12/06/2026
PROGRAM PEMASARAN DIGITAL DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) BERAKHIR DENGAN JAYANYA
Program Pemasaran Digital dan Artificial Intelligence (AI) yang berlangsung selama dua hari telah berjaya memberi pendedahan kepada komuniti KEMAS mengenai pemasaran digital, penghasilan kandungan kreatif serta penggunaan teknologi AI dalam bidang keusahawanan.
Pelbagai ilmu dan kemahiran telah dikongsikan oleh barisan penceramah berpengalaman iaitu En. Hazrul (Ledakan Digital), Pn. Rozita Binti Md. Ali dan Pn. Sharina Diana Binti Johari.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh wakil KEMAS, Pn. Zuhairah Mari, bersama wakil Pengarah Politeknik Kuala Terengganu, En. Mara, yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah dan sijil penyertaan kepada para peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa penggunaan teknologi digital dan AI.