Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA

Call Directions Website Contact the university

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA A platform for current information from Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, UMPSA

This page aims to share current news and information regarding our faculty to the public.

  🎉 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENYELIDIK FTKEE! 🎉FTKEE, UMPSA mengucapkan tahniah kepada tiga orang penyelidik atas...
15/10/2026




🎉 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENYELIDIK FTKEE! 🎉

FTKEE, UMPSA mengucapkan tahniah kepada tiga orang penyelidik atas pengiktirafan dalam senarai Stanford–Elsevier Top 2% Scientists 2026.

🏆 Penyelidik yang menerima pengiktirafan:
1. Profesor Ts. Dr. Mohd. Herwan bin Sulaiman
2. Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ashraf bin Ahmad
3. Ts. Dr. Mohd Shawal bin Jadin

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasa kecemerlangan penyelidikan dan mengharumkan nama FTKEE serta UMPSA di persada antarabangsa. 🏆

    🇲🇾🇨🇳 PROFESOR FTKEE UMPSA TERLIBAT DALAM PENGGUBALAN DAN PELANCARAN STANDARD CHINA–ASEAN DI CHINANanning, Guangxi, C...
14/10/2026




🇲🇾🇨🇳 PROFESOR FTKEE UMPSA TERLIBAT DALAM PENGGUBALAN DAN PELANCARAN STANDARD CHINA–ASEAN DI CHINA

Nanning, Guangxi, China | 12 Oktober 2026

Prof. Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Ghazali dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), merupakan salah seorang wakil yang terlibat dalam penggubalan dan pembangunan standard China–ASEAN, serta turut mengambil bahagian sebagai wakil dalam majlis pelancaran standard tersebut di Nanning, China.

Pelancaran berlangsung sempena 2026 World Standards Day Promotional Event and the 3rd Guangxi Conference on High-Quality Group Standards, Science and Technology Awards, and Academic Exchange.

Program ini dibimbing oleh China Association for Standardization (CAS) dan dianjurkan oleh Guangxi Association for Standardization, dengan kerjasama pelbagai organisasi profesional di China, termasuk Guangxi Federation of Enterprise Science and Technology, Guangxi Artificial Intelligence Society, Guangxi Meteorological Society, Guangxi Geographical Information Industry Association, Guangxi Big Data Technology Society, Guangxi Electric Power Industry Association dan Guangxi Environmental Protection Industry Association.

Penglibatan UMPSA melalui kepakaran Profesor FTKEE dalam pembangunan standard China–ASEAN ini mencerminkan peranan universiti dalam menyumbang kepakaran teknikal dan penyelidikan kepada inisiatif standardisasi di peringkat antarabangsa. Ia juga memperkukuh keterlihatan UMPSA sebagai institusi pendidikan tinggi yang aktif dalam kerjasama teknologi dan inovasi bersama rakan antarabangsa.

Lebih membanggakan, beliau turut diberi kepercayaan untuk memperkenalkan dan mempromosikan standard China–ASEAN tersebut di Malaysia, khususnya kepada agensi kerajaan, institusi akademik dan pihak industri berkaitan.

Inisiatif ini membuka peluang kepada UMPSA untuk memperluas jaringan strategik bersama organisasi di China dan ASEAN, khususnya dalam pembangunan standard, penyelidikan bersama, pemindahan teknologi serta kerjasama industri.

Tahniah Prof. Kamarul Hawari atas pencapaian dan sumbangan dalam memperkukuh peranan UMPSA di persada antarabangsa!

    FTKEE JOHAN PERTANDINGAN GO GREEN EKSA UMPSA!Tahniah diucapkan kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan El...
14/10/2026




FTKEE JOHAN PERTANDINGAN GO GREEN EKSA UMPSA!

Tahniah diucapkan kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA atas kejayaan meraih Tempat Pertama dalam Pertandingan Go Green EKSA UMPSA!

Kejayaan ini mencerminkan komitmen warga FTKEE dalam membudayakan amalan hijau, memelihara kebersihan serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, teratur dan lestari.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga FTKEE atas kerjasama, usaha dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kerja hijau dan menyokong kelestarian kampus UMPSA.

