Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT PPIJIM sebuah PTj yang bertanggungjawab menyokong universiti dalam pemindahan ilmu bersama komuniti dan jaringan industri berstrategik untuk stakeholders

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SejahteraYBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,UCAPAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA GERAN KTAGS TAH...
25/05/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA GERAN KTAGS TAHUN 2026

Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para penyelidik yang berjaya menerima dana di bawah Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) Tahun 2026.

Semoga geran yang diperoleh ini menjadi pemangkin kepada usaha pemindahan ilmu dan teknologi yang memberi manfaat kepada komuniti serta industri sasaran. Diharapkan juga pelaksanaan projek yang dirancang akan berjalan lancar dan berjaya menghasilkan impak yang signifikan selaras dengan aspirasi inovasi sosial dan pembangunan mampan.

Sekalung penghargaan dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua penerima dana KTAGS Tahun 2026.

Sekian, terima kasih.




Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SejahteraYBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,UCAPAN TAHNIAH PENERIMA DANA SULAM SEMESTER II...
25/05/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

UCAPAN TAHNIAH PENERIMA DANA SULAM SEMESTER II SESI 2025/2026

Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para penyelidik yang telah berjaya menerima Dana SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) bagi Semester II, Sesi 2025/2026.

Semoga dana yang diterima dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar dalam kalangan pelajar menerusi pelaksanaan inisiatif SULAM.

Sekian, terima kasih.




19 MEI 2026 II MAJLIS PELUNCURAN KEMBARA KPT@TERENGGANU SEMPENA PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI UMT 2025
21/05/2026

19 MEI 2026 II MAJLIS PELUNCURAN KEMBARA KPT@TERENGGANU SEMPENA PENYERAHAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI UMT 2025




Kota Tinggi, 11 April 2026 – Sebanyak 200,000 benih udang galah telah dilepaskan ke Sungai Gembut dalam satu majlis yang...
30/04/2026

Kota Tinggi, 11 April 2026 – Sebanyak 200,000 benih udang galah telah dilepaskan ke Sungai Gembut dalam satu majlis yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai usaha memperkukuh pemuliharaan biodiversiti perairan serta merancakkan ekonomi komuniti setempat.

Induk udang galah yang diperoleh dari Sungai Gembut sebelum ini telah melalui proses pembiakan di hatcheri AKUATROP dan dilepaskan semula secara berperingkat bagi memastikan kelangsungan spesies di habitat semula jadi.

Majlis tersebut turut mengetengahkan penglibatan mahasiswa melalui Skuad Lasykar Alam@UMT serta pameran inovasi berteraskan pemindahan ilmu oleh penyelidik UMT. Inisiatif ini dilihat berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pengurusan sumber secara mampan, di samping berpotensi mengangkat Sungai Gembut sebagai destinasi ekopelancongan dan pendidikan alam sekitar.

Bagi memastikan kelestarian projek, UMT merancang untuk mewujudkan tapak kajian lapangan di Kota Tinggi bagi memperkasa aktiviti penyelidikan dan pemindahan ilmu kepada komuniti, selaras dengan agenda ekonomi biru negara dan aspirasi pembangunan lestari.

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi, Jabatan Perikanan Negeri Johor serta komuniti tempatan dan diselaras oleh Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) bersama Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Pejabat Komunikasi Korporat (PKK) dan Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH).




29 April 2026 - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Libatsama dan Showcase Dana Kajian Sosial...
30/04/2026

29 April 2026 - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Majlis Libatsama dan Showcase Dana Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menampilkan dua projek berimpak hasil peruntukan KPT.

Projek yang dipamerkan ialah Aplikasi Think Quran bernilai RM69,270, melibatkan 30 prospek (banduan) di Penjara Marang bertujuan pembelajaran kosa kata Al-Quran secara kendiri serta menyokong proses pemulihan sahsiah.

