Jabatan Kejuruteraan Awam

Directions Website

Jabatan Kejuruteraan Awam Halaman rasmi Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Premier Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Menyediakan maklumat program, aktiviti, dan hebahan terkini jabatan.

Nak tahu macam mana bangunan boleh direka lebih selesa dan sesuai dengan iklim tropika? โ˜€๏ธ๐ŸŒฌ๏ธSertai Micro-Credential Trop...
02/10/2026

Nak tahu macam mana bangunan boleh direka lebih selesa dan sesuai dengan iklim tropika? โ˜€๏ธ๐ŸŒฌ๏ธ

Sertai Micro-Credential Tropical Architecture: Climate-Responsive and Passive Design Strategies

Pelajari tentang iklim tropika, passive design dan strategi reka bentuk untuk keselesaan bangunan.

โœจ Jom daftar sekarang:
https://mcpolycc.cidos.edu.my/course/view.php?id=1513

30/09/2026

๐Ÿ›๏ธ SOMETHING IS ABOUT TO BE REVEALEDโ€ฆ

Di sebalik setiap garisan, setiap ukuran, setiap lakaran dan dokumentasi terkandung cerita tentang sebuah bangunan
yang telah diteliti, direkod dan dihidupkan kembali melalui perspektif para pelajar.

Kini, hasil kerja tersebut bakal dipersembahkan.

MEASURED DRAWING
FINAL PRESENTATION & EXHIBITION
Session 1 : 2026/2027

๐Ÿ“… 2 Oktober 2026 | Jumaat
โฐ 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan Seminar Mahkota, POLISAS

Sebuah perjalanan daripada mengukur โ†’ mendokumentasi โ†’ memahami โ†’ mempersembahkan.

Are you ready to see what they have measured?
2.10.2026 โ€” See you there.







GEOMATIC DAY 2026Program Geomatic Day 2026, Sesi 1:2026/2027 telah dilaksanakan oleh Program Diploma Geomatik, Jabatan K...
30/09/2026

GEOMATIC DAY 2026

Program Geomatic Day 2026, Sesi 1:2026/2027 telah dilaksanakan oleh Program Diploma Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan Kerjasama Kelab GEOSAS pada 26 September 2026 (Sabtu) bertempat di Padang Astaka POLISAS. Program ini melibatkan seramai 250 orang pelajar daripada Semester 1, Semester 2, Semester 3 dan Semester 5 Program Diploma Geomatik serta penglibatan pensyarah Program Diploma Geomatik.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Haji Faizal bin Abu Samah. Perasmian ini menjadi simbolik kepada sokongan pihak jabatan terhadap pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar serta usaha Program Diploma Geomatik dalam memperkukuh hubungan antara pensyarah dan pelajar.
Geomatic Day 2026 dilaksanakan sebagai satu platform perkongsian ilmu dan aktiviti pembangunan sahsiah yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan Program Diploma Geomatik secara menyeluruh. Antara perkara yang diketengahkan adalah berkaitan Program Overview, Outcome-Based Education (OBE), Malaysian Qualifications Agency (MQA), pembangunan akademik, sahsiah dan rupa diri pelajar, aktiviti berkumpulan yang melibatkan ice-breaking, team building dan permianan padang yang telah diuruskan oleh kelab GEOSAS.

Sebagai penghargaan kepada para pelajar atas penglibatan dan pencapaian dalam aktiviti yang dijalankan, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Program Geomatik, Cik Siti Nurazrin binti Sheikh Ismail. Penyampaian hadiah ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan kepada para peserta, malah turut memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam program-program yang dianjurkan oleh Program Diploma Geomatik.

Geomatic Research and Innovation Day (GeoRID) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 September 2026 bertempat di ...
30/09/2026

Geomatic Research and Innovation Day (GeoRID) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 September 2026 bertempat di Dewan Seminar Mahkota, POLISAS, dengan mengangkat tema โ€œEmpowering Geomatics Research and Innovation for Excellenceโ€.

GeoRID 2026 merupakan program kursus DCG50742: Geomatics Project 2 bagi pelajar Semester 5, Diploma Geomatik (DGU), POLISAS. Program ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu Geomatik serta meningkatkan kemahiran dalam penulisan kertas ilmiah.

Seramai 45 pelajar dalam 15 kumpulan menjalankan kajian mengikut tajuk masing-masing dengan bimbingan pensyarah berdasarkan bidang kepakaran.

