Pejabat Pengurusan Penyelidikan UMT

Call Directions Website Contact the university

Pejabat Pengurusan Penyelidikan UMT In line with KUSTEM's branding to UMT in 2007, UMT has created the position of Assistant Vice Chancellor, Research & Innovation.

Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) | Research Management Office

Bangunan Pengurusan Akademik dan Penyelidikan,
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus
Terengganu
Malaysia HISTORY OF RESEARCH MANAGEMENT OFFICE

On June 1st 2002, the Research Secretariat was established under the PTJ Institute of Oceanography (INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). At that time, the Research Secretariat functioned to manage research, especially for the management of research grants (Grants obtained from the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) and the Ministry of Higher Education Malaysia (KPTM)) and the management of research promotion and cultivating programs. After going through several phases of management, on 18 October 2004, the Research Secretariat was upgraded to a Research Management Center (PPP) and stood as a dedicated PTJ to manage research at KUSTEM to be more organized. The process of strengthening research management at KUSTEM continued when on 13 February 2005, the university restructured the management and administration of research. Through the structuring, KUSTEM has appointed the Dean, Research and Innovation Affairs (HEPI), where with the appointment of the creation of this position, all research programs and activities at the university are able to be planned more strategically and effective monitoring. With the creation of the position of Dean and the Office of the Dean of HEPI, administratively, the Research Management Center (PPP) is responsible under the administration and monitoring of the Dean of HEPI. Through the creation of this position, the research & innovation structure at UMT becomes increasingly important and the quality of researchers and research can be planned and improved. June 1, 2009, once again the Research Management Center was given the mandate and trust with the expansion of its functionality to innovation management focusing on intellectual property management and consulting services. Meanwhile, in 2012, the Ministry of Higher Education approved the position of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation) in line with UMT's achievements in research. PPP was later known as Research Management and Innovation Center (RMIC). In line with the new restructuring starting in early 2013, RMIC also underwent a structuring transformation and was later known as the Research Management Center (RMC). Its functions are retained and given a more focused mandate. The Innovation Sector has been assimilated under a more focused administrative center, the Knowledge Transfer Center and Industry Network (PPIJI). The RMC is headed by a Director and assisted by officers (Professional & Support). In 2015, the Innovation Sector was re -introduced into the profile and became RMIC again. In October 2019, the Research Management and Innovation Center was transformed into the Center for Research & Innovation Management (CRIM). On October 2021, CRIM was renamed as 'Pejabat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi' (PPPI). Next on January 2022, PPPI was renamed again as 'Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP), as Innovation profile has formed in another management entity that manages intellectual property, commercialisation, marketing strategy and incubator.

-----------------------------------------------------------

SEJARAH PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN

Pada 1 Jun 2002, Sekretariat Penyelidikan telah ditubuhkan di bawah PTJ Institut Oseanografi (INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Ketika itu, Sekretariat Penyelidikan berfungsi untuk menguruskan penyelidikan terutamanya bagi pengurusan geran penyelidikan (Geran yang diperolehi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)) dan pengurusan program penggalakan serta pembudayaan penyelidikan. Setelah melalui beberapa fasa pengurusan, pada tanggal 18 Oktober 2004, Sekretariat Penyelidikan telah dinaik taraf menjadi Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan berdiri sebagai PTJ yang khusus untuk menguruskan penyelidikan di KUSTEM agar lebih terancang. Proses pemantapan pengurusan penyelidikan di KUSTEM terus berlaku apabila pada 13 Febuari 2005, pihak universiti telah membuat penstrukturan semula pengurusan dan pentadbiran penyelidikan. Melalui penstrukturan tersebut, pihak KUSTEM telah melantik Dekan, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI), dimana dengan lantikan pengwujudan jawatan ini semua program dan aktiviti penyelidikan di universiti berupaya di rancang dengan lebih strategik dan pemantauan yang berkesan. Dengan pewujudan jawatan Dekan dan Pejabat Dekan HEPI, secara pentadbirannya, Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) di pertanggungjawabkan dibawah pentadbiran dan pemantauan Dekan HEPI. Selaras dengan penjenamaan KUSTEM kepada UMT pada tahun 2007, UMT telah mewujudkan jawatan Penolong Naib Canselor, Penyelidikan & Inovasi. Melalui pewujudan jawatan ini, struktur penyelidikan & inovasi di UMT semakin penting dan kualiti penyelidik dan penyelidikan dapat dirancang dan ditingkatkan.

