14/10/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐จ๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ | ๐ญ๐ฏ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Yayasan Terengganu telah menganjurkan Kursus Transformasi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI) selama 2 hari bertempat di Bangunan Pusat Latihan ICT, Paya Keladi.
Kursus ini melibatkan seramai 38 orang pegawai Yayasan Terengganu dengan bimbingan dua orang penceramah daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), iaitu YBrs. Dr. Noor Azliza binti Che Mat dan YBrs. Dr. Ily Amalina bin Ahmad Sabri.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mendepani perkembangan teknologi digital serta memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam pelaksanaan tugas seharian.
Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi digital pegawai, memperluas penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, serta mengoptimumkan proses kerja bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan Yayasan Terengganu, di samping memupuk budaya kerja yang lebih inovatif, kreatif dan progresif.