Proses penjurian GeoRID 2026 melibatkan 3 panel jemputan luar dan para pensyarah program Geomatik POLISAS. Penilaian projek telah dilaksanakan oleh panel juri jemputan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik dan industri, iaitu:

Dr. Mohamad Idris bin Ali
Ketua Panel Juri
Bekas Pensyarah, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

LSr. Shah Iran bin Misran
Jurukur Daerah
Pejabat Ukur Daerah Pahang Timur

Encik Mohd Shamir bin Mohd Ali Hanafiah
Survey Manager
DC Excellent Sdn. Bhd.

Kehadiran panel juri yang berpengalaman ini telah memberikan penilaian profesional terhadap hasil penyelidikan dan inovasi yang dipersembahkan oleh para peserta.

๐Ÿ† ANUGERAH UTAMA GeoRID 2026

๐Ÿ”ด BEST INNOVATION
SMART Campus Energy Awareness System
Penyelia: Sharifah Izyani binti Syed Yusoff

๐Ÿ”ต BEST RESEARCH
Digital Twin Solution for Effective Building Reconstruction and Visualization: 3D Model of Dewan Sri Makmur
Penyelia: Noraishah binti Mustapa

๐ŸŽค BEST PRESENTER โ€“ INNOVATION
Dania Farhanah binti Mohd Remey

๐ŸŽค BEST PRESENTER โ€“ RESEARCH
Aizat Zhafri bin Afandi

๐ŸŒŸ STAR AWARD โ€“ BEST OF THE BEST
Digital Twin Solution for Effective Building Reconstruction and Visualization: 3D Model of Dewan Sri Makmur
Penyelia: Noraishah binti Mustapa

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah, peserta, penyelidik, inovator, penyelia serta seluruh jawatankuasa yang telah bersama-sama menjayakan GeoRID 2026.

Semoga penganjuran ini terus menjadi wadah dalam memperkasa budaya penyelidikan dan inovasi, memperkukuh jaringan kerjasama akademia dan industri, serta mengangkat bidang geomatik ke tahap yang lebih tinggi.

๐Ÿ“ข Civil Engineering Research and Innovation Seminar (CERIS) Sesi 1: 2026/2027Pada 24 September 2026 yang lalu, Civil Eng...
29/09/2026

๐Ÿ“ข Civil Engineering Research and Innovation Seminar (CERIS) Sesi 1: 2026/2027

Pada 24 September 2026 yang lalu, Civil Engineering Research and Innovation Seminar (CERIS) Sesi 1: 2026/2027 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Mahkota, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Seminar ini merupakan salah satu komponen penilaian bagi kursus DCC50513 Final Year Project 2 yang melibatkan semua pelajar tahun akhir Kejuruteraan Awam. Sebanyak 37 kumpulan projek akhir telah membentangkan hasil projek masing-masing yang merangkumi dua kategori utama iaitu Inovasi dan Kajian Kes/Eksperimen.

CERIS yang dianjurkan hampir setiap semester ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman sebenar dalam membentangkan hasil kajian dan projek akademik secara profesional serta berintegriti. Selain itu, seminar ini turut menjadi platform untuk pelajar mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada panel luar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Lebih menarik, seramai 10 orang panel industri daripada syarikat korporat dan institusi pendidikan tinggi telah dijemput untuk menilai pembentangan pelajar. Kehadiran mereka bukan sahaja membantu dalam proses penilaian, malah membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan pandangan industri terkini kepada para pelajar dan pensyarah.

Melalui pengalaman berinteraksi secara bersemuka dengan panel industri, para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan profesionalisme sebagai persediaan menghadapi Latihan Industri pada semester akan datang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar, panel industri, pensyarah serta jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan seminar ini. Semoga CERIS terus menjadi platform yang menyemarakkan budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar Kejuruteraan Awam.

โœจ "Idea dikongsi, ilmu disebar, inovasi diperkasa."

LAWATAN PANEL PENILAIAN KENDIRI PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME SELF-REVIEW)Program Diploma Seni Bina (DSB) | POLISASAlhamd...
24/09/2026

LAWATAN PANEL PENILAIAN KENDIRI PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME SELF-REVIEW)

Program Diploma Seni Bina (DSB) | POLISAS

Alhamdulillah, selesai sudah Sesi Penilaian Kendiri (PSR MQA) bagi Program Diploma Seni Bina (DSB), POLISAS yang telah berlangsung pada 23 September 2026.

