HEPA UniSZA

Call Directions Website Contact the university

HEPA UniSZA Aspirasi penubuhan UniSZA adalah untuk melahirkan ‘pemimpin’ yang unggul dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Pejabat yang menguruskan hal ehwal pelajar dengan menyediakan perkhidmatan dan pembangunan pelajar seperti menyediakan latihan kepimpinan, menguruskan aktiviti pelajar, menyediakan kebajikan dan sebagainya. UniSZA salah satu institusi yang menerima mahasiswa dan mengeluarkan ‘pemimpin’. Pemimpin yang diidamkan oleh UniSZA ialah pemimpin yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah serta mempunyai semua ciri dan kemahiran sebagai pemimpin glokal. Bagi mencapai dan merealisasikan maksud tersebut, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersesuaian bagi melahirkan mahasiswa holistik dengan menekankan 3 tonggak iaitu Adab,Patriotik dan Manusiawi. Antara pusat/unit yang terdapat di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) ialah :

-Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
-Pusat Alumni
-Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar
-Pusat Sukan dan Rekreasi
-Pusat Kesenian dan Warisan
-Pusat Keusahawanan dan Jaringan Masyarakat
-Pusat Islam
-Unit Pentadbiran dan Kewangan
-Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar
-Unit Aktiviti Pelajar
-Unit Penajaan dan Endowmen Pelajar
-Unit Pentadbiran, Aktiviti dan Kebajikan Pelajar, Kampus Tembila
-Unit Kaunseling

Closing Ceremony Programme University Research and inovation investment summit 2026 (URISS26) By YB Dato’ Seri Diraja Dr...
25/09/2026

Closing Ceremony Programme University Research and inovation investment summit 2026 (URISS26) By YB Dato’ Seri Diraja Dr.Zambry Abd Kadir,Minister Of Higher Education Malaysia

Assalamualaikum wbt dan Salam SejahteraHEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR UniSZA PRIHATINSukacita dimaklumkan ...
22/09/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR UniSZA PRIHATIN

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedang membuka permohonan Bantuan Kebajikan Pelajar UniSZA Prihatin kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

Syarat Permohonan:

1. Warganegara Malaysia;
2. Terbuka kepada semua pelajar UniSZA yang berstatus aktif; dan
3. Terdiri daripada pelajar dalam kategori B40, iaitu pendapatan isi rumah RM5,860.00 dan ke bawah.

Tempoh Permohonan

Tarikh Buka: 23 September 2026 (Rabu)
Tarikh Tutup: 6 Oktober 2026 (Selasa)

Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan serta mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap seperti yang dinyatakan dalam borang.

Imbas QR Code yang disediakan untuk mendapatkan borang permohonan. Borang permohonan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dihantar pada atau sebelum 6 Oktober 2026 (Selasa) ke:

Kampus Gong Badak/Kampus Perubatan
Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Aras 1, Bangunan Canselori Lama

Kampus Besut
Unit Pentadbiran, Aktiviti dan Kebajikan Pelajar
Kompleks Akademik

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada:

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), UniSZA
Tel.: 09-819 8951 / 7811 / 8897 / 8401

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.




Berita baik kepada semua mahasiswa UniSZA!Agihan makan percuma akan diadakan bermula 6 September - 18 September 2026 di ...
21/09/2026

Berita baik kepada semua mahasiswa UniSZA!
Agihan makan percuma akan diadakan bermula 6 September - 18 September 2026 di kampus Gong Badak.
Agihan ini adalah di bawah inisiatif Dapur Siswa Madani, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ayuh semua hadir!





📣 HEBAHAN KEPADA SEMUA PELAJAR & WARGA UniSZA🎉 JOM MERIAHKAN HARI TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN SK DUYONG! 🎉Warga U...
21/09/2026

📣 HEBAHAN KEPADA SEMUA PELAJAR & WARGA UniSZA

🎉 JOM MERIAHKAN HARI TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN SK DUYONG! 🎉

Warga UniSZA dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Hari Terbuka Sempena Sambutan 100 Tahun SK Duyong yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 24 – 26 September 2026 (Khamis – Sabtu)
📍 Sekolah Kebangsaan Duyong

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! 🤩

🏃‍♂️ Fun Run Prasekolah
🔬 Pameran STEM
🏛️ Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
🎭 Cultural Fun Run
⚽ Sukan Rakyat
🧵 Bengkel Sobek Wau
🍜 Festival Makanan
🎤 Forum Hal Ehwal Islam
🌙 Malam Cinta Rasul
🎨 Pertandingan Talent Show STEM Peringkat Negeri
✨ Serta pelbagai lagi acara menarik!

🌟 “Semua Dijemput Hadir!”
Ayuh warga UniSZA bersama-sama meraikan 100 Tahun SK Duyong dengan penuh kenangan, keceriaan dan kebanggaan! 💙💛

Mari Raikan, Kenang dan Bangga – 100 Tahun SKD! 🎊





Sekitar Majlis Perasmian Penutup Minggu Mesra Siswa Sesi 2026/2027 yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Fadzli ...
20/09/2026

Sekitar Majlis Perasmian Penutup Minggu Mesra Siswa Sesi 2026/2027 yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA yang disertai oleh barisan pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan dan para pegawai universiti pada 17 September 2026 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak.

Majlis berlangsung dengan sangat meriah apabila para mahasiswa baharu ini membuat sorakan 'Demi UniSZA' dan teruja untuk mendekati Naib Canselor yang membuat kunjungan mesra di seluruh pelosok dewan.

Selamat Datang ke UniSZA, nikmati budaya pembentukan Future Caliph di bumi Abidin ini.

Demi UniSZA!

Sumbangan PTNC HEPA suntik semangat dua mahasiswa B40KUALA NERUS: Kekangan kewangan bukan alasan untuk menguburkan impia...
17/09/2026

Sumbangan PTNC HEPA suntik semangat dua mahasiswa B40

KUALA NERUS: Kekangan kewangan bukan alasan untuk menguburkan impian menara gading apabila dua mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (PTNC HEPA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Bantuan yang disampaikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Dato' Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, pada 17 September 2026 itu di Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA, diharap dapat membantu meringankan beban kewangan kedua-dua mahasiswa terbabit.

Penerima sumbangan ialah Muhammad Izz Dany bin Mohd Zakri, pelajar Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif (Kepujian), dan Muhammad Nabil Saifullah bin Mohd Amir, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian.

Bantuan itu hadir pada masa yang cukup bermakna bagi kedua-dua mahasiswa berkenaan, khususnya dalam membantu memenuhi keperluan asas sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa.

Dalam kesibukan mengejar cita-cita di kampus, mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan sememangnya berdepan cabaran tersendiri apabila perlu mengimbangi tuntutan pengajian dengan keperluan kewangan harian.

Justeru, keprihatinan PTNC HEPA melalui penyaluran bantuan berkenaan dilihat mampu menjadi sebahagian daripada jaringan sokongan kepada mahasiswa supaya mereka tidak berasa bersendirian dalam menghadapi cabaran kehidupan di universiti.

Lebih penting, bantuan itu bukan sekadar dinilai dari sudut nilai material, sebaliknya membawa mesej bahawa kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian.

Sokongan sedemikian juga dapat memberikan ruang kepada mahasiswa terbabit untuk menumpukan perhatian terhadap pengajian tanpa terlalu dibebani kebimbangan berkaitan keperluan asas.

Bagi Muhammad Izz Dany dan Muhammad Nabil Saifullah, bantuan yang diterima diharap menjadi pencetus semangat untuk terus melangkah, memperkukuh azam dan memberikan komitmen terbaik terhadap pengajian masing-masing.

Keprihatinan yang dizahirkan itu turut mencerminkan peranan PTNC HEPA dalam memastikan aspek kebajikan mahasiswa sentiasa berada dalam perhatian, khususnya golongan yang memerlukan sokongan.

Pendekatan berkenaan penting kerana kejayaan mahasiswa tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik, malah turut dipengaruhi keadaan kehidupan dan sokongan yang diterima sepanjang berada di institusi pengajian tinggi.

Dalam konteks ini, bantuan yang disalurkan mampu menjadi suntikan moral kepada mahasiswa untuk terus percaya bahawa kesukaran yang dihadapi bukan penghalang untuk mencapai cita-cita.

Ia juga memperlihatkan usaha universiti dalam membina ekosistem pendidikan yang mengambil kira kesejahteraan mahasiswa secara menyeluruh.

Sumbangan itu diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kedua-dua penerima bagi memenuhi keperluan yang diperlukan serta membantu mereka meneruskan pengajian dengan lebih baik.

Pada masa sama, sokongan berterusan terhadap mahasiswa daripada keluarga B40 amat penting bagi memastikan kekangan ekonomi tidak menjadi faktor yang menjejaskan perjalanan pendidikan mereka.

Bagi kedua-dua mahasiswa berkenaan, perjalanan masih panjang dan banyak cabaran perlu ditempuhi.

Namun, dengan adanya sokongan dan keprihatinan pihak universiti, mereka diharap terus melangkah dengan penuh keyakinan, menggenggam impian untuk menamatkan pengajian dan membina masa depan yang lebih baik.

