for Academic Publishing

This webinar is designed to help you search smarter, identify relevant and reliable academic sources, enhance your literature review, and improve your research and academic writing strategies.

✨ What will you learn?

Effective strategies for conducting literature searches
How to identify relevant and high-quality academic sources
Tips for strengthening your literature review
Strategies for more efficient research and academic writing
Practical insights into academic publishing from leading publishers

🎤 Meet Our Speakers

Ms Mabel Tang
Director, Key Accounts, Customer Engagements – APAC
Springer Nature

Mr William Loh
Customer Success Partner
Emerald Publishing

Date: 27 October 2026 (Tuesday)
Time: 9.00 AM – 1.00 PM (Malaysia Time)
Platform: Online Webinar (Webex)
Registration Fee: RM25 per participant

Who Should Attend?
Postgraduate students, lecturers, researchers and anyone looking to strengthen their research skills and improve their academic publishing journey.

Why should you join?

Whether you are preparing your thesis, writing a journal article, or planning your next publication, this webinar will equip you with practical strategies to make your literature search more focused, effective and productive.

Don't just search. Search strategically. Research better. Publish stronger!

Register now by scanning the QR code in the attached poster.

Seats are limited, so don't miss this opportunity to gain valuable insights from experts in academic publishing!

We look forward to welcoming you to the webinar.

Thank you.

UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

PROGRAM@PSNZ: HEBAHAN PROGRAM PSNZ OPEN DAY 2026📚 JOM MERIAHKAN PSNZ OPEN DAY 2026!Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PS...
11/10/2026

PROGRAM@PSNZ: HEBAHAN PROGRAM PSNZ OPEN DAY 2026

📚 JOM MERIAHKAN PSNZ OPEN DAY 2026!

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan sukacitanya menjemput seluruh warga kampus dan komuniti setempat untuk bersama-sama memeriahkan Hari Bersama Perpustakaan 2026 (PSNZ Open Day 2026) yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober 2026.

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat menanti anda sepanjang program ini, antaranya:

📖 Jualan Buku Ilmiah
🎉 Diskaun 50% Denda Lewat Pulang Buku
🛍️ Karnival Jualan
🎯 Fun@PSNZ
🏢 Pameran Agensi Awam
📚 Program Resensi Buku
✍️ Konsultasi Penerbit
🩸 Program Derma Darah
📝 Guide to Getting Published (GGP)
🎮 Pertandingan E-Sport
🎁 Cabutan Pengunjung Bertuah

PSNZ Open Day 2026 bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara perpustakaan dengan warga kampus, agensi luar dan komuniti setempat, di samping mempromosikan koleksi, perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh PSNZ.

Program ini juga diharapkan dapat menggalakkan kunjungan ke perpustakaan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga universiti serta masyarakat setempat.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan!

Semua pelajar dan staf UMT serta komuniti setempat dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan PSNZ Open Day 2026.

Jumpa anda di PSNZ!

Sekian, terima kasih.

UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

PROGRAM@PSNZ : 5 OKTOBER 2026 -  DELEGASI PENSYARAH DAN PELAJAR SYLHET AGRICULTURE UNIVERSITY, BANGLADESH KE PSNZTerima ...
08/10/2026

PROGRAM@PSNZ : 5 OKTOBER 2026 - DELEGASI PENSYARAH DAN PELAJAR SYLHET AGRICULTURE UNIVERSITY, BANGLADESH KE PSNZ

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan pelajar menjadikan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu sebagai destinasi lawatan.

📅 Tarikh : 6 Oktober 2026
📍 Tempat : Ruang Pameran, Aras 1 dan Aras 2, PSNZ
👥 Bilangan : 6 pelajar dan 6 pengiring

Semoga perkongsian semasa lawatan ini memberikan ilmu yang bermanfaat serta pengalaman baharu kepada semua.

UMT - Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM@PSNZ : 5 OKTOBER 2026 -  DELEGASI PENSYARAH DAN PELAJAR PROGRAM MOBILITY INBOUND TELKOM UNIVERSITY BANDUNG, INDO...
08/10/2026

PROGRAM@PSNZ : 5 OKTOBER 2026 - DELEGASI PENSYARAH DAN PELAJAR PROGRAM MOBILITY INBOUND TELKOM UNIVERSITY BANDUNG, INDONESIA

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan pelajar menjadikan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu sebagai destinasi lawatan.

📅 Tarikh : 5 Oktober 2026
📍 Tempat : Ruang Pameran, Aras 1 dan Aras 2, PSNZ
👥 Bilangan : 12 pelajar dan 4 pensyarah

Semoga perkongsian semasa lawatan ini memberikan ilmu yang bermanfaat serta pengalaman baharu kepada semua.

UMT - Universiti Malaysia Terengganu

DIARI@PSNZ: 29 SEPTEMBER 2026 - LESTARI STAF BERSAMA BUKUProgram Lestari kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Harisom...
07/10/2026

DIARI@PSNZ: 29 SEPTEMBER 2026 - LESTARI STAF BERSAMA BUKU

Program Lestari kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Harisom Anida binti Musa, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ). Program Lestari telah berlangsung secara hibrid kerana sebahagian staf yang bekerja secara HBH.

Semoga segala ilmu dan pengisian yang dikongsikan dalam program ini memberi manfaat kepada semua warga PSNZ.


