Jabatan Multimedia Kreatif Dan Komputeran Uniqsaas

Call Directions Website Contact the university

Jabatan Multimedia Kreatif Dan Komputeran Uniqsaas Menawarkan Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian, Diploma Sains Komputer dan Diploma Teknologi Maklumat.

Melahirkan graduan UNIQSAAS yang berketrampilan dan berdaya saing dalam bidang Komputeran berteraskan pedoman Al-Quran.

Bukan senang untuk menilai semua projek inovasi dan rekacipta yang menyertai Pertandingan Inovasi dan Rekacipta UNIQSAAS...
10/07/2026

Bukan senang untuk menilai semua projek inovasi dan rekacipta yang menyertai Pertandingan Inovasi dan Rekacipta UNIQSAAS (PIRCU) 2026. Ini kerana projek yang dipertandingkan sangat menarik, memenuhi kriteria pertandingan, mendapat pengiktirafan dan kerjasama banyak pihak selain persediaan persembahan oleh peserta yang sangat baik. ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿง ๐Ÿ’ป๐Ÿ’ก

Pensyarah-pensyarah Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran (JMKK) UNIQSAAS yang dilantik menjadi Penilai PIRCU telah melakukan penilaian yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. โœ๏ธ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai dan memenangi pingat masing-masing. Terima kasih Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UNIQSAAS yang mengundang pensyarah-pensyarah JMKK sebagai Penilai PIRCU 2026. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป



Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas RMC Unipsas

Kredit gambar : UNIQSAAS dan Urusetia PIRCU

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian, Jabatan Multimedia Kreatif dan Komunikas...
08/07/2026

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian, Jabatan Multimedia Kreatif dan Komunikasi (JMKK), UNIQSAAS berpeluang menghadiri Diploma Showcase DCD KPMIM 2026 di Kolej Profesional MARA (KPM) Indera Mahkota.

Pameran ini menampilkan pelbagai hasil karya kreatif pelajar KPM merangkumi grafik, fotografi, animasi, filem pendek, lukisan kreatif dan projek media digital yang mencerminkan idea, inovasi serta kemahiran industri. ๐ŸŽฌ๐Ÿ“ธ๐ŸŽจ

Penyertaan ini bukan sahaja membuka ruang kepada mahasiswa untuk melihat perkembangan dunia media kreatif secara lebih dekat, malah menjadi platform perkongsian idea, menambah inspirasi serta memperluaskan jaringan akademik dan profesional.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan karya yang kreatif, berkualiti dan memberi impak kepada industri. ๐Ÿš€๐Ÿ‘



Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas

Dari pena ke pentas ilmu. ๐Ÿ“šโœจTahniah kepada Dr. Mohamad Azizie bin Nordin, pensyarah Jabatan Multimedia Kreatif dan Kompu...
30/06/2026

Dari pena ke pentas ilmu. ๐Ÿ“šโœจ

Tahniah kepada Dr. Mohamad Azizie bin Nordin, pensyarah Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran, Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI) UNIQSAAS, yang telah menjayakan program "Meet and Greet bersama Penulis & Penterjemah" di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Dalam program ini, beliau tampil sebagai penulis bagi buku "Tentang Bugis: Falsafah Kehidupan, Navigasi & Persenjataannya" serta berkongsi kupasan mengenai kandungan buku tersebut bersama Falsafah Kebudayaan, di samping berinteraksi dengan para peserta melalui sesi soal jawab, tandatangan buku dan fotografi.

Semoga perkongsian ilmu dan hasil penulisan beliau terus memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadi inspirasi kepada warga akademik untuk terus berkarya, menyelidik dan menyumbang kepada khazanah ilmu. Tahniah Dr. Azizie! ๐Ÿ‘๐Ÿ“–๐ŸŒ

Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas

Pensyarah-pensyarah JMKK sertai Bengkel SLR Siri 1: โ€œFrom Research to Publication: A Step-by-Step Guide to Systematic Li...
23/06/2026

Pensyarah-pensyarah JMKK sertai Bengkel SLR Siri 1: โ€œFrom Research to Publication: A Step-by-Step Guide to Systematic Literature Reviewsโ€ yang dianjurkan oleh Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas (KMI UNIQSAAS).