Sesi penilaian ini telah dikendalikan bersama YBrs. Dr. Mohd Jaki bin Mamat, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM) selaku Panel Penilai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada:

๐Ÿ”น Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam (KJKA), Hj. Faizal bin Abu Samah
๐Ÿ”น Ketua Program Diploma Seni Bina, Pn. Farida binti Zakaria
๐Ÿ”น Semua pensyarah Program Diploma Seni Bina (DSB),
๐Ÿ”น Alumni dan pelajar-pelajar Diploma Seni Bina yang terlibat,
๐Ÿ”น Serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan sepanjang proses persediaan sehingga selesai sesi penilaian.

Segala sumbangan, komitmen dan kerjasama yang diberikan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, amatlah dihargai. Sesungguhnya, kejayaan pelaksanaan sesi ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen seluruh warga JKA.

Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan dan sesi penilaian berjalan dengan baik dan lancar.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti, menambah baik penyampaian serta memastikan kelestarian Program Diploma Seni Bina POLISAS.

Terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama. ๐ŸŒท









๐Ÿ“Œ SEMINAR PENYELENGGARAAN TURAPAN BAGI KURSUS DCC20312 PAVEMENT ENGINEERING SESSION I 2026/2027Diploma Kejuruteraan Awam...
23/09/2026

๐Ÿ“Œ SEMINAR PENYELENGGARAAN TURAPAN BAGI KURSUS DCC20312 PAVEMENT ENGINEERING SESSION I 2026/2027

Diploma Kejuruteraan Awam telah berjaya menganjurkan Seminar Penyelenggaraan Turapan bagi Kursus DCC20312 Pavement Engineering Session I 2026/2027 pada 22 September 2026 secara webinar. Program ini telah disampaikan oleh Ir. Nur Qistina binti Abdullah, seorang pakar industri yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan jalan dan penyelenggaraan turapan.

Penganjuran webinar ini merupakan salah satu inisiatif Continuous Quality Improvement (CQI) yang bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi sebenar industri serta contoh projek yang berkaitan dengan penyelenggaraan turapan. Melalui perkongsian ini, pelajar dapat mengukuhkan lagi pemahaman terhadap teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah dan melihat bagaimana konsep tersebut diaplikasikan dalam situasi sebenar di lapangan.

Antara objektif utama webinar ini adalah untuk memastikan pelajar menguasai Bab 5: Pavement Maintenance bagi kursus DCC20312 Pavement Engineering, mengaplikasikan pengetahuan berkaitan konsep penyelenggaraan turapan dalam bidang kejuruteraan awam, serta memperkukuhkan pengetahuan teori yang digariskan dalam silibus. Selain itu, program ini turut memberi peluang di kepada pelajar untuk memahami dan menerangkan kaedah-kaedah penyelenggaraan turapan berdasarkan amalan serta pengalaman sebenar industri.

Program ini telah disertai oleh penyelaras-penyelaras kursus, pensyarah-pensyarah kursus bagi kod DCC20312 Pavement Engineering, serta para pelajar yang mengambil kursus berkenaan pada sesi ini. Di mana ia telah melibatkan wakil-wakil dari beberapa politeknik-politeknik yang mengambil kod kursus tersebut.

โœจ Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan graduan yang berpengetahuan, kompeten dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ŒAktiviti Kalibrasi Alat Total Station (EDM) Bersama JUPEM๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ŒProgram Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politekn...
23/09/2026

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ŒAktiviti Kalibrasi Alat Total Station (EDM) Bersama JUPEM๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

Program Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah melaksanakan Aktiviti Kalibrasi Alat Total Station (EDM) bagi Program Diploma Geomatik (DGU) di Tapak Kalibrasi Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota. Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 22 - 23 September 2026 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti kalibrasi ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang dirancang bagi memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan proses pemeriksaan, pengujian dan penentuan ketepatan alat Total Station dalam kerja-kerja ukur.

Program ini melibatkan seramai tujuh (7) orang pensyarah yang mengajar kursus Basic Surveying (DCG10263). Selain itu, seramai 102 orang pelajar daripada kelas DGU1A, DGU1B dan DGU1C yang mengambil kursus Basic Surveying bagi Sesi I: 2026/2027 turut terlibat dalam aktiviti ini. Pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghubungkan pengetahuan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan amalan sebenar di tapak kalibrasi.