   Best Student of the Semester (Sem 1 2025/2026) AwardSekalung TAHNIAH kepada semua penerima anugerah Best Student of t...
14/10/2026




Best Student of the Semester (Sem 1 2025/2026) Award

Sekalung TAHNIAH kepada semua penerima anugerah Best Student of the Semester (Sem 2 2025/2026) peringkat FTKEE.

Kekalkan prestasi cemerlang, kekalkan nilai-nilai sahsiah yang baik dan terus tingkatkan pencapaian ke arah yang lebih baik 👍🏻👍🏻
Semoga menjadi inspirasi kepada pelajar lain 🙂

Untuk makluman :
Penghargaan yang diberikan fakulti ini merangkumi aspek-aspek sahsiah diri, penglibatan dalam kelas, kehadiran ke kelas dan pencapaian terbaik pertengahan semester. Pencalonan ini dinilai terus dari pensyarah-pensyarah kelas.

  TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA PINGAT PERAK! 🥈✨Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik Fakulti Teknologi ...
10/10/2026




TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA PINGAT PERAK! 🥈✨

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) atas kejayaan meraih Pingat Perak menerusi pertandingan Invention, Innovation & Design on E-Learning (IIDEL) Competition, UM MINT × IUCEL 2026.

Kejayaan ini diraih menerusi projek inovasi “POWERDASH: Interactive Web Applications for Self-Directed Learning of Power Electronics”, yang mengetengahkan pendekatan pembelajaran kendiri secara interaktif dalam bidang Elektronik Kuasa.

Tahniah kepada seluruh pasukan penyelidik atas komitmen, kreativiti dan usaha berterusan dalam menghasilkan inovasi pendidikan yang berimpak tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang serta memperkukuh kecemerlangan penyelidikan dan inovasi UMPSA di persada pendidikan tinggi.

Syabas dan tahniah! Terus melakar kecemerlangan!

    20 TAHUN MENABUR BAKTI, FTKEE HARGAI JASA WARGANYA8 Oktober 2026 | UMPSA PekanFakulti Teknologi Kejuruteraan Elektri...
08/10/2026




20 TAHUN MENABUR BAKTI, FTKEE HARGAI JASA WARGANYA

8 Oktober 2026 | UMPSA Pekan

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga FTKEE yang telah menabur bakti dan memberikan khidmat serta kesetiaan selama 20 tahun kepada universiti.

Penghargaan tersebut diraikan menerusi Majlis Sanjungan Budi dan Apresiasi UMPSA 2026 yang berlangsung di Dewan Cendekia Siswa, UMPSA Pekan, hari ini dan disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias.

Tempoh dua dekad bukanlah satu perjalanan yang singkat. Sepanjang 20 tahun, warga yang diraikan telah melalui pelbagai fasa perkembangan institusi, daripada era Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), sehinggalah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada hari ini.

Sumbangan dan komitmen yang dicurahkan dalam pelbagai bidang, sama ada akademik, pentadbiran, teknikal, pengurusan makmal mahupun perkhidmatan sokongan, menjadi sebahagian daripada perjalanan FTKEE dalam melaksanakan amanah pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kepada universiti.
Lebih daripada sekadar tempoh perkhidmatan, 20 tahun adalah himpunan pengalaman, ilmu, cabaran dan kenangan yang telah membentuk perjalanan warga FTKEE serta menyumbang kepada pembangunan fakulti dari semasa ke semasa.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat warga FTKEE yang diraikan atas 20 tahun khidmat bakti kepada UMPSA. Semoga pengalaman dan ilmu yang dimiliki terus menjadi inspirasi serta dapat dikongsi dan diwariskan kepada generasi warga FTKEE yang seterusnya.