Semoga ibadah haji dan korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.Selamat Hari Raya Aidiladha 1447.Ikhlas daripada...
27/05/2026

Semoga ibadah haji dan korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447.

Ikhlas daripada kami Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran (JMKK), KMI UNIQSAAS.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijah 1447. Semoga ibadah haji, korban dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Salam ikhlas daripada kami di Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI), Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).

๐Ÿ•‹๐Ÿ•Œ๐Ÿ„๐Ÿ fans

Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran (JMKK), Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI), Universiti Al-Quran Al-Sult...
08/05/2026

Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran (JMKK), Kulliyyah Pengurusan dan Informatik (KMI), Universiti Al-Quran Al-Sultan Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Atiqa Sofea binti Aminudin atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama keluarga besar JMKK UNIQSAAS.

Beliau bukan sahaja menyumbang kepada kecemerlangan jabatan, malah turut memainkan peranan penting dalam membimbing serta mendidik pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan penuh dedikasi dan komitmen.

Segala usaha, idea dan tenaga yang diberikan dalam menjayakan program-program universiti serta mengharumkan nama jabatan akan sentiasa terpahat sebagai kenangan yang bermakna buat seluruh warga JMKK dan para pelajar.

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan terindah, cenderahati penghargaan telah disampaikan oleh Dekan KMI, Ybrs. Dr. Nurul Khair binti Ishak, Ketua Jabatan JMKK, En. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin serta Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Kakitangan UNIQSAAS (BAKKIP), Pn. Zarina binti Kamarozaman. ๐Ÿซฐโค๏ธ๐ŸŽ



Atiqa Sofea Nurul Ishak Zarina Kamarozaman Muhammad Hisyamudin Jabatan Multimedia Kreatif Dan Komputeran Uniqsaas Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas

Istimewa untuk Anak-Anak Pahang yang menyambung pengajian ke IPT. Jika anda mendaftar masuk program-program pengajian ya...
08/05/2026

Istimewa untuk Anak-Anak Pahang yang menyambung pengajian ke IPT. Jika anda mendaftar masuk program-program pengajian yang ditawarkan oleh Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran (JMKK) atau program-program lain yang ditawarkan di UNIQSAAS, anda layak mendapat Geran Bantuan Ke IPT ini.

Jangan lepaskan peluang ini. Terima kasih Tok Wan Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Yayasan Pahang Yayasan Pahang.

Masuk IPT tapi risau dengan kos permulaan pengajian? ๐Ÿค”๐ŸŽ“

Jangan risau, Yayasan Pahang sedia membantu anak-anak Pahang melalui Geran Bantuan Ke IPT bagi Kemasukan Kali Pertama.

Permohonan mudah, cepat dan boleh dibuat secara dalam talian sahaja โ€” tak perlu hadir ke pejabat!

Semak kelayakan anda:
โœ… Anak Pahang
โœ… Pelajar baharu IPT
โœ… Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan

Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Mohon sekarang di www.yp.org.my

โณ Peringatan: Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kategori, jadi pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum dihantar.

Jangan lepaskan peluang ini โ€” ringankan beban, teruskan impian!

--------------------

Heading off to university but worried about the initial costs? ๐Ÿค”๐ŸŽ“

Don't worryโ€”Yayasan Pahang is here to support the youth of Pahang through the First-Time University Enrollment Assistance Grant.

The application is easy, fast, and can be done entirely onlineโ€”no need to visit the office!

Check Your Eligibility:
โœ… Native of Pahang (Anak Pahang)
โœ… New University Student
โœ… Meets the set academic requirements

Applications can be submitted by students within 4 weeks before or within 6 weeks after the date of registration at the institution of higher learning. Apply Now: www.yp.org.my

โณ Reminder: Applications are only permitted once per category. Please ensure all information is complete and accurate before submitting.