1 Jun 2009, sekali lagi Pusat Pengurusan Penyelidikan telah di beri mandat dan kepercayaan dengan perluasan kefungsiannya kepada pengurusan inovasi yang berfokus kepada pengurusan harta intelek dan perkhidmatan perundingan. Manakala pada tahun 2012, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah meluluskan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) selari dengan pencapaian UMT dalam bidang penyelidikan. PPP kemudiannya di kenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) atau Research Management and Innovation Centre. Selari dengan penstrukturan baru bermula awal 2013, RMIC turut mengalami transformasi penstrukturan dan kemudiannya dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Fungsinya dikekalkan dan diberi mandat yang lebih terfokus. Sektor Inovasi telah diasimilasikan di bawah pusat pentadbiran yang lebih menjurus iaitu Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI). RMC diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh pegawai-pegawai (Profesional & Sokongan). Pada 2015, Sektor Inovasi telah dimasukkan semula ke dalam profil dan menjadi RMIC semula. Pada Oktober 2019, Research Management and Innovation Centre telah ditukar kepada Centre for Research & Innovation Management (CRIM). Pada Oktober 2021, CRIM dinamakan semula kepada Pejabat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI). Seterusnya pada Januari 2022, PPPI telah dinamakan semula sebagai 'Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP), kerana profil Inovasi telah terbentuk dalam satu lagi entiti pengurusan yang menguruskan harta intelek, pengkomersilan, strategi pemasaran dan inkubator.

19/10/2026

Live@UMT 19 OKTOBER 2026 : ISTIADAT KONVOKESYEN UMT KE 24 (SIDANG 4)






18/10/2026

Live@UMT 18 OKTOBER 2026 : ISTIADAT KONVOKESYEN UMT KE 24 (SIDANG 2)






18/10/2026

Hari ini, satu perjalanan diraikan. Esok, seribu peluang menanti.

Buat seluruh graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), setiap langkah yang membawa anda ke pentas konvokesyen ini menyimpan cerita tentang usaha, pengorbanan dan impian yang tidak pernah padam.

Istiadat Konvokesyen UMT Ke-24 bukan sekadar meraikan sebuah kejayaan, tetapi menandakan permulaan perjalanan baharu untuk membawa ilmu, nilai dan keberanian melangkah lebih jauh.

Dari UMT, melangkahlah dengan yakin. Bawalah nama universiti ini dalam setiap kejayaan yang bakal dicipta.

Tahniah, graduan UMT.






17/10/2026

Live@UMT 18 OKTOBER 2026 : ISTIADAT KONVOKESYEN UMT KE 24 (SIDANG 1)




Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.Untuk makluman YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, Taklimat Pemantauan Projek Penyelidika...
13/10/2026

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Untuk makluman YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, Taklimat Pemantauan Projek Penyelidikan di bawah DP-UMT, Fasa Disember 2026 akan diadakan seperti berikut:

πŸ—“οΈ 14 Oktober 2026 (Rabu)
πŸ•™ 10.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ’» Secara dalam talian melalui Webex

πŸŽ™οΈ Penyampai:
YBrs. Profesor Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi
Timbalan Pengarah, Pejabat Pengurusan Penyelidikan

Hebahan awal ini dikongsikan bagi memudahkan YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan merancang kelapangan untuk menyertai taklimat tersebut.

Semua Ketua Projek yang terlibat dalam kitaran pemantauan Fasa Disember 2026 diwajibkan hadir.

πŸ”— Pautan pantas Webex β€” klik untuk menyertai:
https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=m6009bb003226c6ca273077faef831f99

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan digalakkan log masuk 5–10 minit lebih awal bagi memastikan kelancaran akses.

Kerjasama TDB/TP untuk memanjangkan hebahan ini kepada Ketua Projek yang berkaitan amat dihargai.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

13/10/2026

𝐓𝐔𝐉𝐔𝐇 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠ π”πŒπ“, 𝐒𝐀𝐓𝐔 ππ„ππ†πˆπŠπ“πˆπ‘π€π…π€π 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 πƒπ”ππˆπ€!

Tujuh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar kebanggaan apabila tersenarai dalam World’s Top 2% Scientists List 2025 bagi kategori Career-Long Citation Impact oleh Stanford University dan Elsevier.