20 tahun berbakti, membina legasi, mencorak masa depan FTKEE

    MEMPERKASA PROFESIONAL AUDIT MELALUI TEKNOLOGI AISHAH ALAM, 23–24 September 2026 – Kepakaran dan teknologi Artificia...
08/10/2026




MEMPERKASA PROFESIONAL AUDIT MELALUI TEKNOLOGI AI

SHAH ALAM, 23–24 September 2026 – Kepakaran dan teknologi Artificial Intelligence (AI) terus diterjemahkan kepada aplikasi dunia pekerjaan menerusi penglibatan Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sebagai tenaga pengajar dalam program Practical AI for Internal Auditors: Hands-On AI for Audit Planning, Fieldwork, Analytics, Fraud Detection & Reporting.

Program selama dua hari yang dianjurkan oleh SALIHIN Academy dengan penyertaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini memberi pendedahan secara praktikal mengenai penggunaan Generative AI dalam memperkukuh proses kerja audit, merangkumi perancangan audit, kerja lapangan, analisis data, pengesanan fraud serta penyediaan laporan.

Pendekatan latihan yang berorientasikan amali membolehkan peserta memahami bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan bukan sekadar sebagai alat untuk menjana kandungan, tetapi sebagai teknologi sokongan dalam mempercepatkan analisis, mengenal pasti corak dan anomali, menstruktur maklumat serta membantu proses membuat keputusan yang lebih berasaskan data.

Penglibatan ini turut mencerminkan usaha FTKEE dalam memperluaskan pemindahan ilmu dan kepakaran universiti kepada sektor profesional dan industri, khususnya dalam bidang AI, analitik data dan transformasi digital.

Sebagai HRD Corp Accredited Trainer, Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim turut aktif dalam pembangunan dan penyampaian latihan AI yang disesuaikan dengan keperluan organisasi, industri dan golongan profesional.

FTKEE merakamkan penghargaan kepada SALIHIN Academy dan Lembaga Zakat Selangor atas kepercayaan serta peluang yang diberikan untuk berkongsi kepakaran dalam bidang AI bersama para profesional audit.

Inisiatif sebegini diharap dapat terus memperkukuh hubungan antara universiti, industri dan organisasi, di samping mempercepatkan penerapan AI secara praktikal, bertanggungjawab dan berimpak dalam pelbagai sektor.

Daripada kepakaran kepada aplikasi, daripada ilmu kepada impak.

      KOLABORASI TEKNIKAL FTKEE–AGENSI NUKLEAR MALAYSIA–WONDERFUL EBEAM CABLE PERKUKUH PENGUJIAN SISTEM KABELPEKAN | 30 ...
30/09/2026







KOLABORASI TEKNIKAL FTKEE–AGENSI NUKLEAR MALAYSIA–WONDERFUL EBEAM CABLE PERKUKUH PENGUJIAN SISTEM KABEL

PEKAN | 30 September 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Aktiviti Pemasangan Sistem dan Pengujian Kabel di Makmal Pendawaian FTKEE dengan penglibatan Agensi Nuklear Malaysia serta pihak industri, Wonderful Ebeam Cable.

Aktiviti ini melibatkan pemasangan sistem serta pengujian kabel bagi menilai aspek prestasi dan kualiti sistem dalam keadaan operasi sebenar. Antara staf FTKEE yang terlibat ialah Ir. Ts. Dr. Rosmadi bin Abdullah, TC. Mohd Maliki bin Md Saad, Ts. Mohd Salmizan bin Mohd Zain, Ts. Dr. Mohd Shafie bin Bakar dan Dr. Amir Izzani bin Mohamed.

Pada bahagian akhir sesi ketiga, aktiviti turut disertai oleh Mr. Chan Chang Choy, CEO Wonderful Ebeam Cable, yang berkesempatan melihat dengan lebih dekat proses pemasangan sistem satu fasa yang dilaksanakan di Makmal Pendawaian FTKEE.

Bagi sesi pengujian, sistem diuji menggunakan beban yang dipasang pada motor AC berkuasa 1.5 kuasa kuda serta kipas siling, manakala analisis parameter sistem turut direkodkan menggunakan peralatan Power Quality Analyser.