Don't miss this chanceโ€”lighten your burden and pursue your dreams!

Jom masuk UNIQSAAS.JMKK UNIQSAAS menawarkan 3 program pengajian :1. Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital)...
07/05/2026

Jom masuk UNIQSAAS.

JMKK UNIQSAAS menawarkan 3 program pengajian :
1. Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian
2. Diploma Sains Komputer
3. Diploma Teknologi Maklumat dan Rangkaian

๐Ÿ“ข PELUANG MASIH TERBUKA!

Impian menyambung pengajian dalam suasana pendidikan berteraskan Al-Quran masih terbuka buat anda โœจ

๐ŸŽ“ Universiti Al-Quran pertama di Malaysia kini membuka permohonan kemasukan bagi sesi Jun 2026.

๐Ÿ’ผ Pelbagai program ditawarkan
๐Ÿซ Suasana kampus Islamik & kondusif
๐Ÿ“š Biasiswa Kerajaan Negeri Pahang (Asasi sains kemanusiaan) turut disediakan*
๐Ÿค Permohonan mudah melalui WhatsApp

๐Ÿ“… Tarikh Kemasukan: 13 Jun 2026

๐ŸŒ Mohon sekarang di:
www.uniqsaas.edu.my

Atau di Link ๐Ÿ”—
https://form.jotform.com/251141230571039

๐Ÿ“ฒ Pertanyaan & permohonan:
019-966 3755

Jangan tunggu sehingga saat akhir.
Mulakan langkah anda bersama UNIQSAAS hari ini ๐Ÿ’™

Pelajar Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran (JMKK) Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQS...
06/05/2026

Pelajar Jabatan Multimedia Kreatif dan Komputeran (JMKK) Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), Sdr. Amru Baihaqi bin Mustapha Faidzul telah menyertai Kursus Sijil Pengurusan Koperasi Serta Bimbingan Kerjaya dan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Yayasan ANGKASA.

Beliau merupakan pelajar semester ke-4 program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian.

Program yang diadakan pada 2 hingga 5 Mei 2026 bertempat di Whyndham Garden Icity Shah Alam itu disertai oleh pelajar-pelajar yang merupakan penerima Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.

Kursus ini bertujuan untuk memperkasa pembangunan sahsiah, kepimpinan serta kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar di samping memberi pendedahan kepada ekosistem koperasi yang relevan dengan pembangunan negara.

Selain dilatih dengan modul-modul yang disediakan oleh pihak penganjur, peserta juga dianugerahkan Sijil Pengurusan Koperasi oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) pada akhir kursus.

Amru Baihaqi Yayasan ANGKASA Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas Kulliyyah Pengurusan dan Informatik Uniqsaas

Jawatan kosong sedang dibuka. Ayuh bersama kami di UNIQSAAS.
05/05/2026

Jawatan kosong sedang dibuka. Ayuh bersama kami di UNIQSAAS.

๐Ÿ“ข Peluang Kerjaya di UNIQSAAS!

Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Shah Pahang (UNIQSAAS) mempelawa calon berkelayakan untuk mengisi jawatan:

AKAUNTAN GRED WA41
(Lantikan Kontrak โ€“ Contract for Service)

Jika anda mempunyai kelayakan dalam bidang perakaunan dan bersemangat untuk menyumbang dalam sektor pendidikan tinggi berteraskan Al-Quran, inilah peluang anda.

๐Ÿ“… Tarikh tutup: 18 Mei 2026

๐Ÿ“Œ Mohon sekarang melalui pautan / imbas kod QR yang disediakan.

Address

Km 8, Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095365353

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Multimedia Kreatif Dan Komputeran Uniqsaas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Multimedia Kreatif Dan Komputeran Uniqsaas:

Shortcuts

Share