11/05/2026
*USRAH SIRI 3 🌸*
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Pada 24 April 2026 (Jumaat), telah berlangsung Usrah Siri 3 yang bertempat di Ruang Solat Atas, Pusat Islam Sultan Mahmud.
Usrah pada kali ini bertemakan “Manisnya Ukhwah”, yang diisi dengan sesi tadabbur Surah Al-Masad, Surah An-Nasr dan Surah Al-Kafirun, serta perkongsian hadis berkaitan ukhwah dalam membina hubungan yang diredhai Allah.
Antara perkongsian yang menyentuh hati ialah penjelasan ustazah berkaitan satu ungkapan yang sering didengari, iaitu larangan bersikap sombong kerana kelak apabila meninggal dunia, orang lain juga yang akan memandikan dan menguruskan jenazah kita. Namun, ustazah menegaskan bahawa kenyataan tersebut kurang tepat untuk dijadikan sandaran utama, kerana hakikatnya urusan menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah ke atas orang yang masih hidup. Ia merupakan tanggungjawab yang dituntut dalam agama, bukan sekadar alasan untuk merendahkan kesombongan seseorang.
Melalui perbincangan ini juga, kita diingatkan tentang pentingnya keikhlasan dalam perjuangan, kesatuan hati dalam berukhwah, serta keteguhan prinsip dalam mempertahankan akidah. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi asbab untuk kita terus memperbaiki diri dan menguatkan ikatan sesama kita kerana-Nya.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang usrah ini berlangsung. Semoga segala usaha dan kerjasama ini diberkati serta dapat diteruskan pada masa akan datang, insyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Dayana
Exco Dakwah dan Tarbiyah
MyUsrah