Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)

Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) KUSZA serves as a fertile ground for new seeds to grow at the new UniSZA.

22/05/2013

Makluman kepada mahasiswa/i UniSZA, Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA Sesi 2012/2013 dengan kerjasama Alumni KUSZA-UDM-UniSZA akan menganjurkan Program Twittup Alumni UniSZA 2013 “Alumni Mentorship: Professional & Life Skills” pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengahari – 4.30petang
Tempat : Speaker Corner, UniSZA

Pengisian utama program ini adalah beberapa siri Couch Talk & Talk About With Alumni antaranya:

Couch Talk Session 1: “Discover & Unfold the Life Experiences & Career of KUSZA-UDM-UniSZA Graduates”
Couch Talk Session 2: “How to Make Your Resume Looks SEXY! ‘’
Couch Talk Session 3: “Academic Excellence VS Leadership Experiences & Networking Exposure ‘’

Sehubungan dengan itu, kami membuka penyertaan peserta seramai 200 peserta yang berminat untuk menyertai seminar ini dan berpeluang berinteraksi secara dekat bersama siswazah lepasan KUSZA semenjak 1980-an. Dalam pada itu, mahasiswa/i boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan jaringan dan memenfaatkan rangkaian Alumni UniSZA yang sudah bekerjaya untuk sumber rujukan dan nasihat. Mahasiswa/i boleh smskan maklumat peribadi anda, Nama, IC, No, Matrik, & No. HP ke Siti Saodah Zakaria (014-2847683)

Makluman juga kepada para graduan UniSZA yang berminat untuk turut serta di dalam program ini dan seterusnya mendaftar sebagai Jawatankuasa Alumni bagi menggerakkan ALUMNI UniSZA dan perkara-perkara yang berpaut dengannya, boleh menghubungi:
Pengarah Program - Cik Nur Izzah Liyana Mat Nayan, ditalian 016-222 9715.


Sekian Terima Kasih
“ Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara ”

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W"1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak...
23/03/2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi s**a buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

INSAN dan HAIWANKita insan bukan haiwanbukan itik yang bisa berenangbukan ayam yang bisa terbang.Kita insan bukan haiwan...
22/03/2012

INSAN dan HAIWAN

Kita insan bukan haiwan
bukan itik yang bisa berenang
bukan ayam yang bisa terbang.

Kita insan bukan haiwan
bukan ikan tapi bisa berenang meredah lautan
bukan burung tapi bisa terbang mencapai awan.

Kita insan
bukan haiwan !

ALDI-18032012-QOLHA
[Hakcipta dipelihara oleh ALLAH]

POLITIKUSPolitikusyang menikus tetapi rakushak marhaen dibungkussegalanya terhapus.Politikusyang kudus dan mulushak raky...
22/03/2012

POLITIKUS

Politikus
yang menikus tetapi rakus
hak marhaen dibungkus
segalanya terhapus.

Politikus
yang kudus dan mulus
hak rakyat diurus
dengan tulus.

Ramai berminda tidak halus
asal ada fulus semua lulus.

ALDI-17032012-QOLHA
[Hakcipta dipelihara oleh ALLAH]

MATEMATIK SEPANAJANG ZAMANSATU tambah SATUbukan DUAtetapi TIGA ! ALDI-140312-QOLHA[Hakcipta dipelihara oleh ALLAH]
22/03/2012

MATEMATIK SEPANAJANG ZAMAN

SATU tambah SATU
bukan DUA
tetapi TIGA !

ALDI-140312-QOLHA
[Hakcipta dipelihara oleh ALLAH]

09/03/2012

Sehiris Bulan Di Bumbung Sejarah

Address

Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA):

Share