ADTEC JTM Kampus Kuantan

Call Directions Website Contact the university

ADTEC JTM Kampus Kuantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ADTEC JTM Kampus Kuantan, College & University, Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Penubuhan ADTEC JTM Kampus Kuantan adalah bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada belia lepasan sekolah dan pekerja industri bagi membekalkan tenaga mahir kepada sektor perindustrian negara.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA MAJLIS BANDARAYA KUANTAN (MBK)πŸ“… Tarikh: 22 Oktober 202...
22/10/2026

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA MAJLIS BANDARAYA KUANTAN (MBK)

πŸ“… Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Lokasi: Tapak Semaian, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

ADTEC JTM Kampus Kuantan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat (CSR) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), melibatkan penyertaan seramai *47 orang pelajar dari Bengkel Bahagian Pemesinan AM*.

Program ini turut dihadiri oleh *Ketua Jabatan Mekanikal Pengeluaran bersama 6 orang pengajar dari Bengkel Bahagian Pemesinan AM, ADTEC JTM Kampus Kuantan*.

Aktiviti yang dijalankan memberi tumpuan kepada kerja-kerja penyediaan dan pembungkusan medium tanaman (bagging) sebagai usaha menyokong aktiviti landskap, penghijauan dan pemeliharaan alam sekitar.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan penjagaan alam sekitar, malah turut memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama berpasukan, disiplin serta tanggungjawab sosial dalam kalangan warga TVET.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) atas kerjasama, bimbingan serta kemudahan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Semoga jalinan kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Kuantan dan MBK terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.

Bersama Berbakti, Menyemai Bakti, Melestarikan Alam Sekitar.

PERTUKARAN DOKUMEN KOLABORASI ANTARA M RAIL TECHNICS SDN. BHD. DAN ADTEC JTM KAMPUS KUANTANADTEC JTM Kampus Kuantan teru...
22/10/2026

PERTUKARAN DOKUMEN KOLABORASI ANTARA M RAIL TECHNICS SDN. BHD. DAN ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN

ADTEC JTM Kampus Kuantan terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama industri rel menerusi Majlis Pertukaran Dokumen Kolaborasi antara M Rail Technics Sdn. Bhd. dan ADTEC JTM Kampus Kuantan yang berlangsung sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026.

Delegasi ADTEC JTM Kampus Kuantan diketuai oleh Tuan Pengarah, Haji Sukri bin Musa, bersama Timbalan Pengarah Latihan serta barisan pengajar kampus.

Penyertaan ini turut melibatkan pelajar daripada Bengkel Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan dan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal bagi memberi pendedahan kepada perkembangan industri pengangkutan serta membuka peluang kepada mereka untuk mengenali keperluan dan prospek kerjaya dalam sektor pengangkutan.

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperluas peluang latihan teknikal, perkongsian kepakaran, pembangunan kompetensi dan hubungan industri, sekali gus melahirkan graduan TVET yang kompeten serta memenuhi keperluan industri pengangkutan negara.

ADTEC JTM Kampus Kuantan β€” Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Hadapan!








CERTIFICATE PRESENTATION CEREMONY: NOCN LEVEL 3 AWARD IN ASSESSING VOCATIONALLY RELATED ACHIEVEMENT19 Oktober 2026  Satu...
21/10/2026

CERTIFICATE PRESENTATION CEREMONY: NOCN LEVEL 3 AWARD IN ASSESSING VOCATIONALLY RELATED ACHIEVEMENT

19 Oktober 2026

Satu Majlis penyampaian sijil antarabangsa NOCN Level 3 telah diadakan di Dewan Auditorium CIAST. Majlis tersebut disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Ketua Pengarah JPK, dengan kehadiran Mr. Graham Hasting-Evans, CEO NOCN Group UK, dan Dato' Prof. Dr. Mohd Zin bin Bidin, Pengerusi Virtuoso Sdn. Bhd.

