Pusat Kesihatan Universiti UMT

Pusat Kesihatan Universiti UMT Info terkini Pusat Kesihatan Universiti UMT

22/04/2026
Jom mulakan dari diri kita!Biasakan yang betul , bukan betulkan yang biasa.Pejabat Pendaftar, UMT
02/02/2026

Jom mulakan dari diri kita!

Biasakan yang betul , bukan betulkan yang biasa.

Pejabat Pendaftar, UMT


Motivasi Pekerja

Kepada majikan yang sedang merancang aktiviti team building, ini sedikit nasihat yang jujur.

Team building bukan dibina di kem latihan, bukan juga pada permainan berhalangan atau aktiviti lasak hujung minggu.

Ia dibina setiap hari

di pejabat yang selamat untuk bersuara,
dalam mesyuarat yang menghargai pandangan,
dalam cara ketua menegur tanpa merendahkan,
dan dalam budaya kerja yang tidak memalukan kesilapan, tetapi membimbing pembaikan.

Dan satu lagi yang ramai terlepas pandang.
Team yang kuat dibina dengan reward system yang adil.

Bukan semata-mata hadiah besar setahun sekali.
Tapi pengiktirafan kecil yang konsisten
untuk usaha yang benar-benar menyumbang.

Sebab bila pekerja rasa usaha mereka “tak nampak”, mereka akan mula buat kerja sekadar cukup syarat.

Tapi bila mereka tahu ada sistem yang jelas, telus, dan manusiawi mereka akan mula rasa, “aku dihargai, aku ada tempat di sini.”

Pekerja tidak rapat kerana berkongsi cabaran di hutan. Mereka rapat apabila tahu mereka tidak akan dikhianati di tempat kerja.

Team yang kuat lahir bila pekerja rasa dihormati, dipercayai, dan dilindungi serta tahu, setiap usaha ada nilai, bukan sekadar menjadi rutin yang sunyi.

Kalau asas ini kukuh,
team building akan berlaku sendiri.

Assalamualaikum wbt. Pemeriksaan mengejut kenderaan telah dijalankan oleh Pn Pengarah PKU melibatkan 3 buah ambulans (TA...
26/01/2026

Assalamualaikum wbt. Pemeriksaan mengejut kenderaan telah dijalankan oleh Pn Pengarah PKU melibatkan 3 buah ambulans (TAX 343, UMT 1158, UMT 1168) & sebuah kenderaan jabatan (UMT 598) pada 3.30pm, 26 Januari 2026.

21/01/2026
Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU),  (Pengurusan dan Pembangunan ) KPT, YBhg Datuk Ts  Mohd Nor Azman bin Hassan k...
20/01/2026

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), (Pengurusan dan Pembangunan ) KPT, YBhg Datuk Ts Mohd Nor Azman bin Hassan ke PKU pada 19 Januari 2026 @ 5petang meninjau lokasi untuk penggantian peralatan usang dan perolehan peralatan baru

di Kompleks SISWA UMT - ( Pusat Kesihatan Universiti) :

a) Penggantian kerusi Pergigian
b) Penukaran peralatan X Ray

Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional peringkat UMT, wakil dari PTJ PKU telah menyertai beberapa pertandingan:🏆 Teka...
04/12/2025

Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional peringkat UMT, wakil dari PTJ PKU telah menyertai beberapa pertandingan:

🏆 Teka Silang Kata – Tempat Ketiga
🥈 Jejak Integriti – Tempat Kedua

Tahniah atas usaha dan semangat kesukanan! 🎉

28/11/2025

Sejak musim hujan ni, ramai sebenarnya tengah pelik dengan diri sendiri. Badan rasa berat, otak slow, mood turun naik, migrain datang tanpa sebab, dan fokus hilang macam angin. Ramai ingat mereka sorang saja yang jadi macam ni.

Padahal, ini memang kesan normal bila cuaca gelap dan lembap berpanjangan. Bila tekanan udara jatuh, otak mudah trigger sakit kepala. Bila rumah lembap, nafas rasa sempit. Bila mata tak dapat cukup cahaya, hormon tidur dan hormon mood mula bercampur. Sebab itu ramai rasa tak bersemangat walaupun tidur awal malam sebelumnya.

Musim hujan memang buat kita cepat letih. Bukan sebab manja, bukan sebab tak kuat. Ia badan yang sedang struggle ikut rentak langit yang tak berhenti menangis. Bila mata tak nampak cahaya, otak pun susah nak “hidupkan diri”.

Kalau minggu ni anda rasa cepat sentap, cepat penat, cepat nak baring, cepat nak hilang dari semua orang, itu bukan salah anda. Itu tandanya badan anda tengah minta ruang untuk stabil semula.

