Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA

Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA Page ini berfungsi sebagai medium rasmi menyampaikan maklumat berkaitan program/aktiviti/dll Pusat Perhubungan Alumni UMPSA

KICKSTART PROGRAM MENTORSHIP USAHAWAN SISWA UMPSA11 Mei 2026 | Microsoft TeamsSesi Engagement bersama Mentor dan Mentee ...
12/05/2026

KICKSTART PROGRAM MENTORSHIP USAHAWAN SISWA UMPSA

11 Mei 2026 | Microsoft Teams

Sesi Engagement bersama Mentor dan Mentee Usahawan Siswa UMPSA telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian sebagai pembuka tirai kepada pelaksanaan Program Mentorship Usahawan Siswa UMPSA yang membabitkan alumni usahawan sebagai mentor sekali gus menjadi titik awal kepada perjalanan pembangunan usahawan siswa UMPSA.

Program ini menghimpunkan seramai 20 alumni usahawan berpengalaman untuk berkongsi ilmu, strategi serta pengalaman sebenar dalam membina dan mengembangkan perniagaan kepada 20 mentee yang terdiri daripada usahawan siswa UMPSA di bawah Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) UMPSA.

Melalui program ini, para mentee berpeluang mendapatkan pendedahan secara langsung daripada mentor alumni dalam memahami realiti dunia keusahawanan, memperkukuh kemahiran perniagaan serta membina jaringan profesional yang lebih luas.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pembangunan kompetensi keusahawanan dalam kalangan pelajar, malah turut memperkukuhkan hubungan alumni dan memperkasa ekosistem usahawan UMPSA secara menyeluruh.




JEJAK KERJAYA ALUMNI✨ Puan Lucinda Ipon @ Hendrew📌 IQI Realty Sdn Bhd, Kinabalu🎓 Bacelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan...
11/05/2026

JEJAK KERJAYA ALUMNI

✨ Puan Lucinda Ipon @ Hendrew
📌 IQI Realty Sdn Bhd, Kinabalu
🎓 Bacelor Eksekutif Pengurusan Perniagaan (Graduan 2021)
📝 Titipan kata Alumni :
“Ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian banyak membantu saya membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran pengurusan serta membuka lebih banyak peluang dalam bidang kerjaya.”

🌟 Sorotan Kerjaya Alumni :
- Berkhidmat dalam bidang hartanah bersama IQI Realty Sdn Bhd
- Aktif membantu pelanggan dalam urusan jual beli dan pelaburan hartanah
- Membina kerjaya profesional melalui kemahiran komunikasi dan pengurusan yang dipelajari sepanjang pengajian

Lucinda Ipon | Lucinda Properties Listings



🌸 Selamat Hari Ibu 🌸Pusat Perhubungan Alumni UMPSA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Siti Hawa Apandi atas ...
10/05/2026

🌸 Selamat Hari Ibu 🌸

Pusat Perhubungan Alumni UMPSA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Siti Hawa Apandi atas kejayaan menamatkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu yang sentiasa setia menemani sepanjang perjalanan pendidikan ini sangat menyentuh hati dan menjadi inspirasi buat semua. 💐

Semoga segala jasa dan pengorbanan para ibu sentiasa dihargai dan diberkati.




KUANTAN: Walaupun perjalanan hidup Siti Hawa Apandi berkerusi roda dari peringkat diploma hingga berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) cukup menginspirasikan, kisah sebenar di sebalik kejayaan itu ialah pengorbanan dan sokongan ibunya, Zaidah Tamjis, 63.

[PODCAST EKSKLUSIF LEGACY FTKEE – CHILL & SPILL EPISOD 3]Jom support perkongsian santai tapi penuh ilmu daripada barisan...
08/05/2026

[PODCAST EKSKLUSIF LEGACY FTKEE – CHILL & SPILL EPISOD 3]

Jom support perkongsian santai tapi penuh ilmu daripada barisan alumni hebat FTKEE dalam membincangkan persoalan yang sering bermain di fikiran mahasiswa.

“Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Sambung?” 🎓✨

Pelbagai input menarik akan dikongsikan termasuk hala tuju selepas pengajian, peluang kerjaya serta pengalaman sebenar alumni dalam dunia pekerjaan.

📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 Pagi
📍 Live di YouTube & TikTok EEE SUMPSA

Tahniah dan syabas kepada pihak FTKEE atas penganjuran program yang bermanfaat ini. 👏🏻




01/05/2026

Pusat Perhubungan Alumni UMPSA menzahirkan rasa bangga terhadap alumni yang kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kolej Vokasional Tawau. Sumbangan ini mencerminkan komitmen alumni dalam memperkasa pendidikan serta pembangunan modal insan negara.

Di manakah alumni UMPSA kini berada? Kongsikan lokasi dan peranan anda bersama kami di ruangan komen. 👇




🎙️ CHERITA KITA: Datin Rohaizan binti ZanudinJom tonton video podcast ini dan dengarkan sendiri perkongsian pengalaman d...
28/04/2026

🎙️ CHERITA KITA: Datin Rohaizan binti Zanudin

Jom tonton video podcast ini dan dengarkan sendiri perkongsian pengalaman dalam bidang pembinaan, pengurusan projek dan keusahawanan daripada alumni UMPSA:
✨ “Kepimpinan Wanita Dalam Industri Pembinaan dan Keusahawanan”

📌 Pautan Podcast:
🔗 https://youtu.be/Lvj1T6l1bTo

✨ Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi dan memberi manfaat kepada semua alumni serta penonton dalam membina kerjaya dan perniagaan!




EPS 9 - CERITA ALUMNI KITA BERSAMA DATIN ROHAIZAN BINTI ZANUDIN

JEJAK KERJAYA ALUMNI✨ En. Muhammad Dzakwan Fikri Bin Kamarolazrin📌 GIBI Coffee,📍Pekan Baru Kupang, Kedah📍Kuala Ketil, Ke...
24/04/2026

JEJAK KERJAYA ALUMNI

✨ En. Muhammad Dzakwan Fikri Bin Kamarolazrin
📌 GIBI Coffee,
📍Pekan Baru Kupang, Kedah
📍Kuala Ketil, Kedah
📍Pekan S*k, Kedah
📍Petron Tawar, Kedah
📍Pekan Gerik, Perak
🎓 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam (Graduan 2022)
📝 Titipan kata Alumni : "SALES go up and down but SERVICE stay forever."

Sorotan Kerjaya Alumni:
* Anugerah Usahawan Mara Negeri Kedah 2024-2025
* Exco Usahawan Jurutera Awam, 2018

GIBI Coffee | Dzakwan Fikri Dzakwan



ALUMNI KETENTERAAN UMPSA DI DEFENSE SERVICES ASIA (DSA) EXHIBITION & CONFERENCE 2026📍 20-23 April 2026 | Malaysia Intern...
22/04/2026

ALUMNI KETENTERAAN UMPSA DI DEFENSE SERVICES ASIA (DSA) EXHIBITION & CONFERENCE 2026

📍 20-23 April 2026 | Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ts. Dr. Mohamad Rusydi bin Mohamad Yasin berkesempatan bertemu dengan alumni-alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang kini berkhidmat dalam bidang ketenteraan dan pertahanan sempena Defense Services Asia (DSA) Exhibition and Conference 2026, sebuah platform antarabangsa yang menghimpunkan pemain industri pertahanan dari seluruh dunia.

Warga UMPSA berbangga melihat alumni terus memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menyumbang kepakaran dalam industri pertahanan. 🇲🇾

Pertemuan ini bukan sekadar sesi ramah mesra, malah membuka ruang kepada kolaborasi strategik antara universiti dan industri, khususnya dalam aspek pembangunan bakat, penyelidikan serta inovasi teknologi pertahanan selari dengan keperluan semasa negara.

Kehadiran alumni dalam sektor ini membuktikan keupayaan graduan UMPSA untuk bersaing dan menyumbang di peringkat nasional mahupun global.

Semoga jaringan alumni ini terus diperkukuh dan memberi impak berterusan kepada pembangunan negara.




20/04/2026
20/04/2026

Address

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Perhubungan Alumni-UMPSA:

Share