Bahagian CESS ADTEC JTM Kampus Kuantan

Call Directions Website Contact the university

Bahagian CESS ADTEC JTM Kampus Kuantan Laman ini diwujudkan bagi makluman aktiviti Bahagian CESS ADTEC JTM Kampus Kuantan.

📢 BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM RM2,500 UNTUK PEKERJA SEPARA MAHIR DAN GRADUAN! 🇲🇾Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 20...
09/10/2026

📢 BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM RM2,500 UNTUK PEKERJA SEPARA MAHIR DAN GRADUAN! 🇲🇾

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM2,500 sebulan sebagai permulaan bagi pekerja separa mahir dan graduan.

📢 BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM RM2,500 UNTUK PEKERJA SEPARA MAHIR DAN GRADUAN! 🇲🇾

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM2,500 sebulan sebagai permulaan bagi pekerja separa mahir dan graduan.

💰 GAJI LEBIH SETIMPAL DENGAN KELAYAKAN

Inisiatif ini memberi penekanan kepada usaha memastikan pekerja menerima upah yang lebih setimpal dengan tahap kelayakan, kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.

🎓 ANTARA FOKUS UTAMA:

✅ Memperkenalkan gaji minimum permulaan sebanyak RM2,500 sebulan bagi pekerja separa mahir dan graduan.

✅ Menggalakkan pemberian upah yang lebih setimpal dengan tahap kelayakan pekerja.

✅ Memberi penekanan kepada nilai kemahiran dan kelayakan dalam penetapan gaji permulaan.

Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan tenaga kerja serta mengiktiraf kepentingan kemahiran dan kelayakan dalam pembangunan modal insan negara.

Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, usaha ini mendukung nilai Kesejahteraan dan Ihsan ke arah ekosistem pekerjaan yang lebih adil, inklusif dan mampan.

Kemahiran Dihargai, Pekerja Disejahterakan! 🇲🇾

📢 BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM DINAIKKAN KEPADA RM2,000! 🇲🇾Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 mengumumkan kenaika...
09/10/2026

📢 BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM DINAIKKAN KEPADA RM2,000! 🇲🇾

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa mulai Jun 2027.

📢 BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM DINAIKKAN KEPADA RM2,000! 🇲🇾

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa mulai Jun 2027.

💰 ANTARA INTIPATI UTAMA:

✅ Kenaikan RM300 sebulan daripada kadar gaji minimum semasa.

👷 Lebih 4 juta pekerja dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan kenaikan ini.

🏢 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta diberikan pengecualian bagi membolehkan penyesuaian perniagaan dilaksanakan.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan pekerja, meningkatkan pendapatan serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati secara lebih inklusif.

Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, langkah ini turut mendukung nilai Kesejahteraan dan Ihsan dalam membina ekosistem pekerjaan yang lebih adil dan mampan.

Pekerja Sejahtera, Ekonomi Negara Perkasa! 🇲🇾

Dalam kesibukan jadual padat penganjuran Forum TVET IMT-GT 2026 dan juga Perhimpunan Bulanan JTM bagi Bulan September be...
05/10/2026

Dalam kesibukan jadual padat penganjuran Forum TVET IMT-GT 2026 dan juga Perhimpunan Bulanan JTM bagi Bulan September bersama Datuk KP, Bahagian CESS tetap maintain dalam memastikan kursus-kursus jangka pendek (selepas ni akan dikenali dengan akronim 'KEJAP') diselaras dengan jayanya.

Dua kursus di bawah Skim Lindung Kerjaya PERKESO telah dijalankan pada bulan September yang lalu iaitu:

1) 18 hingga 22.09.2026 - Kursus Computer Assembly & Software Installation
2) 26 hingga 30.09.2026 - Kursus Welding SMAW Process 6G Carbon Steel (Physical)

PERBINCANGAN KERJASAMA JTM–MALAYSIA RAIL LINK (MRL) SDN. BHD.PADA 2 OKTOBER 2026 YANG TURUT MELIBATKAN ADTEC JTM KAMPUS ...
05/10/2026

PERBINCANGAN KERJASAMA JTM–MALAYSIA RAIL LINK (MRL) SDN. BHD.
PADA 2 OKTOBER 2026 YANG TURUT MELIBATKAN ADTEC JTM KAMPUS KUANTAN

PERBINCANGAN KERJASAMA JTM–MALAYSIA RAIL LINK (MRL) SDN. BHD.

Tarikh: 2 Oktober 2026
Masa: 3.00 petang

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama pihak pengurusan Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd. bagi membincangkan potensi dan hala tuju kerjasama strategik antara Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan MRL dalam pembangunan kompetensi serta bakat bagi sektor rel negara.

