11/12/2025
Terengganu, 4 Disember 2025 โ Tourism Undergraduate Student Association (TUSA) dengan kerjasama Wetland School of Setiu telah menganjurkan Program Eco-Clean Up di Kampung Mangkuk, Setiu. Program ini dilaksanakan bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku beberapa minggu lalu.
Program berkenaan melibatkan penglibatan aktif ahli-ahli TUSA melalui Volunteerism Program. Pelaksanaan ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, meningkatkan keprihatinan terhadap masyarakat setempat serta menyemai kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif ini turut menyediakan platform kepada para pelajar untuk menyumbang tenaga dalam usaha membantu komuniti yang terkesan.
Program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam mendidik masyarakat mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar, khususnya dalam kalangan generasi muda.
โFriends That Travel Together, Stay Togetherโ
Ikuti perkembangan dan maklumat hebahan terkini melalui:
Facebook: Tourism Undergraduate Student Association
Instagram:
TikTok: