Dakwah & Nasihat

Dakwah & Nasihat dakwah n nasihat ini untuk diri kita semua...harap dapat memperbaiki mana yang silap....

29/04/2026

Nikmat mana yang mahu Allah tarik...
Berfikir sejenak kerana kita bnyk kufur nikmat..

24/07/2020
28/03/2017

Kebinasaan Akibat Banyak Tidur

1. Sakit kepala

Banyak tidur akan mengakibatkan tidak elok pada neurotransmitter yang ada di otak anda. Yang menjadi salah satu punca sakit kepala.

2. Diabetes

Para ahli kesihatan mengatakan bahwa orang yang tidur kurang dari 5 jam atau lebih dari 9 jam memiliki risiko 50% lebih besar terkena diabetes.

3. Obesiti

Bila banyak tidur, akan kurang bergerak. Semakin lama badan tidak bergerak, semakin banyak lemak berkumpul di dalam tubuh. Dari kerana obesiti maka terjadi p**a berbagai2 penyakit yang lain.

4. Sakit bahagian2 badan

Antara yang akan menjadi sakit ialah punggung, belakang, leher, buah dada (bagi wanita) dan bahu.

5. Depresi

Satu kajian yang dijalankan menyebutkan adalah tidur 7-9 jam setiap dalam sehari mempunyai risiko terkena depresi sebanyak 27%, sedangkan tidur lebih dari 9 jam berisiko lebih banyak yakni 49%. Perkara ini menunjukkan bahwa orang yang mengalami depresi cenderung memiliki waktu tidur yang lebih banyak

6. Kurang tumpuan

Tidur terlalu banyak dapat memengaruhi penurunan fungsi sel-sel otak. Akibatnya kehilangan tumpuan dalam kerja2 yang dilakukan.

7. Malas dan kurang mengurus dan berurusan dengan orang lain.

Jika suami atau ayah banyak tidur, akan kurang menguruskan keluarga. Anak isteri akan kehilangan tumpuan dan layanan dari seorang ayah. Suami tidak ambil berat perkara berkaitan isteri. Anak2 p**a tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari ayah.

Jika isteri atau emak banyak tidur, suami menjadi mangsa kerana isteri berkurangan masa untuk melayan suami.
Terhadap anak2 p**a, akan terbiar tanpa urusan yang baik dari ibu.
Rumah dalam keadan tidak terurus yang mengakibat keburukan yang lain.
Malas memasak, membasuh pakaian dan membersihkan rumah.

Jika dia seorang pekerja, kerjanya akan berkurangan dan mutu kerja juga akan menurun.

8. Suasana hati yang tidak baik

Terlalu banyak tidur juga dapat menyebabkan suasana hati yang tidak baik. Anda akan menjadi mudah marah dan s**a membesarkan hal-hal kecil.
Kebanyakkan orang yang banyak tidur adalah seorang yang panas baran, tidak bolih bergurau dan s**a memekik apabila menyuruh sesuatu. Akibatnya orang sekeliling tidak akan menghurmatinya.

9. Menjadi kurang menarik

Banyak tidur tidak dinafikan lagi mengakibatkan perubahan bentuk badan yang menjadi bengkak pada bahagian p**i, leher, pinggang dan paha. Muka akan kelihatan semakin hodoh dari masa sebelumnya. Bahagian muka & badan akan cepat jatuh atau kendur sebelum menjangkau usia 30an.

10. Gangguan jantung

Tidak berarti orang yang banyak tidur akan kena penyakit jantung tetapi kebanyakkan yang kena penyakit jantung ada berkaitan dengan tabiat banyak tidur dan sebab2 lain.

11. Diet yg keji

Orang yang banyak tidur akan menjadi sentiasa lapar. Mereka akan memberi tumpuan yang lebih untuk makan dengan berbagai menu yang melazatkan. Kuantiti yang dimakan p**a akan bertambah dari kerana badan keletihan lama akibat tidur yang mendatangkan rasa lapar.

12.Merosakkan otak

Dalam satu kajian yang dibuat di Universiti London pada tahun 2011 menunjukkan bahwa terlalu banyak tidur maupun terlalu kurang tidur mengakibatkan terjadinya penuaan pada otak 7 tahun lebih cepat. Biasanya, hal ini sangat berisiko pada pelajar dan mahasiswa. Selain itu, pada wanita berusia 45 tahun ke atas yang tidur lebih dari 9 jam sehari berisiko mengalami penuaan otak 2 tahun lebih cepat. Penuaan otak mengakibatkan menurunnya kemampuan otak untuk mempelajari hal-hal baru dan kes**aran menerima informasi.

13. Memengaruhi kesuburan

Kebanyakan tidur dapat memengaruhi siklus menstruasi, pengeluaran hormon, dan ritme sikardian. Wanita yang kurang tidur atau tidur melebihi biasa berisiko mempengaruhi kesuburan sel telur.

14. Pelupa

Metode untuk mengasah otak yang paling baik adalah berpikir. Dengan berpikir, kita bolih meningkatkan pengetahuan. Sementara pada masa tidur, kita tidak mampu melakukan hal tersebut. Bila otak tidak digunakan lama sebab tidur, otak akan menjadi perlahan dari kerana kurang bekerja dan mengakibatkan mudah lupa atau lembab.

15. Stroke

Sebuah kajian menyatakan bahwa tidur lebih dari 8 jam sehari meningkatkan 14% risiko terkena stroke. Bahkan pada mereka yang tidur lebih dari itu maka risiko terkena stroke adalah 3 kali lebih besar.

16. Murung

Terlalu banyak tidur bukan membuat kita menjadi lebih tenang bahkan yang terjadi adalah sebaliknya. Kita bolih menjadi stress serta mudah emosi. Akibatnya akan melakukan hal yang tidak sepatutnya seperti mudah merajuk yang akhirnya akan dibenci olih kawan dan keluarga.

17. Merosakkan Hati

Berkata Imam Ibnul-Qayyim ra : “Adapun lima perkara yang merosakkan hati adalah banyak sangat berosial, banyak angan-angan, bergantung kepada selain Allah swt, banyak makan dan banyak tidur. Inilah lima penyebab utama yang dapat merusak hati ”

18. Malas beribadah

Yang terkahir ini sememangnya benar. Banyak tidur maka kurang jaga. Bila kurang berjaga maka kuranglah waktu kita untuk beribadah seperti solat, belajar agama, berzikir, membaca quran, bersedekah, ziarah dan lain2. Bila kurang ibadah, maka kuranglah pahala. Di akhirat nanti orang yang kurang pahala dari dosanya akan dimasukkan ke dalam api neraka. Wal'iyazabillah..

wallahua'lam

18/01/2017

*DAJJAL TELAHPUN WUJUD*

Adakah dajjal telahpun wujud? Berlaku perselisihan Ulama tentang perkara ini sejak zaman dahulu. Ini kerana terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang kewujudan Dajjal pada zaman Rasulullah SAW.

Antara hadisnya ialah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Fatimah binti Qais RA tentang pelayaran Tamim ad-Dari. Beliau mendakwa telah bertemu Dajjal di sebua p**au. Satu lagi hadis adalah dalam Sunan Abi Daud dari Ibn Umar RA tentang yahudi bernama Ibn Sayyad di Madinah. Beliau juga didakwa sebagai Dajjal.

Para ulama bersepakat bahawa kedua cerita ini adalah hadis-hadis Sahih yang tidak perlu diragukan. Tetapi mereka berselisih dalam memahami dan mengulas hadis-hadis tersebut.

Menurut al-Khattabi, al-Qurtubi, al-Baihaqi serta beberapa ulama yang sependapat dengan mereka, Ibn Sayyad adalah salah satu diantara Dajjal-dajjal yang banyak. Disebut dalam satu hadis yang lain bahawa Dajjal itu ada 30 orang. Dajjal yang akan muncul pada akhir zaman adalah Dajjal yang lain bukan Ibn Sayyad.

Menurut Imam al-Nawawi, al-Asqalani dan lain-lain p**a, bahawa Dajjal menerusi kedua hadis di atas itu adalah Dajjal yang sama. Itulah juga Dajjal yang akan muncul kembali pada akhir zaman. Ia hilang pada peristiwa al-Haarah di zaman Yazid bin Muawiyah.

Kesimp**annya, ulama bersepakat bahawa akhir zaman nanti akan muncul juga Dajjal. Sebelumnya akan berlaku Malhamah Kubra iaitu perang dunia. Konstantinople berjaya ditawan kali yang kedua. Rom p**a berjaya ditawan kali pertama.

Ketika umat Islam menakluk Rom itulah, Dajjal akhir zaman akan muncul sebagai pemimpin Yahudi. Orang Islam p**a akan dipimpin oleh Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal dan menghapuskan orang-orang Yahudi.

Wallahualam.

16/01/2017

Apakah doa yg paling mahal?

Doa minta hidayah dari Allah agar lebih baik setiap hari dan minta hati tidak lalai dengan dunia!

10/01/2017

PERMULAAN MAZHAB...
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu nkepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam sebenarnya.
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah berikan kepada kamu, dahulu kamu bermusuh antara satu sama lain, lalu Allah menjinakkan hati-hati kamu, lalu kamu menjadi bersaudara; dan dahulunya berada di tepi gaung api neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dengan nikmat Islam.
Begitulah Allah menyatakan ayat-ayatNya supaya kamu mengambil petunjuk.
Dan hendaklah ada di kalangan kamu ummah yang berdakwah mengajak kepada kebajikan Islam yang menyeluruh, mengajak kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran; merekalah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah-belah dan bertelingkah antara satu sama lain setelah datang keterangan daripada Allah. Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang besar dan dahsyat."

3. Perbincangan mengenai Asia Barat memerlukan terlebih dahulu kita mengambil perhatian terhadap:

A) Sejarah Perkembangan Politik Islam setelah kewafatan Rasulullah S.A.W
B) Perkembangan Ilmu yang melahirkan Mazhab dan Kump**an yang berbeza dalam bidang Akidah, Feqah dan Tasawwuf
C) Perkembangan Politik Antarabangsa dan Tempatan terkini

4. Bahagian A:Sejarah Perkembangan Politik Islam
Para Sahabat berkhilaf untuk memilih siapa pengganti memimpin ummat setelah wafatnya Rasulullah S.A.W kerana tidak ada nas yang sahih.
Golongan Ansar mencalonkan pemimpin mereka, Saad bin Ubadah.
Kalangan Ahlil Bait mencalonkan Saidina Ali bin Abi Tholib.
Kekecohan berlaku di tempat perhimpunan di Tsaqifah Bani Saidah, (sekarang ia menjadi kompleks percetakan Al Quran)
Lalu, Saidina Abu Bakar As-Siddiq berjaya menenangkan keadaan, menyampaikan ucapan antaranya menyebut pemimpin daripada Quraisy.
Ibnu Khaldun dalam Kitab Al Muqaddimah menegaskan bahawa maksud Quraisy ialah kaum yang paling berpengaruh, besar kedudukan dalam masyarakat, dan mempunyai kehebatan.

Akhirnya, kesemua mereka bersepakat memilih Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah dan mereka menjadi wazir (Menteri) bagi membantu Khalifah.
Adapun pendapat yang mengatakan Saidina Ali bertaqiyyah dalam melantik Khalifah pertama ini adalah tidak tepat dan bohong kerana Saidina Ali merupakan seorang yang gagah dan berani.

Selepas pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab p**a dilantik sebagai Khalifah Kedua dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan sebagai Khalifah Ketiga.
Ketika pemerintahan Saidina Uthman, berlakunya fitnah bencana yang pertama.
Walaupun ada kitab yang menulis kononnya Saidina Uthman adalah pemimpin yang lemah, hakikatnya adalah ummat yang lemah.
Ramai yang baru memeluk Islam setelah kejatuhan Kerajaan Parsi dan Rom menyebabkan lemahnya amanah dan iman.
Ini keadaan yang dihadapi oleh Saidina Uthman.

Tidak wajar menuduh Saidina Uthman pemimpin yang lemah, sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pernah menyebut "adakah aku tidak malu kepada orang yang malaikat malu kepadanya..?"
Ketika Perang Tabuk, Saidina Uthman adalah orang yang paling banyak menderma kerana dia kaya. Nabi Muhammad S.A.W berdoa daripada waktu Isyak sehingga Subuh, baginda memohon kepada Allah agar meredhai Saidina Uthman .
Beliau adalah menantu kepada Rasulluh S.A.W melalui perkahwinan dengan 2 orang puteri Nabi. Jelas menunjukkan penghormatan baginda kepada Saidina Uthman.

Pada zamannya, diadakan 2 kali Azan waktu Solat Jumaat kerana masih tidak ramai yang hadir ketika azan pertama.
Langkah beliau seperti dalam hal pemberian 'atho' menimbulkan tidak puas hati golongan tertentu.
Atho' adalah imbuhan yang diberikan kepada orang tua, miskin dan pegawai kerajaan yang bersara termasuk orang bukan Islam yang tidak ada pendapatan.
Jumlah rakyat semakin ramai menyebabkan tidak seimbang dalam hal pengurusan dan kewangan.
Timbullah pemberontakan terhadap Saidina Uthman.
Para pemuda antaranya Saidina Hassan, Saidina Hussein, Abdullah bin Zubair datang ke rumah Saidina Uthman bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menentang para pemberontak bersenjata. Namun, Saidina Uthman melarang mereka bertindak sedemikian kerana mahukan masalah ini diselesaikan secara damai.
Akhirnya, Saidina Uthman telah mati dibunuh syahid oleh kelompok pemberontak.

Pada ketika itu,para sahabat telah ramai yang meninggal dunia. Yang masih ada antaranya ialah Zubair, Talhah, Saad, Said, dan Saidina Ali. Lalu, mereka pun membaiahkan Saidina Ali sebagai Khalifah Keempat. Saidina Ali tidak mahu menerima jawatan tersebut, setelah didesak barulah beliau menerima pelantikan tersebut.

Negara masih dalam keadaan huru-hara, rakyat haru-biru, ada kalangan yang tidak berpuas hati terhadap Saidina Ali yang masih belum bertindak terhadap pembunuh Saidina Uthman khususnya keluarga Bani Umayyah.
Berlaku p**a Perang Jamal dan Perang Siffin yang termasuk dalam kalangan Sahabat.

Dalam Perang Jamal, ia melibatkan Zubair, Talhah dan Saiyidatina Aisyah menentang Saidina Ali. Keadaan sangat sulit, mereka adalah orang yang dijamin Syurga, bagaimana Saidina Ali mahu berhadapan dengan mereka.?
Saidina Ali berjaya memujuk Zubair dan Talhah berundur, namun mereka berdua dibunuh oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Saiyidatina Aisyah p**a ditawan, dibebaskan dan dihantar semula ke Madinah.

Berlaku p**a Perang Siffin, Muawiyah dan pengikutnya yang terdiri daripada keluarga Saidina Uthman telah menentang Saidina Ali.
Tuan Guru Presiden PAS menegaskan dalam hal ini, kita jangan teragak-agak untuk menyatakan Saidina Ali berada di pihak yang betul.
Ada hadis yang banyak antaranya Ammar Bin Yasir dibunuh oleh kump**an yang derhaka. Ammar Bin Yasir berada di pihak yang menyebelahi Saidina Ali. Ini hadis sahih yang diriwat oleh Bukhari dan Muslim.
Oleh sebab itu, Saidina Ali dimasukkan sebagai Khulafa' Ar Rasyidin yang diiktiraf oleh semua termasuk Ahli Sunnah wal Jamaah, Syiah, dan Khawarij yang awal.

Selepas Saidina Ali dibunuh oleh kelompok Khawarij, orang-orang di Hijjaz telah membaiahkan Saidina Hassan sebagai Khalifah seterusnya. Namun, beliau tidak senang melihatkan kekacauan yang berlaku lalu meletakkan jawatan.
Selepas itu, tertubuhnya Kerajaan Bani Umayyah yang naik secara darurat, bukannya melalui Baiah Ihtiyari.
Dalam pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah, hanya Saidina Umar Abdul Aziz sahaja yang naik menjadi Khalifah melalui persetujuan orang ramai.

Akhirnya, muncullah selepas itu pelbagai mazhab;
a) kump**an yang menyokong pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah
b) kump**an yang menyokong Saidina Ali termasuklah antaranya Ahlil Sunnah, Syiah yang fanatik kepada Saidina Ali dan juga Ahlil Badar seramai lebih 100 orang

5. Bahagian B: Perkembangan Ilmu
Pusat Ilmu ialah di Mekah, Madinah, Taif, Yaman, Damsyik, Iraq, Basrah, dan Kufah.
Di sinilah tempat berkumpulnya para Sahabat menyebarkan ilmu.
Akibat daripada tekanan politik pada zaman pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah, ada kalangan mereka yang jauh berhijrah dari pusat ilmu ini.
Dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah adanya pelbagai mazhab dalam hal Akidah, Feqah dan Tasawwuf.
Begitu juga dalam Syiah dan Khawarij, terdapat pelbagai mazhab di dalamnya.

Kitab yang paling terperinci mengenai kepelbagaian mazhab ini ialah Maqalatul Islamiyyin karangan Imam Mazhab Ahlil Sunnah Wal Jamaah, Abu Hassan Assyaari, zuriat daripada Sahabat Abu Musa Assyaari. Kitab ini lebih terperinci berbanding Kitab Al Milal wal Nihal karangan al-Shahrastani, Kitab Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa' wa al-Nihal karangan Ibnu Hazmin.
Hal ini kerana Abu Hassan Assyaari tinggal di Iraq, tempat lahirnya mazhab feqah dan politik Islam.

Asalnya, kump**an Syiah dan Khawarij termasuk dalam Mazhab Politik Ahlil Sunnah.
Kemudian, tercetusnya kepelbagaian Mazhab Feqah dan Mazhab Akidah yang menyebabkan ia bercampur-aduk dengan Mazhab Politik.
Dalam Mazhab Akidah Ahlil Sunnah ada 3 pecahan;
a) Salafi
b) As Syairah
c) Maturidiah

Dalam Mazhab Fekah Ahlil Sunnah ada 4 pecahan:
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali

Syiah p**a ada 3 kump**an yang besar:
a) Ghulah-pelampau Syiah ada 15 mazhab di dalamnya
b) Imamiyyah- ada 24 mazhab di dalamnya
c) Zaidiyyah- ada 6 mazhab di dalamnya

Khawarij p**a ada 2 kump**an:
a) Ibadi- ada perbahasan, ada yang mengatakan mereka masih Ahlil Sunnah, mereka keluar kerana sebab politik. Mereka ini pengikut Abdullah bin Ibad, ramai berada di Musykat, Oman.
Ada sejarahwan mengatakan mereka ini golongan Tabiin, Tabiq Tabiin. Mereka tidak berbaiah kepada Kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah.
Mereka terpecah p**a kepada 4 mazhab di dalamnya.

b) Ajaridah- ada 15 mazhab di dalamnya

6. Seterusnya, Tuan Guru Presiden menasihatkan agar kita tidak begitu mudah menyesatkan antara satu sama lain. Ada ulamak yang menghuraikan hadis berkenaan ummat Nabi terpecah kepada 73 puak, hanya 1 sahaja yang masuk syurga. Nabi menggunakan kalimah "ummatnya" yang terpecah bermakna Nabi menganggap mereka itu masih ummat Islam.

