08/07/2026
π PROGRAM RONDAAN BERKALA KOLEJ KEDIAMAN UiTM KAMPUS SUNGAI BULOH
Keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan warga HEP.
Pada 7 Julai 2026 (Selasa), Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP) bersama Pengetua Kolej Kediaman, Staf Residen Kolej (SRK) serta Unit Polis Bantuan UiTM Kampus Sungai Buloh telah melaksanakan Program Rondaan Berkala bermula dari 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam di sekitar kawasan kolej kediaman.
Rondaan ini dilaksanakan sebagai inisiatif berterusan bagi memastikan persekitaran kolej sentiasa berada dalam keadaan selamat, kondusif dan terkawal. Pemeriksaan meliputi kawasan gelanggang sukan, blok dan koridor kolej kediaman, bilik bacaan pelajar, kawasan parkir serta Pos Pengawal Utama.
Sepanjang rondaan, pelajar turut diberikan nasihat secara berhemah agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, menjaga disiplin serta mematuhi peraturan universiti, termasuk pematuhan waktu curfew yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, rondaan telah berlangsung dengan lancar dan suasana di sekitar kolej kediaman berada dalam keadaan aman serta terkawal.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua Kolej Kediaman, Staf Residen Kolej (SRK) dan Unit Polis Bantuan atas komitmen serta kerjasama dalam memastikan kebajikan dan keselamatan warga kolej kediaman sentiasa terpelihara.
"Kampus Selamat, Pelajar Sejahtera." π