Hari ini, lembutkan diri sedikit. Minum air, buka tingkap kalau selamat, bagi badan rasa udara. Dan kalau hati rasa berat, jangan paksa jadi ceria. Hujan tak minta izin turun. Kita pun tak perlu paksa diri untuk kuat setiap masa.

Jaga diri ya. Musim ini boleh mengacau banyak benda, tapi ia tak akan kekal lama. Anda akan okay balik, satu demi satu.

28/11/2025

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, makin ramai orang di seluruh dunia mengadu perkara yang hampir sama. Balik kerja atau balik kelas, duduk di hujung katil dengan telefon di tangan, tapi jiwa rasa kosong. Buka satu persatu aplikasi, buka chat, baca mesej, tapi jari tak bergerak untuk membalas. Tutup telefon sekejap, kemudian capai balik tanpa sedar. Akhirnya malam habis, tetapi hati rasa tak benar benar rehat.

Ada hari, kita bangun tidur dengan harapan hari ini akan lebih baik. Namun sebaik sahaja melangkah ke dapur, tiba tiba lupa apa yang mahu diambil. Di meja kerja, satu tugasan kecil pun rasa berat, minda cepat melayang ke berita perang, krisis ekonomi, bencana di negara lain, dan kehidupan orang lain yang nampak jauh lebih teratur di skrin kecil. Badan berada di sini, tetapi fikiran seperti berlari tanpa henti di banyak tempat serentak.

Ramai menyangka semua ini tanda malas, kurang fokus, atau tidak pandai urus masa. Hakikatnya, ini sering kali bahasa halus otak yang sudah terlalu sarat dengan maklumat dan emosi. Sistem saraf yang sepatutnya ada masa untuk tenang, kini sentiasa dalam keadaan berjaga jaga. Kita jarang benar beri ruang sunyi kepada diri sendiri. Setiap detik kosong diisi dengan notifikasi, berita, video pendek, dan perbandingan yang tidak ada penghujung.

Kalau anda rasa diri semakin sukar menumpu, semakin cepat letih walaupun tidur nampak cukup, semakin kerap melarikan diri ke skrin tetapi semakin serabut selepas itu, ketahuilah itu bukan bukti anda lemah. Itu petanda otak sedang meminta ihsan. Ia perlukan rehat yang sebenar, bukan sekadar tukar daripada satu aplikasi ke aplikasi yang lain.

Malam ini, mungkin anda boleh cuba sesuatu yang kecil saja. Letak telefon seketika, tarik nafas perlahan dan dalam, pandang sekeliling ruang yang anda duduk sekarang. Dengar bunyi kipas, hujan, atau nafas sendiri. Ingatkan diri bahawa hidup anda lebih luas daripada apa yang berlaku di skrin.

Kalau anda pernah rasa begini, tulis di ruangan komen, “Saya faham,” supaya orang lain yang sedang bergelut diam diam tahu bahawa mereka tidak bersendirian.

28/11/2025

Tiba-tiba minggu ni kita banyak dengar istilah taufan, siklon, hurricane… sampai ada yang tertanya, ini tiga ribut berbeza ke?

Sebenarnya, ini semua “adik-beradik” yang sama. Taufan, siklon dan hurricane ialah ribut tropika kuat yang berputar, bawa angin sangat kencang dan hujan lebat. Yang berbeza cuma nama mengikut di lautan mana ribut itu terbentuk.

🌀Di kawasan kita, sekitar Laut China Selatan dan Lautan Pasifik Barat Laut, nama yang biasa digunakan ialah taufan atau typhoon.

🌀Kalau ia terbentuk di Lautan Hindi dan Teluk Benggala, namanya siklon.

🌀Di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik, dunia panggil p**a hurricane.

Apa pun nama yang digunakan, kesannya tetap boleh membawa banjir besar, ombak tinggi dan kerosakan. Jadi bila ada amaran cuaca buruk, jangan pandang ringan. Ikut nasihat MetMalaysia, elak aktiviti berisiko dan tolong sebarkan info yang tepat kepada keluarga dan kawan. Nama ribut boleh berbeza, tapi keselamatan kita tetap sama penting.

24/11/2025

📌 PENGUMPULAN MAKLUMAT STAF TERKESAN BANJIR 2025

✅ Mohon tuan/puan yang terkesan dengan banjir 2025 untuk mengisi maklumat melalui pautan berikut:

👉 https://tinyurl.com/293eazy7

✅ Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai & didahului dengan ucapan terima kasih.

☎️ Sekiranya terdapat sebarang persoalan berkaitan, sila hubungi:
En. Wan Nor Ahmad Syaifuddin
Pegawai Psikologi
Jabatan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
09-668 4183 | 017-9778647
[email protected]

"We Listen, Just Ask, Be Heard"

> Like dan Share facebook rasmi Jabatan Sumber Manusia, UMT
> https://www.facebook.com/HRUMTOfficial

Address

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Telephone

+60199393261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share