Pengiktirafan ini mencerminkan impak jangka panjang penerbitan ilmiah serta sumbangan signifikan para penyelidik dalam memperkaya khazanah ilmu, memajukan bidang kepakaran masing-masing dan memperluas pengaruh penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama UMT, malah memperkukuh komitmen universiti dalam memperkasa kecemerlangan penyelidikan serta menghasilkan ilmu yang memberi impak kepada masyarakat dan komuniti akademik global.

Tahniah kepada semua penyelidik yang telah mengharumkan nama UMT di persada dunia!

--------------------------------------------------------------------------

SEVEN UMT RESEARCHERS, ONE WORLD-CLASS RECOGNITION!

Seven researchers from Universiti Malaysia Terengganu (UMT) have brought pride to the university by being recognised in the World’s Top 2% Scientists List 2025 under the Career-Long Citation Impact category, compiled by Stanford University and Elsevier.

This recognition reflects the lasting impact of their scholarly publications and their significant contributions to advancing knowledge, strengthening their respective fields of expertise, and expanding the global influence of research.

Their achievement not only brings distinction to UMT but also reinforces the university’s commitment to research excellence and the advancement of knowledge that creates meaningful impact on society and the global academic community.

Congratulations to all seven researchers for bringing pride to UMT on the international stage!





13/10/2026

TAHNIAH KEPADA 22 PENYELIDIK UMT ATAS PENGIKTIRAFAN STANFORD–ELSEVIER WORLD’S TOP 2% SCIENTISTS 2025!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 22 penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (termasuk felo penyelidik bersekutu dan pelajar PhD), atas kejayaan memperoleh pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai sebagai "Stanford–Elsevier World’s Top 2% Scientists 2025".

Pengiktirafan berprestij ini berdasarkan penilaian Universiti Stanford dan penerbit akademik terkemuka, Elsevier, Amerika Syarikat, yang diumumkan pada 7hb Oktober 2026.

Pencapaian ini membuktikan komitmen, kepakaran dan sumbangan signifikan para penyelidik UMT dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti tinggi, sekali gus memperkukuh reputasi dan menaikkan kedudukan ranking serta meningkatkan keterlihatan UMT di peringkat global.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMT untuk terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi, memperluas impak ilmu, memperkukuh kecemerlangan akademik seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Syabas dan tahniah kepada semua penyelidik yang diraikan!

Ikhlas daripada:
Lembaga Pengarah,
Naib Canselor,
Pengurusan Tertinggi dan
Warga UMT


13/10/2026
13/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA GERAN INNOVATION, COMMERCIALIZATION & ENTREPRENEURSHIP (ICE) INCUBATOR TAHUN 2026

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UMT merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik UMT yang berjaya menerima Geran Innovation, Commercialization & Entrepreneurship (ICE) Incubator. Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi tanda keyakinan terhadap usaha gigih, kreativiti dan daya juang anda dalam membawa hasil penyelidikan UMT ke dunia nyata.

Geran ini menjadi pemangkin kepada Penyelidik UMT untuk melangkah lebih jauh, membangunkan produk yang mampu bersaing di pasaran, memulakan perjalanan sebagai syarikat pemula (start-up), dan membuka peluang lebih besar untuk scale-up melalui dana luar. Setiap langkah ini bukan sahaja mengangkat nilai inovasi UMT, tetapi juga menyumbang kepada penjanaan pendapatan universiti melalui pelesenan dan royalti.

Syabas dan tahniah sekali lagi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMT dan terus mengukuhkan ekosistem inovasi serta pengkomersialan di UMT. Terus melangkah, terus memberi impak.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI DAN TRANSFORMATIF (GET) FASA 2 TAHUN 2026Diucapk...
13/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI DAN TRANSFORMATIF (GET) FASA 2 TAHUN 2026

Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penyelidik yang berjaya menerima Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) Fasa 2 Tahun 2026 di bawah Dana Kelestarian Penyelidikan Jabatan Pendidikan Tinggi (DKP JPT).

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan yang berkualiti, inovatif dan berimpak tinggi, sekali gus menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan penyelidikan UMT.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima geran! Semoga terus maju jaya dalam menerajui kecemerlangan penyelidikan.

Tahniah!

Address

Kuala
21030

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

096684950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengurusan Penyelidikan UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Pengurusan Penyelidikan UMT:

Shortcuts

Share