Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan

Call Directions Website

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan Instagram: kptmkuantan
Twitter: kptmktnofficial
Tiktok: kptmkuantan

Empowering future-ready graduates through industry-driven education, transformative experiences and a culture of excellence.

๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah menganjurkan Program Gotong-Royong Kelestarian A...
25/09/2026

๐—š๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š-๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— 

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan telah menganjurkan Program Gotong-Royong Kelestarian Alam anjuran MARA Quality System (MQS) pada 25 September 2026 (Jumaat), bertempat di sekitar kawasan kampus.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini dimulakan dengan sesi senamrobik, diikuti bacaan doa, ucapan alu-aluan serta taklimat gotong-royong sebelum peserta menjalankan aktiviti kelestarian.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat pili bomba, pemasangan sistem monitoring, pemuliharaan Taman Botani serta aktiviti membersihkan dan menceriakan zon-zon sekitar kampus.

Program ini mencerminkan komitmen warga KPTM Kuantan dalam memupuk budaya kerja yang lebih teratur, bersih dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar, di samping memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kampus.

Semoga usaha ini dapat menyumbang kepada persekitaran kampus yang bersih, selamat, ceria dan lestari.

KPTM KUANTAN โ€” BERSAMA MEMBINA PERSEKITARAN LESTARI. ๐ŸŒฑ

๐Ÿ“š ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐—›๐—ฆ๐— ๐Ÿฏ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ฌAlhamdulillah, telah selesai Lawatan Akademik bagi kursus HSM3144 Sport Industr...
25/09/2026

๐Ÿ“š ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐—›๐—ฆ๐— ๐Ÿฏ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—ฌ

Alhamdulillah, telah selesai Lawatan Akademik bagi kursus HSM3144 Sport Industry ke Pusat Kokurikulum UPSI dan UPSI Adventure Park. ๐Ÿง—๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒฟ

Lawatan ini telah disertai oleh 21 orang pelajar Semester 6 daripada Program BS101 Sport Management, bersama 2 orang pensyarah sukan, En. Wan Zuhairi dan En. Anwar Hakim.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai pengurusan industri sukan, pengendalian aktiviti rekreasi dan cabaran sebenar dalam pengurusan fasiliti serta program sukan dan kokurikulum.

โœจ Harapan Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kefahaman mereka terhadap realiti dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Diharapkan juga pengalaman ini menjadi nilai tambah kepada pelajar dalam mempersiapkan diri menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan KPTM Kuantan atas peluang, kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan lawatan akademik ini. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program berjalan dengan lancar.

โ€œLearning Beyond the Classroom, Experiencing the Sport Industry.โ€ ๐Ÿ†๐Ÿ“š






TAHNIAH BUAT YBHG. IR. DR. MAHZAN TEHSetinggi-tinggi tahniah buat YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai K...
25/09/2026

TAHNIAH BUAT YBHG. IR. DR. MAHZAN TEH

Setinggi-tinggi tahniah buat YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARA.

Semoga YBhg. Ir. Dr. Mahzan terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab baharu demi kecemerlangan MARA dan seluruh ekosistemnya.

Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Kerja Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan.



TAHNIAH BUAT YBHG. IR. DR. MAHZAN TEH

Setinggi-tinggi tahniah buat YBhg. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARA.

Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd.









SELAMAT BERSARA BUAT YBHG. DATOโ€™ SERI ZULFIKRI OSMANSetinggi-tinggi penghargaan buat YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri Osman ata...
25/09/2026

SELAMAT BERSARA BUAT YBHG. DATOโ€™ SERI ZULFIKRI OSMAN

Setinggi-tinggi penghargaan buat YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri Osman atas segala dedikasi dan khidmat bakti dalam memimpin MARA dan anak syarikat di bawah MARA.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Selamat bersara, YBhg. Datoโ€™ Seri.

Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Kerja Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan.



SELAMAT BERSARA BUAT YBHG. DATO' SERI ZULFIKRI OSMAN

Setinggi-tinggi penghargaan buat YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri Osman atas segala dedikasi dan khidmat bakti dalam memimpin MARA dan anak syarikat di bawah MARA.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Selamat bersara, YBhg. Datoโ€™ Seri.

Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pengurusan dan Warga Kerja Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd.









๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ: ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—ข๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก23 September 2026, Kuantan - La...
24/09/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ: ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—ข๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก

23 September 2026, Kuantan - Lawatan Kerja Siri 2 Ketua Pegawai Eksekutif ke KPTM Kuantan menjadi platform untuk menelusuri perkembangan, pencapaian serta hala tuju kampus dalam memperkukuh prestasi dan kecemerlangan secara berterusan.

Dalam sesi bersama Pengurusan Tertinggi KPTMSB dan barisan ahli mesyuarat KPTM Kuantan, Tuan Haji Radzuan bin Razali menekankan kepentingan konsistensi dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan, selain memastikan momentum pencapaian yang sedang dibina terus diperkasakan.

โ€œPencapaian yang baik bukan sekadar tentang mencapai sesuatu sasaran, tetapi yang lebih penting adalah keupayaan untuk mengekalkan prestasi tersebut secara konsisten dan terus bergerak ke hadapan,โ€ katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada seluruh warga KPTM Kuantan atas momentum positif yang ditunjukkan, sambil menyeru agar pencapaian sedia ada dijadikan pemangkin untuk membawa KPTM Kuantan ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan lain, Tuan Haji Radzuan turut meluangkan masa menyempurnakan perasmian bilik studio live Tiktok KPTM Kuantan, di bangunan pejabat Bahagian Pemasaran Kampus.

Antara yang hadir dalam sesi lawatan kerja kali ini bagi secara bersemuka adalah Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Perkhidmatan Perniagaan, Encik Mudzir bin Mohamad, Pengarah Kanan Jabatan Modal Insan, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, Pengurus Kanan Seksyen Integriti & Governans, En Hamidi bin Harun, manakala Pengurusan Tertinggi lain hadir secara online di Ibu Pejabat KPTM, Cheras.









๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—œKUANTAN, 22 September 2026 โ€“ ...
22/09/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—œ

KUANTAN, 22 September 2026 โ€“ Mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola (BOG) KPTM Kuantan Bil. 07 (02/2026) telah berlangsung hari ini dengan dipengerusikan oleh Datoโ€™ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, Pengerusi KPTM Sdn. Bhd.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengelola KPTM Kuantan yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan, tadbir urus serta perkembangan semasa institusi.

Antara perkara yang diberi perhatian adalah usaha memperkukuh tadbir urus dan pengawasan terhadap pengurusan institusi bagi memastikan ekosistem pendidikan KPTM Kuantan terus diurus secara cekap, berkesan dan berterusan.

Dalam mesyuarat tersebut, Pengarah KPTM Kuantan, Encik Mohd Zaki bin Ibrahim, turut membentangkan perkembangan serta pencapaian semasa KPTM Kuantan sebagai sebahagian daripada pelaporan kepada Ahli Lembaga Pengelola.

Pada sesi yang sama, Pengerusi KPTM Sdn. Bhd. turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Coffee Street, sebuah ruang keusahawanan yang disediakan bagi memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti perniagaan serta mengembangkan kemahiran keusahawanan secara praktikal.

Lawatan turut diteruskan ke Play Zone, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, yang menyediakan ruang riadah dan rekreasi kepada pelajar dengan kemudahan seperti snuker dan e-sukan.

Semoga hasil perbincangan, pandangan dan keputusan yang dicapai melalui mesyuarat ini dapat terus memperkukuh tadbir urus serta menyokong usaha KPTM Kuantan dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan kecemerlangan institusi.

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐€๐‘๐„ ๐˜๐Ž๐” ๐‘๐„๐€๐ƒ๐˜ ๐“๐Ž ๐๐„ ๐€ ๐‡๐„๐‘๐Ž? ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅ ๐—›๐—”๐—ฉ๐—ข๐—– ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ ๐—›๐—˜๐—ฅ๐—ข ๐—™๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ’ฅBukan sekadar larian โ€” ini masa...
15/09/2026

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐€๐‘๐„ ๐˜๐Ž๐” ๐‘๐„๐€๐ƒ๐˜ ๐“๐Ž ๐๐„ ๐€ ๐‡๐„๐‘๐Ž? ๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ’ฅ ๐—›๐—”๐—ฉ๐—ข๐—– ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ ๐—›๐—˜๐—ฅ๐—ข ๐—™๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ’ฅ

Bukan sekadar larian โ€” ini masa untuk ANDA TURUN PADANG, BERLARI & JADI SUPERHERO! โšก๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ
Kalau korang peminat Marvel, DC, superhero & dunia penuh aksi, event ni memang WAJIB MASUK DALAM CALENDAR! ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ”ฅ

๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ ONE RUN, ONE COMMUNITY!
Ayuh sertai Super Hero Fun Run 2026 dan rasai pengalaman larian dengan vibe superhero yang happening!

