Fakulti Pengajian Pengurusan Kuipsas

Fakulti Pengajian Pengurusan Kuipsas Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Kuantan adalah sebuah pembekal pendidikan

Sejarah bermula dengan resolusi Seminar Ulama Negeri Pahang (1985) membahas dan mencadangkan penubuhan Kolej Islam ini untuk membuka ruang kepada pelajar lepasan agama Negeri Pahang melanjutkan pelajaran. Maka pada Jun 1994 terlaksanalah Kolej Islam Pahang yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Pahang. Ogos 1996 mencipta era permulaan apabila menerima 68 pelajar sulung, diikuti kebangkitan kolej i

ni sebagai Institusi Pendidikan Tinggi yang bernaung di bawah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad. Dengan ini, peluang pendidikan untuk pelajar khususnya di Negeri Pahang ini terbuka lebih luas seiring aspirasi pemimpin dan masyarakat Islam.Idealisme Progresif dan Bersepadu Fungsi penubuhan Kolej Islam ini amat jelas iaitu menyediakan pendidikan yang menjana kecemerlangan ilmu dan insan. Sehubungan
dengan itu, tiga diploma pengajian Islam ditawarkan iaitu Pengkhususan Syariah Perbandingan, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan serta Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Selepas itu, Diploma Pembangunan Perisian, Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan dan Perbankan, dan Diploma Pengurusan Perniagaan ditawarkan, menjadikan kesemua diploma di KIPSAS ini mendapat perakuan dari Lembaga Akreditasi Negara.Proses perkembangan KIPSAS seterusnya berjalan lancar tanpa menoleh ke belakang lagi dengan usaha para pemimpin negeri yang terdiri daripada Menteri Besar Pahang dan mendapat sokongan padu daripada pemimpin yang lain.Hasilnya, alaf baharu tahun 2000 menyaksikan KIPSAS muncul sebagai institusi intelektual yang cukup membanggakan. Segala kekurangan prasarana telah ditambah hebat sekali dengan beroperasinya blok bangunan akademik, dewan kuliah, asrama pelajar serta masjid KIPSAS. Perpustakaan KIPSAS juga muncul sebagai tempat rujukan Bahasa Arab terbesar di Negeri Pahang selain rujukan bahasa Melayu, Inggeris, Pengurusan, Pentadbiran, Ekonomi dan Teknologi Maklumat.

03/11/2020
14/10/2020

KUIPSAS BERDOA 2020

Semua warga KUIPSAS dan Muslimin Muslimat yang tinggal di sekitar KUIPSAS dijemput hadir ke Majlis KUIPSAS Berdoa 2020 sebagai menyahut saranan YAB. Menteri Besar Pahang sempena PAHANG BERDOA 2020.

Solat Hajat secara serentak di seluruh negeri Pahang dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negeri Pahang daripada ancaman wabak pandemik Covid-19 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 14 Oktober 2020 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib
Tempat : Masjid KUIPSAS

Semoga doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT dan kita semua sentiasa dipelihara daripada ancaman wabak pandemik ini.

Sila sebarkan pesanan ini.

Kerajaan Negeri Pahang Wan Rosdy bin Wan Ismail

💕

15/09/2020

Selamat Hari Malaysia
16 September 2020

Malaysia Prihatin

14/09/2020

Kerjasama bersama Jabatan Perniagaan KUIPSAS.

Dijemput memberi ceramah selama dua jam. Banyak yang saya nak kongsi tetapi masa hanya dua jam 🤭

* Mindset usahawan
* Model digital business
* Copywriting
* Social media marketing
* Lain-lain

Apa yang nak dikongsi ya? Mohon bantu pilih

06/09/2020
30/08/2020

Selamat Hari Kebangsaan ke-63, 31 Ogos 2020. Malaysia Prihatin.

Address

Km. 8, Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095365353

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengajian Pengurusan Kuipsas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Pengajian Pengurusan Kuipsas:

Share