Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries - Akuatrop UMT

Call Directions Website Contact the university

Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries - Akuatrop UMT Officially approved by the Ministry of Higher Education (MOHE) on 28 July 2004

HICEO AKUATROP DIRECTORY E-BOOK
https://anyflip.com/xpkkv/jquq/

Linkedin
linkedin.com/in/hicoe-akuatrop-universiti-malaysia-terengganu-1878ab210

28/09/2026

IKAN INGGU: JIKA IBU MATI, AYAH AKAN MENJADI IBU

β€œKehidupan sebenar ikan inggu (clownfish) jauh lebih menarik daripada apa yang pernah ditunjukkan di layar perak. Bayangkan sebuah keluarga yang tinggal bersama di dalam sebuah rumah. Di dalam rumah itu terdapat seekor betina yang paling besar dan dominan, seekor jantan yang menjadi pasangan pembiaknya, serta beberapa individu lain yang lebih kecil.

Kemudian, pada suatu hari, betina dominan itu mati. Apa yang berlaku selepas itu? Mereka tidak keluar mencari betina baharu. Sebaliknya, jantan terbesar dalam kump**an itu akan bertukar menjadi betina.

Ya, daripada jantan kepada betina. Dan ini bukan keanehan atau kebetulan dalam biologi. Inilah sistem yang telah dibentuk oleh evolusi untuk memastikan kelangsungan kump**an tersebut.”

Tahukah anda bahawa kisah Nemo adalah jauh lebih menarik berbanding apa yang kita tonton di layar lerak? Menyentuh soal interaksi antara ikan inggu dengan buran: siapa sebenarnya membantu siapa? Apakah spesies- spesies ikan inggu yang direkodkan di perairan negara?

Artikel berjudul β€œIkan Inggu -Jika Ibu Mati, Ayah Akan Menjadi Ibu” tulisan En. Yusri Yusuf, pensyarah kanan di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjawab persoalan-persoalan menarik di atas. Penulis berpengalaman dalam bidang ekologi terumbu karang, taksonomi ikan, serta pemantauan dan pemuliharaan ekosistem marin. Capai artikel tulisan beliau menerusi pautan berikut:

https://www.majalahsains.com/ikan-inggu-jika-ibu-mati-ayah-akan-menjadi-ibu/

MajalahSains berterima kasih atas sumbangan artikel yang merupakan inisiatif dan tajaan β€˜OceanHOPE Project’ dari UMT bagi meningkatkan tahap literasi lautan kepada orang ramai bersempena sambutan β€œ25 Tahun UMT: Menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara”.

25/09/2026

🌐✨ LAMAN WEB BAHARU THE SOUTHEAST ASIAN FISHERIES DEVELOPMENT CENTER (SEAFDEC)

Kini tampil dengan wajah baharu!
Dapatkan informasi terkini berkaitan The Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) dengan lebih mudah dan pantas.

πŸ”— Layari laman web baharu THE SOUTHEAST ASIAN FISHERIES DEVELOPMENT CENTER (SEAFDEC) sekarang!
(https://seafdec.dof.gov.my)







Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Institut Akuakultur Tropika dan Per...
23/09/2026

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω°Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Nor Suhaini Mohamad, bekas pelajar Sarjana di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Liew Hon Jung, yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 September 2026.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikannya, melimpahkan rahmat dan keampunan, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Daripada seluruh warga AKUATROP
Universiti Malaysia Terengganu

22/09/2026
22/09/2026

HEBAHAN PELANTIKAN NAIB CANSELOR UMT

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Menteri Pendidikan Tinggi telah bersetuju melantik YBrs. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu yang baharu berkuat kuasa mulai 28 September 2026.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. di atas pelantikan tersebut. Seluruh warga UMT diharap dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugasnya.





πŸ“’ HEBAHAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU UMT SESI 2026/2027Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuka peluang kemasukan ke...
22/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU UMT SESI 2026/2027

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuka peluang kemasukan ke program Sarjana Muda melalui Saluran Ambilan UMT kepada lepasan STPM/Setaraf yang telah memohon melalui UPUOnline tetapi masih belum menerima tawaran.

