Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas

Call Directions Website Contact the university

Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang  - Uniqsaas Universiti Al-Quran pertama di Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai UnIPSAS. Milik penuh Kerajaan Negeri Pahang.
🌐 www.uniqsaas.edu.my
(212)

Qiraat Bukan “Versi” Al-QuranAntara persoalan yang sering timbul apabila mendengar bacaan al-Quran yang berbeza ialah:“A...
24/09/2026

Qiraat Bukan “Versi” Al-Quran

Antara persoalan yang sering timbul apabila mendengar bacaan al-Quran yang berbeza ialah:

“Adakah ini bermakna al-Quran mempunyai banyak versi?”

Jawapannya, tidak.

Qiraat bukanlah al-Quran yang berbeza, tetapi kepelbagaian cara bacaan al-Quran yang diterima dan diwariskan melalui riwayat yang sahih serta sanad yang bersambung hingga kepada Rasulullah SAW.

✨ Mushafnya tetap al-Quran yang sama.
✨ Wahyunya datang daripada Allah SWT yang sama.
✨ Nabinya ialah Rasulullah SAW yang sama.

Perbezaan yang wujud hanyalah pada beberapa bentuk bacaan yang telah diajarkan dan dipelihara dalam tradisi ilmu Islam sejak zaman Rasulullah SAW.

Semakin kita mendalami ilmu Qiraat, semakin terserlah keagungan al-Quran dan ketelitian para ulama dalam memelihara setiap huruf, bacaan dan riwayatnya daripada sebarang perubahan.

📚 Mari bersama-sama mengenali keindahan dan keluasan ilmu Qiraat dalam Siri 30 Hari Info Qiraat.





“Eh, kenapa bacaan al-Quran dia lain?”Pernahkah anda mendengar seseorang membaca al-Quran dengan sebutan yang sedikit be...
23/09/2026

“Eh, kenapa bacaan al-Quran dia lain?”

Pernahkah anda mendengar seseorang membaca al-Quran dengan sebutan yang sedikit berbeza daripada kebiasaan? Jangan terburu-buru mengatakan bacaan itu salah.

✨ Mungkin itulah salah satu Qiraat yang sahih dan diiktiraf dalam tradisi ilmu Islam.

Ilmu Qiraat ialah ilmu yang membincangkan kepelbagaian cara bacaan al-Quran yang diriwayatkan melalui sanad yang sahih daripada para imam Qiraat sehingga bersambung kepada Rasulullah SAW.

Al-Quran tetap satu, namun Allah SWT memberikan keluasan dalam cara bacaannya sebagai tanda rahmat, kemudahan dan keindahan mukjizat al-Quran.

📚 Mari bersama-sama mengenali, memahami dan mencintai khazanah ilmu Qiraat melalui Siri 30 Hari Info Qiraat anjuran Kelab Rakan al-Quran UNIQSAAS.






BersamaAlQuranSelamanya
MenyemaiIlmuMembinaGenerasiBerteraskanWahyu

YAYASAN TAHFIZ SARAWAK JALIN HUBUNGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA UNIQSAASKUANTAN, [22 September 2026] – Universiti Al-Q...
22/09/2026

YAYASAN TAHFIZ SARAWAK JALIN HUBUNGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA UNIQSAAS

KUANTAN, [22 September 2026] – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Tahfiz Sarawak dalam usaha mengukuhkan hubungan silaturahim serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan dua hala yang memfokuskan kepada pembangunan pendidikan tahfiz, pengajian Islam serta usaha memperkasakan modal insan berteraskan al-Quran dan sunnah. Pertemuan ini turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang akademik, latihan, penyelidikan dan pembangunan pelajar pada masa hadapan.

Dalam sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan profesional, kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan Islam serta melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Pihak Yayasan Tahfiz Sarawak turut diberikan penerangan mengenai latar belakang UNIQSAAS sebagai institusi pendidikan tinggi yang berteraskan al-Quran serta peranannya dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Kunjungan ini diharap menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara Yayasan Tahfiz Sarawak dan UNIQSAAS, seterusnya membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik demi memperkasa agenda pendidikan Islam di peringkat nasional.

UNIQSAAS sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan, agensi dan organisasi dalam usaha membangunkan ekosistem pendidikan yang mampan serta melahirkan generasi ummah yang cemerlang dan berteraskan wahyu.

