HEPA UMPSA Malaysia

Call Directions Website Contact the university

HEPA UMPSA Malaysia Facebook ini diwujudkan sebagai medium komunikasi rasmi berkaitan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMPSA

MAGNET HATI @ JHEPA SATUKAN WARGA DALAM DOA, PENGHAYATAN DAN PENGHARGAAN JASAPaya Besar, 25 September 2026 – Jabatan Hal...
25/09/2026

MAGNET HATI @ JHEPA SATUKAN WARGA DALAM DOA, PENGHAYATAN DAN PENGHARGAAN JASA

Paya Besar, 25 September 2026 – Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Kelab Kebajikan JHEPA telah mengadakan Program Magnet Hati @ JHEPA. Program yang menghimpunkan warga JHEPA dengan pengisian Bacaan Yaasin, tazkirah ringkas, doa selamat serta segmen Jasa Dikenang sebagai medium pengukuhan ukhuwah dan kebersamaan warga jabatan.

Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pengurus Besar, Pengarah Pusat Tanggungjawab (PTj) serta warga JHEPA.

Bacaan Yaasin, tazkirah dan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Muhammad Sallehuddin bin Md Derus, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam dan Pembangunan Islam (PIMPIN), JHEPA UMPSA.

Doa selamat turut diadakan bersempena penerimaan dua unit kenderaan baharu Toyota Hiace yang akan digunakan bagi menyokong urusan kebajikan JHEPA. Kemudahan ini diharapkan dapat mempertingkat lagi penyampaian perkhidmatan kepada pelajar dan warga universiti UMPSA.

Pertemuan ini juga turut meraikan mereka yang telah dan akan menamatkan perkhidmatan/kontrak dan bertukar jabatan dalam menghargai jasa, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama JHEPA. Antaranya adalah;

Tamat tempoh Pelantikan Giliran Pentadbiran
1. Profesor Madya Dr. Mansor bin Sulaiman – Mantan Pengarah Pusat Kesihatan Universiti
2. Ts. Dr. Mohamad Rusydi bin Mohamad Yasin – Mantan Pengarah Pusat Perhubungan & Alumni

Pertukaran Penempatan ke Ptj Baharu
1. Encik Mohd Raizalhilmy bin Mohd Rais – Bertukar jabatan ke Institut Pengajian Integrasi Termaju

Menamatkan Perkhidmatan (Pelantikan Secara Kontrak) di UMPSA
1. Cik Siti Aishah binti Md Jenal
2. Cik Nur Hazuani binti Nasaruddin
3. Cik Athirah binti Yusof

Warga JHEPA mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan kepada mereka semua.

“Wisdom Drives Excellence”



Pemakluman Terkini:Daftar Masuk ke Kolej Kediaman sementer 1 Sesi Akademik 2026/2027
25/09/2026

Pemakluman Terkini:

Daftar Masuk ke Kolej Kediaman sementer 1 Sesi Akademik 2026/2027

📢 PAPER SUBMISSION REMINDER | GSLS 2026⏰ 38 DAYS LEFT!Have you started preparing your research paper for GSLS 2026? 📚✍️T...
24/09/2026

📢 PAPER SUBMISSION REMINDER | GSLS 2026

⏰ 38 DAYS LEFT!

Have you started preparing your research paper for GSLS 2026? 📚✍️

This is your reminder to finalise your manuscript and get ready for submission!

📅 Submission Deadline: 31 October 2026

Whether you are preparing a Full Manuscript, Technical Report, Case Study or Brief Report, make sure your paper is ready according to the required format.

📌 Submission link and further instructions will be announced through the official GSLS’26 channels.

Don’t wait until the last minute. Start writing, refine your research and get your paper ready! 🌏

EDARAN PEMAKLUMAN PENTADBIRAN DAN OPERASI KALI KE-232 BIL. 39/ 2026 MENGENAI PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN RAYUAN KALI...
23/09/2026

EDARAN PEMAKLUMAN PENTADBIRAN DAN OPERASI KALI KE-232 BIL. 39/ 2026 MENGENAI PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN RAYUAN KALI KEDUA SESI AKADEMIK 2026/2027 UNTUK PELAJAR KATEGORI MERAH

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Bersama-sama ini dilampirkan Pemakluman Pentadbiran dan Operasi Kali Ke-232 Bil. 39/ 2026 Mengenai Pemakluman Pembukaan Permohonan Rayuan Kali Kedua Sesi Akademik 2026/2027 Untuk Pelajar Kategori Merah untuk makluman dan perhatian YH/YBhg./YBrs./Dato’/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Mahasiswa/i.