Selain itu, Projek TAPAi dengan suntikan dana RM45,100 melibatkan 15 artisan OKU dan lapan guru pelatih yang diberi pengukuhan ilmu pemasaran digital dan pembangunan laman sesawang bagi memperluas akses pasaran produk.

Kedua-dua projek ini mencerminkan keupayaan universiti dalam menterjemah hasil penyelidikan kepada impak sosial yang memberi manfaat kepada komuniti rentan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah barisan kepimpinan universiti, wakil agensi kerajaan serta rakan strategik. Majlis ini telah diselaraskan oleh PPIJIM dengan kerjasama pasukan projek Dr. Noraida Hj. Ali dan Dr. Noor Azliza Che Mat, serta sokongan PKK dan PPH.




17 Mac 2026 || Mesyuarat Pelaksanaan Program "World Physical Activity Day"
18/03/2026

17 Mac 2026 || Mesyuarat Pelaksanaan Program "World Physical Activity Day"




8 Februari 2026 || Majlis Perasmian Program Pembangunan Komuniti Madani Pulau Pangkor JPТ
11/02/2026

8 Februari 2026 || Majlis Perasmian Program Pembangunan Komuniti Madani Pulau Pangkor JPТ




28 Jan 2026 || Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Penternakan Kelulut: Lawatan Penanda Aras UUM ke Universiti Malaysia T...
02/02/2026

28 Jan 2026 || Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Penternakan Kelulut: Lawatan Penanda Aras UUM ke Universiti Malaysia Terengganu




📢 HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA INOVASI SOSIAL (DIS) KPT 2026Assalamualaikum dan salam sejahteraYBhg. Dato’/Prof./Dr...
28/01/2026

📢 HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA INOVASI SOSIAL (DIS) KPT 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Inovasi Sosial (DIS) Tahun 2026 dengan ketetapan berikut:

🗓 Tempoh Permohonan:
26 Januari 2026 (Isnin) – 21 Februari 2026 (Sabtu)

🎯 Kelayakan:
Institusi awam/swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti
(melalui Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri & Masyarakat – PPIJIM, UMT)

🤝 Bentuk Permohonan:
Kerjasama strategik antara penyelidik dan Perusahaan Sosial (SE)
⏱ Tempoh projek maksimum: 12 bulan

📌 Model Permohonan:
1️⃣ Model Perintis
2️⃣ Model Impak Lestari

📎 Bersama hebahan ini disertakan Garis Panduan DIS 2026, slaid pembentangan serta rakaman taklimat sebagai rujukan (sila akses menerusi imbas kod QR di poster hebahan).

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri & Masyarakat (PPIJIM), UMT




Penilaian Pasca Intervensi Digital Usahawan Oku dan Sesi Pemantauan Geran Bagi Projek Dana Inovasi Sosial Dan Kajian Sos...
19/01/2026

Penilaian Pasca Intervensi Digital Usahawan Oku dan Sesi Pemantauan Geran Bagi Projek Dana Inovasi Sosial Dan Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi 2025

Marang, Terengganu | 18 Januari 2026 – Dana Kajian Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dimanfaatkan bagi menilai keberkesanan intervensi digital dalam memperkasa usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui peningkatan kemahiran pemasaran digital. Inisiatif bernilai RM45,100.00 ini melibatkan Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai Marang Berhad (TAPAi) sebagai komuniti sasar, dengan tumpuan kepada pengukuhan keupayaan digital, peningkatan keterlihatan pasaran serta kelestarian ekonomi usahawan OKU.

Usaha yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UMT ini dijangka menyumbang kepada pembangunan model intervensi digital yang lebih inklusif dan berimpak sosial, termasuk pembangunan laman sesawang perniagaan khas bagi menyokong pemasaran digital Koperasi Cakna Wakaf Tapai Marang (TAPAi).




Address

Aras 1, Kompleks Pengurusan Akademik Dan Penyelidikan , Universiti Malaysia
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096684169

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share