Pejabat Bendahari UMT

Pejabat Bendahari UMT Pejabat Bendahari, Universiti Malaysia Terengganu

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pemimpin dan pejuang tanah air ...
30/08/2026

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pemimpin dan pejuang tanah air demi memastikan negara yang kita cintai ini terus aman, makmur dan berdaulat. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga tentang membina masyarakat yang bersatu padu, berintegriti dan saling menghormati kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara.

Bersempena tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", marilah kita memperkukuhkan semangat perpaduan, memupuk nilai kasih sayang serta berganding bahu menyumbang kepada kemajuan negara. Semoga kesejahteraan yang dikecapi dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada Pejabat Bendahari, UMT

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูBerselawatlah dengan penuh cinta, Mengingati...
25/08/2026

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Berselawatlah dengan penuh cinta,
Mengingati insan agung pembawa cahaya.
Sempena Maulidur Rasul,
Semoga hati dipenuhi iman, akhlak dihiasi sunnah, dan hidup diberkati sentiasa.

Marilah kita menghayati sirah perjuangan Rasulullah SAW serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam membina kehidupan yang penuh kasih sayang, amanah dan ihsan.

"Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikut jejak langkah Baginda dan kumpulkanlah kami bersama Baginda di jannah-Mu."

Ikhlas daripada Pejabat Bendahari UMT

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„...
05/08/2026

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู.

Maksud:
"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah kesalahannya, masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dia daripada azab kubur serta azab neraka. Amin."

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Romaizam binti Marzuan, Penolong Akauntan Kanan, Pejabat Bendahari, UMT yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Ogos 2026 bersamaan dengan 21 Safar 1448H. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah dibaca.

Assalamualaikum wbtSekalung tahniah kpd penerima APC 2025 drp Pej Bendahari :1. En Ahmad Fazli - AKNC2. En Khairul Nizam...
29/07/2026

Assalamualaikum wbt

Sekalung tahniah kpd penerima APC 2025 drp Pej Bendahari :

1. En Ahmad Fazli - AKNC
2. En Khairul Nizam-APC
3. Pn Siti Aishah - APC
4. Cik Nur Shahadah - APC
5. Pn Norhayati - APC
6. En Syed Muhammad Izhar - APC
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraTAHNIAH PUAN NORLINDA A GHANI ATAS KENAIKAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA13 TIMBALA...
29/07/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

TAHNIAH PUAN NORLINDA A GHANI ATAS KENAIKAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA13 TIMBALAN BENDAHARI KANAN

Sekalung tahniah kepada Puan Norlinda A Ghani atas kenaikan pangkat dari gred WA12 ke Gred WA13 (Timbalan Bendahari Kanan) di PTj Pejabat Bendahari berkuatkuasa pada 9 Julai 2026.

Pejabat Bendahari merakamkan ucapan tahniah atas kenaikan pangkat ini. Semoga dengan pengalaman, kepakaran dan karisma puan akan dapat melonjakkan lagi kegemilangan UMT dan Pejabat Bendahari khasnya di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,YBhg. Datoโ€™/Prof./Tuan/Puan,UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH SEMPENA PERSAR...
29/07/2026

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datoโ€™/Prof./Tuan/Puan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH SEMPENA PERSARAAN WAJIB PUAN FAUZIAH MAHMUD

Bersempena dengan persaraan wajib Puan Fauziah Mahmud pada 20 Julai 2026, seluruh warga Pejabat Bendahari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, kerjasama, iltizam serta dedikasi yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di UMT amnya dan Pejabat Bendahari khasnya.

Segala jasa, pengorbanan dan budi yang telah disemai dalam merealisasikan misi serta aspirasi PTj dan UMT akan sentiasa dikenang dan disanjung tinggi. Semoga segala sumbangan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dikurniakan keberkatan serta rahmat daripada Allah S.W.T., dan semoga Puan Fauziah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Terima kasih atas segala bakti dan selamat bersara.

Sekian, terima kasih.
PEJABAT BENDAHARI UMT

07/07/2026
AssalamualaikumKami, Warga Pejabat Bendahari mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Awal Muharam kepada seluruh umat islam.  ...
17/06/2026

Assalamualaikum

Kami, Warga Pejabat Bendahari mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Awal Muharam kepada seluruh umat islam. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan menerima segala amalan yang dilakukan. Jangan lupa, hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi juga perubahan jiwa dan hati. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Iklas daripada Pejabat Bendahari UMT.

AssalamualaikumKami, Warga Pejabat Bendahari mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha kepada se...
26/05/2026

Assalamualaikum

Kami, Warga Pejabat Bendahari mengucapkan Selamat Menyambut Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam yang meraikannya.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan;
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Ikhlas daripada Pejabat Bendahari UMT.

Assalamualaikum dan Salam SejahteraKami, Warga Pejabat Bendahari UMT mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada s...
01/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami, Warga Pejabat Bendahari UMT mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga. Semoga tahun ini seluruh warga dapat memberikan komitmen, menunjukkan profesionalisme serta dedikasi yang berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Pejabat Bendahari
Universiti Malaysia Terengganu

Address

Pejabat Bendahari, Universiti Malaysia
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:15

Telephone

+6096684111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Bendahari UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Bendahari UMT:

Shortcuts

Share