Disediakan oleh:
Jabatan Perhubungan Korporat
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)

21/09/2026

IJTIMAK UMMAH Negeri Pahang

20 September 2026
📍Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, UNIQSAAS

RIBUAN HADIR MEMERIAHKAN IJTIMAK UMMAH NEGERI PAHANG 2026, PERKUKUH UKHUWAH DAN SEMARAK BUDAYA ILMUKUANTAN, 20 September...
20/09/2026

RIBUAN HADIR MEMERIAHKAN IJTIMAK UMMAH NEGERI PAHANG 2026, PERKUKUH UKHUWAH DAN SEMARAK BUDAYA ILMU

KUANTAN, 20 September 2026 – Ribuan umat Islam dari seluruh Negeri Pahang membanjiri Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) bagi menghadiri Ijtimak Ummah Negeri Pahang 2026, sekali gus membuktikan kecintaan masyarakat terhadap majlis ilmu dan usaha memperkukuh kesatuan ummah.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin, penjawat awam, pendidik, mahasiswa serta orang ramai bagi menghayati pengisian ilmu yang disampaikan oleh tokoh ulama terkemuka dunia Islam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang hadir mewakili YAB Menteri Besar Pahang.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa program seumpama ini memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kefahaman Islam yang sahih, memupuk semangat persaudaraan serta memperkasakan pembangunan ummah berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Beliau turut menyeru masyarakat agar terus mendekati majlis-majlis ilmu dan menjadikan institusi agama sebagai medan pembentukan jati diri serta pembangunan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Dalam majlis yang sama, YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Agama, sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuhkan pembangunan institusi agama, memperkasakan pendidikan Islam serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

Program turut diserikan dengan pengisian ilmu oleh Al-Imam Al-’Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab, anggota Majlis Ulama Kanan Al-Azhar Al-Syarif, Mesir, yang merupakan antara tokoh ulama paling berpengaruh di dunia Islam masa kini.

Kehadiran beliau menjadi tarikan utama program apabila para peserta berpeluang mengikuti tausiah dan perkongsian ilmu yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan umat Islam, termasuk kepentingan kesatuan ummah, pengukuhan akidah serta peranan ilmu dalam membentuk masyarakat yang sejahtera dan bertamadun.

Sambutan luar biasa yang diterima daripada masyarakat Pahang mencerminkan kesungguhan umat Islam untuk mendekati para ulama serta memperkukuhkan hubungan dengan institusi ilmu dan dakwah. Kehadiran ribuan peserta dari pelbagai daerah turut menjadikan program ini sebagai antara himpunan ilmu terbesar yang berlangsung di negeri ini.

Penganjuran Ijtimak Ummah Negeri Pahang 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang bersama institusi pendidikan dan agensi berkaitan dalam memperkasa agenda pembangunan ummah melalui penyebaran ilmu, pengukuhan akidah serta pemerkasaan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat.

Program berakhir dengan penuh keberkatan dan diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam menyatukan umat Islam, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemarakkan budaya ilmu demi kesejahteraan Negeri Pahang Darul Makmur.

Disediakan oleh:
Jabatan Perhubungan Korporat
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)

20/09/2026

IJTIMAK UMMAH NEGERI PAHANG 2026 SERTA MAJLIS PENYAMPAIAN INISIATIF MAKMUR PAHANG (I.M. PAHANG KEPADA KLUSTER AGAMA (MASJID, SURAU KEBENARAN JUMAAT, INSTITUSI TAHFIZ/PONDOK DAN PELAJAR TAHFIZ /PONDOK) PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 2026

TARIKH : 20 SEPTEMBER 2026 (AHAD)
MASA : 7:30 MALAM
TEMPAT : MASJID TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH, UNIQSAAS KUANTAN

20/09/2026

IJTIMAK UMMAH NEGERI PAHANG bersama Al-Imam Al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad Abdul Wahab

PROGRAM KENALI ANAK KITA 2026 TEKANKAN PERANAN KOMUNITI DALAM MEMBANTERAS GEJALA DADAHKUANTAN, 19 September 2026 – Progr...
19/09/2026

PROGRAM KENALI ANAK KITA 2026 TEKANKAN PERANAN KOMUNITI DALAM MEMBANTERAS GEJALA DADAH

KUANTAN, 19 September 2026 – Program Kenali Anak Kita 2026 anjuran PENGASIH Malaysia dengan kerjasama Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya di Auditorium Tuanku Canselor, UNIQSAAS, dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi, yang dalam ucapannya menegaskan kepentingan menghidupkan semula konsep Community Based Support atau sokongan berasaskan komuniti dalam kalangan penduduk setempat bagi membendung gejala dadah yang semakin membimbangkan.