Tokoh Salafi yang keras pendiriannya, Syeikh Nashiruddin Al Albani mengatakan tidak boleh mengkufurkan Ahlil Kiblah yang masih menerima Rukun Islam dan Rukun Iman yang asas kecuali bagi yang menafikan perkara nas yang nyata dalam Al Quran, Hadis dan Ijmak.
Imam Malik ada berkata tidak boleh dihukum individu itu sekiranya ada 1 keraguan walaupun sudah ada 99 hujjah.

Majmak Al Fiqh di bawah OIC dalam Sidang di Jordan pada tahun 2006 telah mengisytiharkan 8 Mazhab yang dikira termasuk dalam ummat Islam;
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hambali
e) Zahiri
f) Imamiyyah
g) Zaidiyyah
h) Ibadi

Keputusan ini turut disahkan dalam Persidangan OIC di Mekah.
Namun, apabila berlaku kekacauan sekarang habis dilupai kesemua resolusi ini.
Majma' al-Buhut al-Islamiyyah, institusi di bawah Universiti Al Azhar Mesir pernah menyenaraikan 8 mazhab ini di dalam Ensiklopedianya. Beberapa tokoh ulamak asy-Syaukani dan as-Sanani juga menyebut mazhab ini.
Begitu juga Syeikh Dr Abdul Karim Zaidan menyebut dan menaqolkan pendapat mereka di dalam kitab beliau.

Namun, keadaan yang berlaku hari ini telah dipengaruhi oleh suasana politik

10/01/2017

"Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia,
ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi Allah dan manusia."

30/12/2016

MENGAPA SEMPIT PINTU REZEKI?

- Mungkin bangun subuhnya lambat.
- Mungkin solatnya kurang lama.
- Mungkin kurang khusyu' berdoanya.
- Mungkin kurang sedekahnya.
- Mungkin kurang bersyukur untuk nikmat yang sudah diberi.
- Mungkin kurang usaha dan kerja keras.
- Mungkin kurang bersabar.
- Mungkin kurang dalam beristighfar.
- Mungkin kurang berbaikan dengan sesama.
- Mungkin kurang berhusnudzon; bersangka baik kepada Allah.
- Mungkin belum menyantuni tetangga.
- Mungkin kurang menyapa saudara.
- Mungkin kurang dalam berbakti pada orang tua.
- Mungkin harus dikurangi chatting dan perbanyak zikirnya.
- Mungkin kurang mendekatkan diri kepada Allah.

Dan banyak kemungkinan lainnya, masing-masing hendaklah bermuhasabah diri.

Allah itu tergantung dari prasangka kita.
Jika berprasangka baik, maka Allah lebih baik dari yang kita kira.
Begitu sebaliknya.

Perbanyakkan memohon ampun/istighfar, selawat, do'a dan sedekah.
Bersabar menunggu.
Tenangkan hati kerana rezeki tidak mungkin tertukar.

Hanya Allah yang memberi taufik.
Tetap istiqomah bersama Allah.
Bersama Allah pasti ada solusinya

Robbana Taqobbal Minna.
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), amin.

Semoga bermanfaat

Usahakan TAHAJUD walaupun hanya cuma dua raka'at.

23/12/2016

Ramai orang yang ingin berada di maqam kemuliaan tapi enggan berada di maqam tanggungjawab. Padahal tidak ada kemuliaan tanpa punya rasa tanggung jawab ke atas agama ini!
ustaz wadi anuar

20/12/2016

Perangai pelik segelintir pengguna facebook ni, dekat intro tulis mengagumi Uwais Al Qarni tapi wall facebook penuh dengan selfie...

Uwais Al Qarni tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit. Kita p**a nak pop**ar di bumi dan dalam masa yang sama nak pop**ar di langit.

Address

Kuala
2515

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dakwah & Nasihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share