Melalui aktiviti ini, pelajar berpeluang melihat dan memahami dengan lebih jelas prosedur kalibrasi alat Total Station (EDM), kaedah pengujian ketepatan alat serta kepentingan memastikan peralatan ukur berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai ketepatan yang ditetapkan sebelum digunakan dalam kerja-kerja pengukuran. Pendedahan seperti ini juga dapat membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran praktikal pelajar dalam bidang ukur tanah serta membina keyakinan mereka untuk mengendalikan peralatan ukur dengan lebih sistematik dan berkesan.

Aktiviti ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Juruukur Daerah, Lsr Shah Iran bin Misran, bersama pasukan beliau dari Pejabat Ukur Daerah Pahang Timur, JUPEM, Kuantan. Kerjasama dan perkongsian ilmu yang diberikan oleh pihak JUPEM telah memberi nilai tambah kepada pelaksanaan aktiviti, khususnya dalam memberikan penerangan berkaitan prosedur kalibrasi, penggunaan alat serta aspek ketepatan dalam kerja-kerja pengukuran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Lsr Shah Iran bin Misran serta seluruh pasukan dari Pejabat Ukur Daerah Pahang Timur, JUPEM, Kuantan atas segala kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang aktiviti berlangsung. Penghargaan turut diberikan kepada semua pensyarah Program Geomatik yang telah terlibat dalam memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu medium pembelajaran yang dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman praktikal pelajar dalam bidang Geomatik.

Program Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menganjurkan Program Ceramah dan La...
20/09/2026

Program Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menganjurkan Program Ceramah dan Lawatan Ilmiah Cerun: Memperkasa Pengetahuan Geoteknik Melalui Pembelajaran Berasaskan Lapangan khusus bagi menyokong proses pembelajaran kursus DCC30093 Geotechnical Engineering.

Program ini menampilkan penceramah jemputan, Ts. Ir. Ahmad Rashdan bin Mansor, selaku Managing Director, MVP Consolidation Lab, yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman profesional berkaitan aspek cerun, kestabilan cerun serta amalan kejuruteraan geoteknik yang diaplikasikan dalam industri sebenar.

Sesi perkongsian ilmu ini melibatkan pelajar Semester 3 daripada kelas DKA3A, DKA3B, DKA3C dan DKA3D, serta para pensyarah yang mengajar kursus DCC30093 Geotechnical Engineering. Pelbagai input dan maklumat baharu telah diperoleh sepanjang program berlangsung, sekaligus memberikan nilai tambah bukan hanya kepada pelajar tetapi kepada pensyarah juga.

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ts. Ir. Ahmad Rashdan bin Mansor atas kesudian meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga POLISAS.

Semoga program perkongsian ilmu seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkaya pengalaman pembelajaran serta memperkasakan pengetahuan geoteknik dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

๐ŸŽ“ MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN AWAM ๐ŸŽ“๐Ÿ“… 18 September 2026 (Jumaat) ๐Ÿ“ Dewan Sri Mahkota, PO...
20/09/2026

๐ŸŽ“ MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN AWAM ๐ŸŽ“

๐Ÿ“… 18 September 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Dewan Sri Mahkota, POLISAS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Ketua Jabatan yang telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik dengan memperoleh Purata Nilai Mata (PNM) 3.50 dan ke atas bagi semester lepas, iaitu Sesi 2:2025/2026. Penerima anugerah terdiri daripada pelajar daripada tiga program pengajian di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam, iaitu:

โœ… Diploma Kejuruteraan Awam
โœ… Diploma Seni Bina
โœ… Diploma Geomatik

Selain penyampaian Anugerah Ketua Jabatan, majlis turut menyempurnakan penyampaian Watikah Pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam (PePKA) sebagai penghargaan atas kesediaan mereka memikul amanah dan tanggungjawab dalam memimpin persatuan.

Lebih membanggakan, hampir keseluruhan perjalanan majlis ini telah dirancang dan diuruskan dengan jayanya oleh barisan Ahli Jawatankuasa PePKA sendiri dengan dibantu Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri dari barisan pensyarah JKA. Komitmen, kerjasama dan semangat kepimpinan yang ditunjukkan mencerminkan kualiti pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berkebolehan dalam aspek pengurusan dan organisasi.

Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

โœจ Tahniah kepada semua penerima anugerah dan syabas kepada AJK PePKA atas penganjuran majlis yang cemerlang! โœจ

Address

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kejuruteraan Awam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share