Menurut beliau, masyarakat tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menangani isu penyalahgunaan dadah kepada pihak berkuasa semata-mata. Sebaliknya, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan aktif dalam mengenali, membimbing dan membantu golongan berisiko khususnya remaja agar tidak terjerumus ke dalam kancah penagihan.

“Kita perlu mengembalikan budaya saling mengambil berat dalam komuniti. Apabila masyarakat saling mengenali dan cakna terhadap keadaan sekeliling, pelbagai masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah dapat dikesan serta ditangani lebih awal,” katanya.

Sebelum itu, Yang Hormat Dato’ Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin, Penaung PENGASIH Malaysia, telah menyampaikan ucapan yang menyentuh hati para hadirin apabila beliau meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan penglibatan generasi muda, khususnya anak-anak Melayu, dalam gejala penyalahgunaan dadah.

Beliau menegaskan bahawa isu penagihan dadah bukan lagi masalah individu, sebaliknya telah menjadi cabaran besar kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara. Dato’ Dr. Abd Halim turut menyeru semua pihak agar berganding bahu dalam usaha menyelamatkan generasi muda daripada terus terjebak dengan gejala yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Program tersebut turut menampilkan forum bertajuk “Remaja Berdaya Tahan, Generasi Bebas Penagihan” yang menampilkan Presiden PENGASIH Malaysia, En. Hafizi Harun, kaunselor En. Abdul Ghafar Zaini serta En. Mohd Ali Kamarudin (Mamat Exist) yang berkongsi pengalaman hidup dan perjalanan beliau dalam usaha bangkit daripada cabaran masa lalu. Perkongsian tersebut memberi inspirasi kepada para peserta mengenai pentingnya sokongan keluarga, komuniti dan keazaman diri dalam membina kehidupan yang lebih baik.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan ceramah khas mengenai cabaran penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja masa kini yang disampaikan oleh YBrs. Tuan Aman Mustapha, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang.

Program ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh En. Mohd Ali Kamarudin (Mamat Exist) yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta. Persembahan tersebut bukan sahaja mengimbau nostalgia, malah menjadi medium untuk menyampaikan mesej kesedaran dan harapan kepada generasi muda agar menjauhi gejala negatif serta menghargai peluang untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

Melalui penganjuran program ini, PENGASIH Malaysia dan UNIQSAAS berharap agar kesedaran masyarakat terhadap bahaya dadah dapat terus dipertingkatkan di samping memperkukuh institusi keluarga dan komuniti sebagai benteng utama dalam melahirkan generasi yang sihat, berdaya tahan dan bebas daripada gejala penagihan.

Program Kenali Anak Kita 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan dan masyarakat dalam usaha bersama membina masa depan generasi muda yang lebih sejahtera.

Disediakan oleh:
Jabatan Perhubungan Korporat
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)

IJTIMAK UMMAH NEGERI PAHANG 2026Jom bersama-sama menyertai Ijtimak Ummah Negeri Pahang 2026, sebuah himpunan ilmiah yang...
18/09/2026

IJTIMAK UMMAH NEGERI PAHANG 2026

Jom bersama-sama menyertai Ijtimak Ummah Negeri Pahang 2026, sebuah himpunan ilmiah yang menghimpunkan umat Islam dalam memperkukuhkan kefahaman agama, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kesatuan ummah.

✨ Istimewa bersama tokoh ulama antarabangsa:

Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab
Anggota Majlis Ulama Kanan Al-Azhar, Mesir

Beliau merupakan antara sarjana Islam terkemuka dunia yang akan berkongsi pandangan dan bimbingan berkaitan cabaran semasa umat Islam serta kepentingan berpegang teguh kepada manhaj Islam yang sahih.

🗓 20 September 2026
📍 Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, UNIqSAAS

Program ini terbuka kepada seluruh warga universiti dan masyarakat umum yang ingin menimba ilmu, mendekati para ulama serta memperkukuhkan hubungan sesama ummah.

🌟 Ayuh hadir dan jadikan majlis ilmu ini sebagai medan penyatuan hati, pengukuhan akidah dan pemerkasaan ummah.










Daulat Tuanku, Payung NegaraMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha M...
17/09/2026

Daulat Tuanku, Payung Negara

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Semoga Allah SWT mengurniakan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Patik sekalian warga Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAS) menjunjung kasih atas kepimpinan dan naungan Tuanku dalam memartabatkan agama, ilmu dan pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Pahang Darul Makmur.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.





Address

Km. 8, Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095535555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas:

Shortcuts

Share