Sila klik pautan berikut :
https://edasar.umpsa.edu.my/jhepa/arahan-pentadbiran/2026-1/4024-pemakluman-pentadbiran-dan-operasi-kali-ke-232-bil-39-2026-mengenai-pemakluman-pembukaan-permohonan-rayuan-kali-kedua-sesi-akademik-2026-2027-untuk-pelajar-kategori-merah/file

Sekian, untuk pemakluman dan perhatian semua.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Tarikh: 23 September 2026

23/09/2026

🎤 APA KATA PELAJAR BAHARU?

Daripada pertama kali masuk asrama, mencuba makanan di kampus, hinggalah berkenalan dengan para fasilitator — setiap pengalaman sepanjang MINDS 2026/2027 pastinya meninggalkan cerita tersendiri. 💙

Apa p**a kata pelajar baharu tentang pengalaman mereka di UMPSA?

Jom dengarkan perkongsian mereka! 👀✨

"Wisdom Drives Excellence"



MINDS 2026/2027: Malam Puncak Siswa Semarakkan Semangat PerpaduanBertemakan perpaduan, Malam Puncak Siswa sempena Minggu...
23/09/2026

MINDS 2026/2027: Malam Puncak Siswa Semarakkan Semangat Perpaduan

Bertemakan perpaduan, Malam Puncak Siswa sempena Minggu Induksi Siswa (MINDS) UMPSA 2026/2027 berlangsung meriah di Kampus Paya Besar dan Kampus Pekan dengan menghimpunkan mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Antara pengisian utama ialah Perang Gelanggang Induksi antara fakulti yang menyemarakkan semangat kerjasama dan persaingan secara sihat dalam kalangan mahasiswa baharu. Kemeriahan turut diteruskan dengan persembahan mahasiswa baharu yang menampilkan pelbagai bakat, kreativiti dan semangat kebersamaan.

Program yang berlangsung di kedua-dua kampus ini turut dihadiri barisan pengurusan universiti, pegawai dan warga kampus, sekali gus memeriahkan malam yang menjadi antara pengisian terakhir buat mahasiswa baharu sepanjang minggu induksi.

Majlis ini turut menandakan penutupan Minggu Induksi Siswa bagi mahasiswa Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2026/2027. Menutup tirai MINDS dengan penuh semangat, mahasiswa baharu kini bersedia melangkah ke fasa seterusnya untuk membina pengalaman, mencipta kenangan dan mengukir cerita baharu sebagai warga UMPSA.

“Wisdom Drives Excellence”



📢 TAWARAN JOB ON CAMPUS (JoC) – PETUGAS iFUTURE 2026🎯 50 peluang untuk pelajar UMPSA!Universiti Malaysia Pahang Al-Sulta...
22/09/2026

📢 TAWARAN JOB ON CAMPUS (JoC) – PETUGAS iFUTURE 2026

🎯 50 peluang untuk pelajar UMPSA!

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) membuka peluang kepada 50 orang pelajar untuk menyertai pasukan Sekretariat iFUTURE 2026 melalui Program Job on Campus (JoC).

🌏 iFUTURE 2026 merupakan program kepimpinan belia antarabangsa yang akan berlangsung pada:

📅 10 – 14 Oktober 2026
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL)

Pelajar yang terpilih akan dilantik sebagai petugas program dan menerima bayaran melalui Program JoC. Kemudahan penginapan dan pengangkutan turut disediakan sepanjang program.

✨ SYARAT PENYERTAAN
▪️ Terbuka kepada semua pelajar UMPSA
▪️ Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
▪️ Berpenampilan kemas, profesional dan korporat
▪️ Mampu memberikan komitmen penuh sepanjang program

⭐ KEUTAMAAN PEMILIHAN
Calon yang mempunyai:
▪️ Penguasaan 3 bahasa atau lebih
▪️ Kemahiran/pengalaman dalam media, media sosial, fotografi, videografi atau penciptaan kandungan

🎥 VIDEO PENGENALAN DIRI
Setiap calon dikehendaki menyediakan video pengenalan diri berdurasi 15–30 saat dalam Bahasa Inggeris melalui borang permohonan.

⏰ Tarikh tutup permohonan: 28 September 2026
👥 Terhad kepada 50 orang pelajar sahaja

🔗 MOHON SEKARANG:
https://forms.gle/mqXKsR9b8A9HFabU7

📲 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Sekretariat iFUTURE 2026!
Buat permohonan melalui pautan yang disediakan atau imbas kod QR pada poster.

"Wisdom Drives Excellence"



SALAM ADAB PERKUKUH KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR UMPSAPEKAN, 21 September 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Su...
21/09/2026

SALAM ADAB PERKUKUH KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR UMPSA

PEKAN, 21 September 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh hubungan bersama mahasiswa menerusi SALAM ADAB, yang menjadi platform komunikasi dan penyampaian maklumat berkaitan kebajikan, pembangunan serta kehidupan pelajar di kampus.

Slot tersebut disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, yang turut memperkenalkan barisan Pengarah di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) kepada mahasiswa.