UMT - Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM@PSNZ: 29 SEPTEMBER 2026 - TAKLIMAT PENGUKUHAN INTEGRITI PSNZ "PENGURUSAN ADUAN DAN SIASATAN"Alhamdulillah telah ...
07/10/2026

PROGRAM@PSNZ: 29 SEPTEMBER 2026 - TAKLIMAT PENGUKUHAN INTEGRITI PSNZ "PENGURUSAN ADUAN DAN SIASATAN"

Alhamdulillah telah berlangsung Taklimat Pengukuhan Integriti PSNZ pada 29 September 2026. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdulamin bin Abdillah, Pengarah Integriti, Universiti Malaysia Terengganu atas taklimat yang telah disampaikan.

Program ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama PSNZ secara hybrid melalui platform Webex.

Tahniah diucapkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Korporat PSNZ atas penganjuran program tahunan yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan nilai integriti dikalangan Warga PSNZ. Terima kasih kepada semua staf yang turut sama menyertai.

Semoga apa yang telah disampaikan menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua.

Terima kasih.


UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Unit Integriti, UMT

PROGRAM@PSNZ: 5 OKTOBER 2026 - TELAAH@UMT SIRI II  “FISHES OF KENYIR”Menyelusuri khazanah biodiversiti Tasik Kenyir mela...
06/10/2026

PROGRAM@PSNZ: 5 OKTOBER 2026 - TELAAH@UMT SIRI II “FISHES OF KENYIR”

Menyelusuri khazanah biodiversiti Tasik Kenyir melalui karya “Fishes of Kenyir”, TELAAH@UMT SIRI II membuka ruang perkongsian ilmu bersama para pengarang yang mengupas pengalaman, pengetahuan serta kisah di sebalik penghasilan karya istimewa ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohamad Aqmal Mohd Naser, Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur (FSPA), UMT serta Prof. Madya Dr. Amirrudin Ahmad, Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, UMT atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang begitu bermakna.

Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Che Hasniza binti Che Noh, Pengarah Penerbit UMT merangkap Ketua Program, dan seluruh ahli jawatankuasa Telaah@UMT atas komitmen dalam menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga kepada seluruh jemputan dan peserta yang hadir secara bersemuka mahupun dalam talian. Sokongan dan komitmen yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kelangsungan program TELAAH@UMT.

Semoga perkongsian melalui karya “Fishes of Kenyir” ini terus menyemarakkan budaya membaca, perkongsian ilmu serta kecintaan terhadap khazanah biodiversiti negara, khususnya keunikan ekosistem Tasik Kenyir.

TELAAH@UMT — Membaca, Menelaah, Berkongsi Ilmu.

DIARI@PSNZ : 24 SEPTEMBER 2026 - LETS GET FIT OUTDOORTujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup sihat s...
06/10/2026

DIARI@PSNZ : 24 SEPTEMBER 2026 - LETS GET FIT OUTDOOR

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga PSNZ. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam penganjuran program kali ini.

UMT - Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM@PSNZ :23 SEPTEMBER 2026 - PROGRAM PSNZ PRIHATIN SARAPAN PERCUMA KEPADA 100 PENGUNJUNG TERAWALAlhamdulillah, peng...
06/10/2026

PROGRAM@PSNZ :23 SEPTEMBER 2026 - PROGRAM PSNZ PRIHATIN SARAPAN PERCUMA KEPADA 100 PENGUNJUNG TERAWAL

Alhamdulillah, pengagihan sarapan percuma kepada 100 pengunjung terawal PSNZ telah dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang - penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan acara dalam siri program PSNZ Prihatin pada kali ini.

In Shaa Allah kita jumpa lagi di masa akan datang.


UMT - Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,​HEBAHAN PROGRAM MySISWA@JOC (JOB ON CAMPUS) DI PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRA...
06/10/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

​HEBAHAN PROGRAM MySISWA@JOC (JOB ON CAMPUS) DI PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH (PSNZ)

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk menyertai Program MySISWA@JOC (Job on Campus) sebagai Pembantu Khidmat Am. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman bekerja dalam persekitaran universiti, membangunkan kemahiran insaniah, meningkatkan kebolehpasaran serta menjana pendapatan tanpa menjejaskan komitmen pengajian.

Syarat Kelayakan
✅ Warganegara Malaysia
✅ Pelajar pra-siswazah berstatus aktif (Semester 2 ke atas)
✅ PNG minimum 2.50 dan tiada rekod tatatertib

Skop Tugasan
🔹 Reka bentuk poster, penyuntingan video dan kemas kini media digital
🔹 Pengurusan pangkalan data serta rekod perpustakaan
🔹 Pengurusan fail arkib dan bahan digital
🔹 Penghasilan kandungan media sosial dan sokongan program perpustakaan
🔹 Pembangunan serta pengujian sistem chatbot AI dan portal perpustakaan

📅 Tarikh TUTUP Permohonan : ​22 Oktober 2026

Cara Memohon : Isi borang dengan imbas kod QR pada poster. Hantarkan borang yang telah lengkap diisi kepada:
👤 En. Noor Mahadi bin Abdul Ghani
📞 096334214
📧 [email protected]

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
👤 En. Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi
📞 096334297
📧 [email protected]

✨ Jangan lepaskan peluang untuk menimba pengalaman kerja, meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan sambil meneruskan pengajian di UMT. Mohon sekarang!

UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan - UMT GEM


Address

Universiti Malaysia
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

6096684116

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah:

Shortcuts

Share