Seramai 4 orang kakitangan ADTEC JTM Kampus Kuantan iaitu Ts.Norehan binti Abd Mutalib, En. Suhaimi bin Kamarudin, En.Ahmadi Elmi bin Mohd Arifin dan En. Wan Burhanuddin bin Wan Abd Aziz telah berjaya menerima pengiktirafan antarabangsa ini sebagai usaha memperkukuh kompetensi dan profesionalisme tenaga pengajar TVET negara dalam bidang elektrikal.

Tahniah kepada semua penerima sijil! Semoga terus memacu kecemerlangan TVET Malaysia ke peringkat global.

"π‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘°π’ˆπ’π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’Šπ’“π’‚π’, π‘΄π’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’“π’‚π’Œ 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"



JOM IKUTI KAMI DI / FOLLOW US ON:

Website >> www.ilpkuantan.gov.my
Facebook >> https://www.facebook.com/ILPKuantanRasmi
Instagram >> https://www.instagram.com/ilpkuantan_official/
Twitter >> https://twitter.com/kuantanofficial
TikTok >> https://www.tiktok.com/ Tube >> https://www.youtube.com/

SEMINAR KERJAYA DAN SESI TEMU DUGA PELAJAR BIDANG AUTOMOTIF BERSAMA AKADEMI BATERIKU20 OKTOBER 2026 – Bahagian Khidmat S...
20/10/2026

SEMINAR KERJAYA DAN SESI TEMU DUGA PELAJAR BIDANG AUTOMOTIF BERSAMA AKADEMI BATERIKU

20 OKTOBER 2026 – Bahagian Khidmat Sokongan Pekerjaan & Komuniti (CESS) dengan kerjasama pihak Sekretariat TVET Negeri Johor (STNJ) dan Akademi Bateriku telah menganjurkan Seminar Kerjaya serta Sesi Temu Duga Pelajar Bidang Automotif bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC JTM Kampus Kuantan.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar bidang automotif mengenai peluang kerjaya dalam industri serta membuka ruang kepada mereka untuk meneroka peluang pekerjaan melalui sesi temu duga bersama pihak industri.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM Kampus Kuantan, Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff, yang menyambut baik pelaksanaan program seumpama ini dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi TVET dengan pihak industri.

Penganjuran program ini diharap dapat membantu pelajar mempersiapkan diri menghadapi alam pekerjaan, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta merapatkan jurang antara latihan kemahiran dengan keperluan sebenar industri automotif.

Semoga kerjasama strategik antara STNJ, Akademi Bateriku dan ADTEC JTM Kampus Kuantan terus diperkukuh demi melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

"π‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘°π’ˆπ’π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’Šπ’“π’‚π’, π‘΄π’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’“π’‚π’Œ 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"



JOM IKUTI KAMI DI / FOLLOW US ON:
Website >> www.ilpkuantan.gov.my
Facebook >> https://www.facebook.com/ILPKuantanRasmi
Instagram >> https://www.instagram.com/ilpkuantan_official/
Twitter >> https://twitter.com/kuantanofficial
TikTok >> https://www.tiktok.com/
You Tube >> https://www.youtube.com/

KEM KEPIMPINAN MUHIBBAH MPP ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA MPP TATI UCKUANTAN, 16 OKTOBER 2026 – Bahagian Pengurusan P...
16/10/2026