Sumbangan mungkin kelihatan kecil pada pandangan sesetengah pihak, namun bagi mahasiswa yang sedang berjuang dalam keterbatasan, ia mampu menjadi sinar yang menguatkan langkah untuk terus bertahan dan mengejar kejayaan.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU MESRA SISWA & IKRAR PELAJAR BAGI KEMASUKAN DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SESI 2026/202716 Sep...
17/09/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU MESRA SISWA & IKRAR PELAJAR BAGI KEMASUKAN DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SESI 2026/2027

16 September 2026 | Dataran Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut

BESUT – Majlis Perasmian Penutup Minggu Mesra Siswa (MMS) & Ikrar Pelajar bagi Kemasukan Diploma dan Sarjana Muda Sesi 2026/2027 telah berlangsung di UniSZA Kampus Besut dengan menghimpunkan mahasiswa baharu bersama barisan pengurusan universiti.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, mewakili Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato' Dr. Fadzli bin Adam. Seramai 731 mahasiswa Diploma dan Sarjana Muda telah mendaftar di Kampus Besut bagi sesi kemasukan kali ini.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak; Pendaftar Universiti, Encik Muzaffar bin Mohd Din; Ketua Pustakawan, Puan Norulhuda binti Makhtar; Pengarah Kampus Besut, Prof. Madya Dr. Azman bin Azid; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany; serta ketua-ketua Pusat Tanggungjawab dan pegawai kanan universiti.

Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah turut menekankan semangat “DEMI UniSZA” yang membawa nilai Disiplin, Eksplorasi, Muafakat dan Integriti untuk dihayati oleh setiap mahasiswa sepanjang bergelar warga universiti. Nilai-nilai ini menjadi panduan dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berdisiplin, berani meneroka peluang dan pengalaman baharu, mengutamakan semangat kebersamaan serta sentiasa menjunjung tinggi integriti dalam setiap tindakan.

Selaras dengan falsafah Flexible Education with Soul, mahasiswa turut diingatkan bahawa pendidikan di UniSZA bukan sekadar berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran, malah merangkumi pembinaan nilai, akhlak dan sahsiah dalam usaha melahirkan Future Caliph UniSZA yang cemerlang ilmu serta berintegriti tinggi.

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj MMS Kampus Besut, persembahan Dikir Barat, bacaan ikrar serta penyerahan Aku Janji oleh mahasiswa baharu sebelum diakhiri dengan nyanyian Lagu Universiti Sultan Zainal Abidin dan Lagu Warisan sempena Hari Malaysia.

Semoga Minggu Mesra Siswa menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang penuh makna buat seluruh mahasiswa baharu dalam membina jati diri, memperkaya pengalaman dan mencipta kecemerlangan sepanjang berada di bumi UniSZA.

Selamat datang ke UniSZA dan selamat memulakan perjalanan sebagai mahasiswa!

Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Sultan Zainal Abidin
Pejabat Pengarah Kampus Besut Unisza-FB Rasmi





Meet your TNC HEPA
17/09/2026

Meet your TNC HEPA

17/09/2026

[HEBAHAN]

TAWARAN BIASISWA YT-TI 2026
Young Talent Scholarship Programme

Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Terengganu Inc kini membuka permohonan Biasiswa YT-TI 2026 untuk peringkat Ijazah Pertama, terbuka kepada lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi, Diploma atau yang setaraf.

Peluang ini menyasarkan bakat muda Terengganu dalam tujuh bidang keutamaan: Pengurusan Kesihatan & Fisioterapi, Pentadbiran Perniagaan, Maritim dan Logistik, Sains Komputer, Kejuruteraan (pelbagai disiplin), Pertanian dan Alam Sekitar, serta Juru Ukur Bahan.

Permohonan dibuka mulai 17 September 2026 (Khamis, jam 12.00 tengah hari) sehingga 1 Oktober 2026. Pemohon yang layak digalakkan membuat permohonan awal memandangkan tempoh permohonan yang terhad.

Layari https://yt.gov.my/penajaan/ untuk membuat permohonan dan menyemak syarat kelayakan penuh.

Tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.

17/09/2026

🎓 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗝𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗣𝗜𝗗𝗡) 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 (𝗣𝗣𝗙) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Anda kini boleh menyemak keputusan permohonan anda!

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui status anda. Sila layari portal rasmi untuk maklumat lanjut.

📅 Tarikh Semakan: 11 – 25 September 2026 (5.00 petang)

🔗 Semakan Permohonan:

✅ Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2026

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=IPT

✅ Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (PPF) Tahun 2026

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=PPF1 --

Untuk pertanyaan lanjut:
☎️ 03 8000 8000
📧 [email protected]

Waktu Operasi Pusat Panggilan (Hari Bekerja):
Isnin - Jumaat: 9.00 pagi - 4.30 petang
(Waktu Rehat: Isnin - Khamis 1.00 - 2.00 petang / Jumaat 12.15 - 2.45 petang)

Sebarkan berita baik ini kepada rakan-rakan anda. 😊

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Address

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+6096688673

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEPA UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HEPA UniSZA:

Shortcuts

Share