๐Ÿ“… 10 OKTOBER 2026 (SABTU)
โฐ 7.00 PAGI
๐Ÿ“ KPTM KUANTAN
๐Ÿƒ 5KM FUN RUN

๐Ÿ’ฐ YURAN PENYERTAAN:
๐Ÿฅ‡ RM45 โ€” Baju + Bib + Medal
โญ๏ธ RM40 โ€” Baju + Bib + Medal ( WARGA KPTM)
๐Ÿ‘• RM35 โ€” Baju + Bib

๐Ÿ”ฅ APA YANG KORANG DAPAT?
โšก Jersey eksklusif Super Hero Fun Run
โšก Bib larian
โšก Medal khas HAVOC KPTM
โšก Suasana larian bertemakan superhero
โšก Aktiviti & pengalaman bersama komuniti Kuantan!

๐ŸŽญ DRESS UP AS YOUR FAVOURITE SUPERHERO!
Nak jadi Superman? Wonder Woman? Batman? Spiderman?
Atau cipta superhero version korang sendiri? ๐Ÿ‘€๐Ÿ”ฅ

Jangan jadi penonton. Jadilah HERO dalam cerita korang sendiri! ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’ฅ
๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG!

Scan QR Code pada poster atau daftar melalui pautan yang disediakan.
๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Zahir: 011-2057 6460
Husna: 017-499 4961

๐Ÿ“ธ Follow & stay updated:

TikTok & Instagram:

๐Ÿ”ฅ HAVOC KPTM KUANTAN โ€” SUPER HERO FUN RUN 2026
RUN TODAY, BE A HERO TOMORROW! โšก๐Ÿฆธโ€โ™€๏ธ๐Ÿฆธโ€โ™‚๏ธ



๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง
๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ž Pn. Dila : 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain : 019-9147467

๐Ÿ’„โœจ ๐— ๐—”๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฃ ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ซ ๐—ข๐—•๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—–๐—ข๐—ฆ๐— ๐—˜๐—ง๐—œ๐—–๐—ฆ  โœจ๐Ÿ’„Calling all KPTM Kuantan girls! ๐Ÿ’• Get ready to showcase your creativ...
15/09/2026

๐Ÿ’„โœจ ๐— ๐—”๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฃ ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ซ ๐—ข๐—•๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—–๐—ข๐—ฆ๐— ๐—˜๐—ง๐—œ๐—–๐—ฆ โœจ๐Ÿ’„

Calling all KPTM Kuantan girls! ๐Ÿ’• Get ready to showcase your creativity, makeup skills and your own interpretation of Naykillaโ€™s Makeup Look! ๐ŸŽ€โœจ

๐Ÿ‘‘ TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR PEREMPUAN KPTM KUANTAN

๐Ÿ“Œ Slot terhad kepada 70 peserta sahaja!
๐Ÿ’— 50 peserta terawal: Yuran penyertaan RM25 sahaja
๐Ÿ’ฐ Normal fee: RM35/person
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh tutup penyertaan: 27/9/2026 (Ahad)

๐ŸŽ Goodies by Obsess Cosmetics
๐Ÿ“œ E-Certificate
๐Ÿ† Grand Prizes & Consolation Prizes

Jangan lepaskan peluang untuk tampil dengan makeup look paling creative & playful! ๐Ÿ’•๐ŸŽ€

๐Ÿ“ฒ Register via QR Code
๐Ÿ“ฒ Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Miss Anis - 013-205 2074

Limited slots. First come, first served! Let your creativity shine! โœจ



๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง
๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ž Pn. Dila : 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain : 019-9147467