🐟 Program di Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur: β€’ Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) dengan Kepujian
β€’ Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian

πŸ“… Tempoh Permohonan:
26–30 September 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 8.00 malam

βœ… Memenuhi syarat am dan syarat khas program
βœ… Telah memohon melalui UPUOnline
βœ… Belum menerima sebarang tawaran melalui UPUOnline

πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk Borang Permohonan dan Prospektus UMT.

Mohon jasa baik semua untuk panjangkan hebahan ini kepada calon yang berminat dan layak.

Jom sambung pengajian di UMT! 🌊🐟

14/09/2026

Nampak hampir sama, tetapi ikan pacu dan ikan piranha sebenarnya berbeza! Kenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua spesies ikan asing ini melalui infografik ringkas berikut! 🐟


09/09/2026

πŸ“’ WORKSHOP ON BASIC AQUACULTURE PARASITOLOGY 2026 : Understanding, Identifying and Managing Parasites in Aquaculture

AKUATROP HiCoE, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), is pleased to invite researchers, academicians, students, veterinarians, aquaculture practitioners, and industry professionals to participate in this exclusive one-day hands-on workshop conducted by:

Prof. Dr. Kurt Buchmann
University of Copenhagen, Denmark

πŸ“… 27 September 2026 (Sunday)
πŸ•˜ 9:00 a.m. – 5:00 p.m.
πŸ“ AKUATROP, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

πŸ’° Registration Fee: RM350 per participant
πŸ‘₯ Limited to 20 participants only

Workshop Highlights

πŸ”¬ Aquaculture Parasitology Fundamentals
🦠 Fish Parasite Identification
πŸ”¬ Microscopic Examination & Sampling Techniques
🧫 Hands-on Laboratory Training
πŸ›‘οΈ Disease Diagnosis, Biosecurity & Management
πŸ“œ Certificate of Participation

πŸ“ Register now:
https://forms.gle/XR34nD1G3HigwupE6

Seats are limited and will be offered on a first-come, first-served basis. We warmly encourage you to share this opportunity with your colleagues, students, and industry partners.

We look forward to welcoming you to AKUATROP, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

05/09/2026

Dari dulu kadang-kadang orang tanya saya, kenapa spesies Trigonostigma heteromorpha ni saya panggil ikan Seluang Canting? Kenapa tak gunakan nama tempatan yang orang selalu sebut, seperti ikan setem (sebab dulu ia pernah dicetak di setem), atau seluang bada (nama umum untuk kebanyakan spesies ikan seluang dan pernah diletakan dalam setem juga).

Sebenarnya, nama Seluang Canting tu bukan rasmi pun, cuma saya pilih nama tersebut bersebab. Kerana, saya lihat corak di badannya kelihatan seperti bahagian dakwat pada alat canting batik (dipanggil "nyamplung") jika diterbalikan. Saya rasa nama "Seluang Canting" sedap disebut, didengar, perkataan tempatan p**a tu, dan merujuk pada alatan seni tradisional masyarakat kita. Juga alat canting berkait dengan penghasilan corak batik yang semuanya cantik belaka, secantik ikan ini.

Tapi tiada ketetapan pun sesiapa mahu panggil nama lain pada ikan ini, ia tiada nama yang tetap atau satu nama yang didaftar secara rasmi dan diseragamkan. Saya memikirkan nama ini pun sekadar kerana coraknya, dan ketika itu p**a saya sedang bersemangat untuk mencari perkataan-perkataan tempatan bagi menamakan ikan tempatan yang belum ada satu nama tetap, satu nama yang tidak meminjam perkataan asing, perkataan dipilih pun sama ada merujuk pada corak, warna, perangai, bentuk, lokaliti dan pelbagai lagi.

Nama inggerisnya pun agak menarik, "Harlequin Rasbora". Nama "harlequin" diberikan kerana tompok segi hitam yang jelas di badannya menyerupai kostum bercorak berlian yang dipakai oleh watak harlequin tradisional di dalam teater

Address

Institute Of Tropical Aquaculture And Fisheries (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601110108542

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries - Akuatrop UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries - Akuatrop UMT:

Shortcuts

Share