25/10/2025
KDYMM Sultan Terengganu berangkat ke sesi Photo Outing UniSZA, NIKON MALAYSIA dan Sultan Mizan International Photography Awards 2025 (SMIPA) di Pasar Payang dan Setiu Wetlands
17-18 Oktober 2025
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu atas limpah perkenan serta mencemar duli berangkat ke Pasar Payang dan Setiu Wetlands Terengganu sempena program santai sesi ‘Photo Outing’ bersama staf dan mahasiswa UniSZA Centre of Design Studies - CODES Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi - FRIT Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi dengan kerjasama Nikon Malaysia dan penganjur Sultan Mizan International Photography Awards 2025.
Keberangkatan Tuanku merupakan satu penghormatan besar kepada seluruh warga UniSZA, khususnya komuniti kreatif dan seni visual. Kesudian Tuanku menyertai aktiviti ini bukan sahaja memperlihatkan keprihatinan Tuanku terhadap pembangunan seni dan pendidikan di negeri Terengganu, malah menjadi sumber inspirasi yang amat bernilai buat para pelajar, pensyarah serta penggiat fotografi tanah air. Detik ini bukan sekadar rakaman gambar, tetapi simbol kasih Tuanku terhadap ilmu, seni, dan keindahan alam yang menjadi warisan negeri.
Terima kasih Tuanku atas limpah kasih dan ilham yang sentiasa menginspirasi.
“Daripada lensa ke hati — seni terus hidup, warisan terus subur.”