KEM KEPIMPINAN MUHIBBAH MPP ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA MPP TATI UC
KUANTAN, 16 OKTOBER 2026 – Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menganjurkan Kem Kepimpinan Muhibbah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Kuantan bersama MPP TATI UC, Terengganu bertempat di Dewan Besar ADTEC JTM Kampus Kuantan.
Program ini menghimpunkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar daripada kedua-dua institusi bagi mengukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkasakan kepimpinan pelajar melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan organisasi pelajar.
Program dimulakan dengan majlis perasmian pembukaan yang merangkumi bacaan doa, ucapan alu-aluan daripada Presiden MPP ADTEC JTM Kampus Kuantan, ucapan balas Yang Dipertua MPP TATI UC serta ucapan perasmian oleh pihak BPPL ADTEC JTM Kampus Kuantan.
Antara pengisian utama program ialah sesi pengenalan diri dan ice-breaking bagi membina ukhuwah antara pemimpin pelajar, diikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 yang memfokuskan perkongsian struktur organisasi, pencapaian dan pengurusan MPP kedua-dua institusi.
Program diteruskan dengan LDK 2 yang memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan pemerkasaan kebajikan pelajar dan revolusi program kampus. Sesi ini menjadi ruang kepada para pemimpin pelajar untuk bertukar pandangan, berkongsi idea serta membincangkan usaha penambahbaikan demi kepentingan dan kesejahteraan warga pelajar.
Penganjuran kem ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa, berfikiran progresif, berdaya saing dan mampu menjalankan amanah dengan penuh integriti. Selain itu, hubungan strategik antara ADTEC JTM Kampus Kuantan dan TATI UC diharapkan terus diperkukuh melalui jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu pada masa hadapan.
Kepimpinan Diperkasa, Muhibbah Dipupuk, Kebajikan Pelajar Diutamakan

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN PROGRAM PINTAR INDUSTRI BERSAMA AKADEMI REL PAHANG15 Oktober 2026 | ADTEC JTM Kampus K...
15/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN PROGRAM PINTAR INDUSTRI BERSAMA AKADEMI REL PAHANG

15 Oktober 2026 | ADTEC JTM Kampus Kuantan

ADTEC JTM Kampus Kuantan telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama Akademi Rel Pahang (ARP), UCYP University bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Pintar Industri Railway Rolling Stock Maintenance Technician dengan kerjasama MRail Technics Sdn. Bhd.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Ts. Wan Asmawi bin Wan Shariff, Timbalan Pengarah (Latihan), ADTEC JTM Kampus Kuantan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada struktur latihan, kemudahan dan fasiliti, penglibatan tenaga pengajar serta pihak industri, di samping peluang latihan dan penempatan kerjaya peserta dalam sektor rel.

Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan sektor rel negara.

PERHIMPUNAN PELAJAR ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA PENGARAH 14 Oktober 2026  Perhimpunan Pelajar Bersama Tuan Pengarah...
14/10/2026

PERHIMPUNAN PELAJAR ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BERSAMA PENGARAH

14 Oktober 2026

Perhimpunan Pelajar Bersama Tuan Pengarah telah diadakan dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Kuantan. Perhimpunan rasmi ini dihadiri oleh semua pelajar, barisan pensyarah, serta pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Kuantan.

Acara dimulakan dengan Amanat daripada Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuantan, TuanHaji Mohd Sukri bin Musa. Dalam ucapannya, beliau mennyentuh berkaitan disiplin diri sebagai seorang pelajar. Para pelajar perlulah kekal proaktif, berdaya saing, dan menjaga disiplin walau di mana jua berada.

Untuk slot perhimpunan pelajar kali ini juga,Inspektor Mohamad dari IPD Kuantan telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "Kesedaran Jenayah: Bila Cinta Bertukar Tragedi". Antara intipati ceramah beliau ialah,budaya buli dan samseng yang semakin menjadi-jadi yang wujud di IPTA/IPTS di Malaysia ini. Pelajar-pelajar perlu melaporkan kepada pihak atasan Kampus sekiranya wujud sebarang aktiviti tidak sihat di kalangan pelajar Kampus Kuantan.

Slot perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL). Dalam slot ucapan beliau, beliau menyentuh berkenaan isu tatatertib yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar juga diingatkan untuk sentiasa menjaga jadual waktu latihan yang telah digariskan oleh Kampus.

Acara kemuncak perhimpunan kali ini ialah Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan 2026.