Pelaksanaan aktiviti ini mencerminkan usaha FTKEE dalam memperkukuh kolaborasi bersama agensi penyelidikan dan pihak industri, khususnya dalam aspek pembangunan, pemasangan serta pengujian teknologi kabel, di samping menyokong pengukuhan kemudahan dan kepakaran teknikal dalam bidang kejuruteraan elektrik

    120 PELAJAR SMK ALOR AKAR TEROKAI DUNIA TVET & STEM DI FTKEE UMPSAPEKAN | 30 September 2026 – Fakulti Teknologi Keju...
30/09/2026




120 PELAJAR SMK ALOR AKAR TEROKAI DUNIA TVET & STEM DI FTKEE UMPSA

PEKAN | 30 September 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan 120 orang pelajar Tingkatan 3 bersama 12 orang guru pengiring dari SMK Alor Akar, Kuantan sempena Bengkel Pemantapan TVET & STEM di bawah Program Personaliti Unggul (AAPEX).

Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat persekitaran pembelajaran di FTKEE serta meneroka aplikasi Teknologi, Kejuruteraan dan STEM melalui lawatan ke beberapa makmal pengajaran dan kemudahan fakulti.

Antara kemudahan yang dilawati ialah Makmal Pendawaian Elektrik, Makmal Automasi, Makmal Alternatif Energy, Makmal Mini Plant dan Makmal Electropneumatic. Pendedahan ini membolehkan para pelajar melihat sendiri aplikasi teknologi dan sistem kejuruteraan dalam persekitaran pembelajaran sebenar, sekali gus memberikan gambaran awal mengenai bidang TVET serta peluang pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Program turut mendapat sokongan dan penglibatan Ts. Dr. Suliana binti Ab Ghani, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) serta Ts. Nazriyah binti Haji Che Zan @ Che Zain, Ketua Teknikal, bersama warga FTKEE yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan dan aktiviti sepanjang program.

Penglibatan FTKEE ini mencerminkan komitmen fakulti dalam memperluas pendedahan TVET dan STEM kepada generasi muda, di samping membuka ruang kepada para pelajar untuk mengenali lebih dekat bidang pengajian, kemudahan serta persekitaran akademik di FTKEE UMPSA.

    LAWATAN PENANDA ARAS AKREDITASI ETAC PSZMA KE FTKEE UMPSAPEKAN | 29 September 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan ...
29/09/2026




LAWATAN PENANDA ARAS AKREDITASI ETAC PSZMA KE FTKEE UMPSA

PEKAN | 29 September 2026 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSZMA) bagi Lawatan Penanda Aras Akreditasi ETAC.

Lawatan JKE PSZMA ini bertujuan memberi ruang kepada delegasi untuk mendapatkan perkongsian dan melihat amalan pengurusan FTKEE berkaitan proses pelaksanaan akreditasi ETAC, pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), pelaksanaan Projek Tahun Akhir (FYP), latihan industri serta pengurusan kemudahan dan fasiliti makmal.

Kunjungan ini turut disambut oleh Profesor Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, Dekan FTKEE, bersama Ts. Dr. Raja Mohd Taufika bin Raja Ismail, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa); Ts. Dr. Mohd Shawal bin Jadin, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah); Dr. Norazila binti Jaalam, Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik; Dr. Nurulfadzilah binti Hasan, Penyelaras DRE; Dr. Wan Syahirah binti W Samsudin, Penyelaras LI Diploma; serta Ts. Dr. Mohd Helmi bin Suid, Penyelaras Projek Tahun Akhir DRE.

Turut hadir ialah Hj. Mohd Dasri bin Adnan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik; Pn. Norazlinawati bt Mat Yaacob, Ketua Program DEP; Pn. Norhafizah Che Hassan, Ketua Program DTK, serta pensyarah-pensyarah JKE PSZMA.

Sepanjang lawatan, delegasi turut mengikuti sesi pembukaan dan perbincangan akreditasi ETAC, penyemakan dokumen, lawatan ke makmal dan fasiliti berkaitan serta sesi perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Lawatan penanda aras ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan pengurusan akademik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam usaha memperkukuh kualiti program serta persediaan menghadapi keperluan akreditasi ETAC.

Address

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah , Pekan Campus
Kuala Pahang
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA:

Shortcuts

Share