๐ŸŽธ๐Ÿ”ฅ  ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—•๐—”๐—ก๐—— โ€“ ๐—›๐—”๐—ฉ๐—ข๐—– ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽธCalling all bands & music lovers! ๐ŸŽค๐ŸŽธReady to showcase your talent and own th...
15/09/2026

๐ŸŽธ๐Ÿ”ฅ ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—•๐—”๐—ก๐—— โ€“ ๐—›๐—”๐—ฉ๐—ข๐—– ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽธ

Calling all bands & music lovers! ๐ŸŽค๐ŸŽธ
Ready to showcase your talent and own the stage? ๐Ÿค˜โœจ

๐Ÿ‘‘ 2 KATEGORI:
๐Ÿ’œ Kategori Awam
๐Ÿ’™ Kategori IPTA/IPTS

๐Ÿ“ KPTM Kuantan
๐Ÿ—“๏ธ 9 Oktober 2026 (Jumaat)
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM200/kumpulan
๐Ÿ‘ฅ Maksimum 8 orang | 2 lagu wajib

๐Ÿ† HADIAH BG SETIAP KATEGORI:
๐Ÿฅ‡ RM1,000
๐Ÿฅˆ RM700
๐Ÿฅ‰ RM500
๐Ÿ… 2 Saguhati ร— RM250

โณ Daftar sebelum 30 September 2026!

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/ERGoNqe6TzRQJhBX6

๐Ÿ“ž Pertanyaan:
Cik Ilham โ€” 011-1095 4494
Cik Iffah โ€” 012-8969 047
Cik Aliyah โ€” 019-903 2860

๐Ÿ”ฅ Grab your bandmates. Pick your songs. Own the stage! ๐ŸŽถ



๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง
๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ž Pn. Dila : 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain : 019-9147467

๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐——๐—จ๐—” ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅKEMAMAN, 14 SEPTEMBER 2026 โ€“ Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan menca...
15/09/2026

๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐——๐—จ๐—” ๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฅ

KEMAMAN, 14 SEPTEMBER 2026 โ€“ Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua gelaran juara dalam acara Bola Tampar Lelaki dan Bola Tampar Perempuan sempena Karnival Sukan Tingkatan Enam Pusat Tingkatan Enam (PTE) Peringkat Negeri dan Kebangsaan Tahun 2026.

Kejohanan Bola Tampar yang berlangsung pada 13 hingga 14 September 2026 di Kolej Vokasional Kemaman menyaksikan kedua-dua pasukan KPTM Kuantan menampilkan prestasi cemerlang dan berjaya menamatkan saingan sebagai juara bagi kategori masing-masing.

Kejayaan tersebut turut memperlihatkan komitmen dan kesungguhan pasukan yang dibimbing oleh Cik Hazirah Izzati binti Samsul Kahar, selaku Coach merangkap Pengurus Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan KPTM Kuantan. Bimbingan serta pengurusan pasukan yang berterusan telah membantu memastikan kedua-dua pasukan dapat memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan.

Pencapaian ini mencerminkan semangat juang, disiplin, kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet KPTM Kuantan dalam mengharumkan nama institusi menerusi bidang sukan.

Untuk penyertaan Karnival Sukan Tingkatan Enam 2026, KPTM Kuantan telah menghantar pasukan bagi dua acara, iaitu Bola Tampar Lelaki dan Perempuan serta Futsal.

Seterusnya, pasukan Futsal KPTM Kuantan dijadualkan meneruskan saingan pada 15 September 2026 bertempat di Volta Arena Shahnaz Sport Centre, Chukai, Kemaman.

Diharapkan kejayaan pasukan Bola Tampar ini dapat menjadi suntikan semangat kepada skuad Futsal KPTM Kuantan untuk meneruskan saingan dan seterusnya mencapai keputusan yang membanggakan dalam Karnival Sukan Tingkatan Enam 2026.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Bola Tampar KPTM Kuantan atas pencapaian tersebut.

#

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง
๐Ÿ”— https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ž Pn. Dila : 019-9567467
๐Ÿ“ž Cik Ain : 019-9147467

Address

KM 8 Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 15:30
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 15:30
Friday 09:00 - 15:30

Telephone

+60199567467

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share