"π‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘°π’ˆπ’π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚ π‘²π’†π’Žπ’‚π’‰π’Šπ’“π’‚π’, π‘΄π’†π’π’šπ’†π’Žπ’‚π’“π’‚π’Œ 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"



JOM IKUTI KAMI DI / FOLLOW US ON:

Website >> www.ilpkuantan.gov.my
Facebook >> https://www.facebook.com/ILPKuantanRasmi
Instagram >> https://www.instagram.com/ilpkuantan_official/
Twitter >> https://twitter.com/kuantanofficial
TikTok >> https://www.tiktok.com/ Tube >> https://www.youtube.com/

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK TUN TELANAI, TERENGGANU KE ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN I                                        ...
11/10/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK TUN TELANAI, TERENGGANU KE ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN I
ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menerima kunjungan 40 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, Terengganu dalam satu program lawatan sambil belajar.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), kemudahan latihan serta peluang melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam bidang teknikal. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Asruf bin Muhammad selaku Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) ADTEC JTM Kampus Kuantan.
Pelajar dan guru pengiring juga dibawa melawat kesemua bengkel yang terdapat di sini bagi membolehkan pelajar-pelajar ini melihat sendiri operasi dan sistem pembelajaran secara lebih khusus.
Semoga kunjungan ini dapat membuka perspektif baharu kepada para pelajar serta menyemarakkan minat mereka untuk memilih TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.
ADTEC JTM Kampus Kuantan β€” Melahirkan Generasi TVET Berkemahiran, Berdaya Saing dan Berprestasi Tinggi

LAWATAN SUSULAN PETRONAS KE ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BAGI CADANGAN KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM VISTA i-PLUSKUANTAN – ADT...
09/10/2026

LAWATAN SUSULAN PETRONAS KE ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN BAGI CADANGAN KERJASAMA STRATEGIK PROGRAM VISTA i-PLUS

KUANTAN – ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menerima lawatan perbincangan dan penyerahan dokumen Surat Niat (Letter of Intent – LOI) daripada pihak pengurusan TVET Excellence–Education & Human Capital Investment (TE-EHCI), PETRONAS.

Delegasi PETRONAS diketuai oleh En. Shahrul Reza B. Zaikhuddin, Pengurus (TVET Stakeholder Engagement), bersama dua eksekutif daripada bahagian Education & Talent Quality, iaitu Ts. Zaimi dan En. Afnan.

Lawatan ini merupakan kesinambungan daripada siri perbincangan pada bulan April dan September lalu berkaitan cadangan kerjasama strategik bagi pelaksanaan Program VISTA i-PLUS.

Penyerahan dokumen LOI ini menandakan perkembangan positif dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara ADTEC JTM Kampus Kuantan dengan PETRONAS, khususnya dalam memperkasa latihan kemahiran TVET, pembangunan bakat serta penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri.

Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang dalam pembangunan kompetensi tenaga pengajar dan pelajar, di samping memperkukuh peranan ADTEC JTM Kampus Kuantan sebagai institusi TVET yang responsif terhadap keperluan industri.

πŸ“’ JOM SAKSIKAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2027! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“ŒSaksikan pembentangan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI oleh YAB Dato’ Ser...
09/10/2026

πŸ“’ JOM SAKSIKAN PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2027! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“ŒSaksikan pembentangan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

πŸ—“οΈ Tarikh: Jumaat, 9 Oktober 2026
⏰ Masa: 3.30 petang
πŸ“Ί Siaran langsung: Berita RTM, TV1 dan Bernama
🌐 Layari: https://belanjawan.mof.gov.my

βœ…Marilah kita bersama-sama mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 bagi mengetahui perancangan dan hala tuju ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Malaysia.




FB πŸ”— https://www.facebook.com/share/p/194e6DPNTx/

IG πŸ”— https://www.instagram.com/p/DeQr7Jqp71h/?rpxt=dWI0aGU4aTExM256

X πŸ”— https://x.com/JTKSMOFFICIAL/status/2108419388806488154

TIKTOK πŸ”— https://vt.tiktok.com/ZSbGjNxy3/

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JTKSM

https://www.youtube.com/live/26ur5pdw_rY?si=QLlj5Dm31PQADhes

[Langsung]Pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri dan M...

Address

Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng
Kuantan
26080

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095861660

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to ADTEC JTM Kampus Kuantan:

Share