09/03/2020
Unit Galeri telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, Kuantan. Lawatan ini disertai oleh 104 pelajar Tingkatan 6 bersama 41 orang guru pengiring.
Lawatan dimulakan dengan sesi motivasi bersama Fakulti Pengurusan Industri di Dewan Astaka. Kemudian, pelajar dan guru-guru dibawa melawat ke Teaching Factory FIM, Perpustakaan UMP Gambang dan Galeri UMP.
Kump**an lawatan ini juga tidak ketinggalan mengunjungi Kompleks Sukan Universiti untuk sama-sama memeriahkan Pesta Buku Big Bad Wolf.