01/06/2017
Tahniah Dr!
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Warga PPSTM yang dihormati,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bersetuju melantik Dr. Ramisah Mohd Shah sebagai Pengerusi Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) di Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Malaysia Terengganu yang baharu. Pelantikan ini adalah untuk tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 25 Mei 2017 sehingga 24 Mei 2020.
3. Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dr. di atas pelantikan tersebut. Sehubungan dengan ini, seluruh warga PPSTM diharap dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugasnya.
4. Pada kesempatan ini juga, pihak Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, UMT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Pengerusi Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) iaitu Prof. Madya Dr. Adzemi Mat Arshad di atas sumbangan cemerlang dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh YBhg. Dr. sepanjang tempoh pelantikan sebagai Pengerusi Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman).
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.