Hasil perbincangan, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi skop kerjasama berikut:

1. Pelaksanaan Latihan Industri bagi pelajar JTM;
2. Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri bagi tenaga pengajar JTM; dan
3. Perkongsian serta pemindahan pengetahuan dan kepakaran antara JTM dan MRL.

Sekiranya proses penyediaan dan pemuktamadan dokumen MoU berjalan lancar tanpa sebarang kekangan, kedua-dua pihak menyasarkan agar MoU tersebut dapat dimeterai bersempena pelancaran ECRL yang dijadualkan pada pertengahan Disember 2026.

Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah En. Azkar, Ketua Kluster Pengangkutan; Ts. Dr. Asrofi, TPL ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur; serta pegawai-pegawai ADTEC JTM Kampus Kuantan yang diketuai oleh Ts. Wan Asmawi.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara JTM dan industri rel, khususnya dalam menyediakan pendedahan industri kepada pelajar dan tenaga pengajar serta memperluas perkongsian kepakaran selaras dengan keperluan pembangunan tenaga mahir negara.

PROGRAM INDUSTRY CONNECT 2.0 EAST COAST REGION: “AI WORKFORCE READINESS”14 September 2026 || ADTEC JTM Kampus Kuantan be...
17/09/2026

PROGRAM INDUSTRY CONNECT 2.0 EAST COAST REGION: “AI WORKFORCE READINESS”

14 September 2026 || ADTEC JTM Kampus Kuantan bersama agensi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyertai sesi taklimat strategik oleh TalentCorp di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), Kuantan.

Sesi yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB Dr. Sim Chon Siang, memberi tumpuan kepada persiapan penganjuran Industry Connect 2.0 East Coast Region yang dijadualkan pada 5 November 2026, bertemakan “AI Workforce Readiness”.

Pertemuan ini turut menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan bakat, peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja bagi memastikan modal insan Wilayah Timur terus berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran industri berteraskan kecerdasan buatan (AI).

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
=========================

LAWATAN KESEDIAAN PELAKSANAAN PROGRAM VISTA i-PLUS BAGI WILAYAH PANTAI TIMUR 14 September 2026 | ADTEC JTM Kampus Kuanta...
16/09/2026

LAWATAN KESEDIAAN PELAKSANAAN PROGRAM VISTA i-PLUS BAGI WILAYAH PANTAI TIMUR

14 September 2026 | ADTEC JTM Kampus Kuantan
ADTEC JTM Kampus Kuantan telah menerima lawatan daripada pihak Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) bagi meninjau kesediaan pelaksanaan Program VISTA i-PLUS bagi Wilayah Pantai Timur pada 14 September 2026.

ADTEC Kuantan telah disenaraipendek sebagai salah satu institusi yang berpotensi untuk melaksanakan program berkenaan. Lawatan ini turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan program serta meninjau tahap kesediaan institusi dari aspek kemudahan latihan, peralatan, tenaga pengajar, kapasiti pelatih dan keperluan sokongan yang berkaitan.

Delegasi INSTEP terdiri daripada para Eksekutif Jabatan Pengurusan TVET mereka, iaitu Pn. Hashimah Hashim, En. M. Fadzil Musa dan En. Wan Ahmad Abqari Wan Rosli.

Pihak ADTEC JTM Kampus Kuantan p**a diwakili oleh Ts. Wan Asmawi Wan Shariff (Timbalan Pengarah Latihan); Ts. Norzarina Hamizan (Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran); Ts. Mohd Marzuki Zainuddin (Ketua Bahagian Teknologi Kimpalan); serta En. Tasirihafizan Ab Rahman (Bahagian Khidmat Sokongan Pekerjaan & Korporat).

Semoga lawatan ini menjadi langkah awal ke arah kerjasama strategik dalam memperkukuh penyediaan latihan berkemahiran tinggi serta memperluas peluang pembangunan bakat TVET di Wilayah Pantai Timur.

"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
=========================

JEMPUTAN KE 𝐈𝐌𝐓-𝐆𝐓 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐄𝐌𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐅𝐎𝐑 𝐍𝐄𝐗𝐓 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌𝐒 𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐄𝐒
13/09/2026

JEMPUTAN KE 𝐈𝐌𝐓-𝐆𝐓 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐄𝐌𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐅𝐎𝐑 𝐍𝐄𝐗𝐓 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌𝐒 𝐀𝐍𝐃 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈𝐄𝐒

08/09/2026

Address

Lot 10, Jalan Gebeng 1/1, Kawasan Perindustrian Gebeng
Kuantan
26080

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095861685

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian CESS ADTEC JTM Kampus Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian CESS ADTEC JTM Kampus Kuantan:

Shortcuts

Share