Pengenalan tersebut memberi gambaran yang lebih jelas kepada mahasiswa mengenai struktur pengurusan JHEPA, peranan setiap bahagian serta saluran yang boleh dirujuk bagi mendapatkan perkhidmatan, bantuan dan sokongan berkaitan kehidupan mereka di universiti.

Dalam penyampaian berkenaan, beliau turut menekankan bahawa aspek kebajikan pelajar sentiasa menjadi antara keutamaan universiti bagi memastikan mahasiswa mendapat sokongan yang sewajarnya sepanjang menjalani kehidupan di kampus.

Antara inisiatif yang diberi perhatian ialah Campus Pantry yang disediakan sebagai salah satu bentuk sokongan kepada mahasiswa dalam memenuhi keperluan asas, khususnya bagi pelajar yang memerlukan.

Selain itu, Job On Campus (JOC) turut menjadi antara inisiatif yang membuka peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pekerjaan di dalam kampus. Peluang tersebut membolehkan pelajar menjana pendapatan tambahan bagi membantu menampung keperluan sepanjang tempoh pengajian.

Penglibatan dalam JOC juga memberi ruang kepada mahasiswa mendapatkan pengalaman bekerja, selain membentuk kemahiran, disiplin dan nilai tanggungjawab yang dapat dimanfaatkan sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Menerusi pendekatan ini, UMPSA terus komited memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa dengan memastikan aspek kehidupan, pembangunan diri serta keperluan harian pelajar sentiasa diberi perhatian sepanjang mereka menempuh perjalanan pengajian di universiti.

“Wisdom Drives Excellence”



NAIB CANSELOR UMPSA SANTUNI PELAJAR BAHARU DI KAMPUS PEKANPEKAN, 21 September 2026 – Naib Canselor Universiti Malaysia P...
21/09/2026

NAIB CANSELOR UMPSA SANTUNI PELAJAR BAHARU DI KAMPUS PEKAN

PEKAN, 21 September 2026 – Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias, meluangkan masa menyantuni pelajar baharu sempena kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2026/2027 di Kampus Pekan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed dan Penolong Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Pembangunan Pelajar), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Razali bin Daud serta barisan pengurusan universiti yang bersama-sama menyantuni pelajar baharu serta berinteraksi dengan mahasiswa yang memulakan kehidupan sebagai warga UMPSA.

Kehadiran Naib Canselor bersama pelajar baharu menjadi ruang untuk beramah mesra dan berinteraksi secara lebih dekat, selain memberikan kata-kata semangat kepada mahasiswa yang bakal memulakan fasa baharu dalam perjalanan akademik mereka di UMPSA.

Menerusi sesi Bicara UMPSA, Naib Canselor turut berkongsi amanat dan pandangan berkaitan kehidupan mahasiswa serta kepentingan membina jati diri, disiplin dan sikap bertanggungjawab sepanjang berada di universiti.

Beliau mengingatkan pelajar agar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia di UMPSA dengan bukan sahaja memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik, malah aktif membangunkan potensi diri melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah.

Menurut beliau, kehidupan di universiti merupakan satu perjalanan yang menuntut mahasiswa untuk berani mencuba perkara baharu, membina jaringan persahabatan serta mengembangkan kemahiran yang dapat menjadi nilai tambah dalam menghadapi dunia kerjaya kelak.

Kehadiran pelajar baharu di Kampus Pekan ini sekali gus menandakan bermulanya perjalanan mereka sebagai warga UMPSA untuk menimba ilmu, membina pengalaman dan mengembangkan potensi diri dalam membentuk masa depan yang lebih bermakna.

“Wisdom Drives Excellence”



PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR DAN BANTUAN SARA DIRI PELAJAR BUKAN ISLAM SERTA PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SU...
21/09/2026

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR DAN BANTUAN SARA DIRI PELAJAR BUKAN ISLAM SERTA PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 5.0 SESI AKADEMIK 2026/2027

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat Pelajar dan Bantuan Sara Diri Pelajar Bukan Islam Sesi Akademik Semester I 2026/2027 DIBUKA bermula 15 September 2026 sehingga 18 Oktober 2026.

Sukacita juga dijemput Mahasiswi baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 yang memenuhi kriteria PROGRAM PEMBANGUNAN SISWA SULUNG 5.0 seperti ditetapkan untuk mengemukakan permohonan melalui Permohonan Bantuan Zakat Pelajar dan Bantuan Sara Diri Pelajar Bukan Islam sebelum 30 September 2025.

Pelajar yang berkeperluan dijemput untuk memohon. Diharap semua pelajar peka dan memanfaatkan tempoh ini untuk membuat permohonan.

Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi 09 431 5054 (Kampus Gambang) / 09 431 5027 (Kampus Pekan) atau email kepada [email protected].
Sekian untuk makluman dan tindakan pelajar.

Terima kasih.

"Wisdom Drives Excellence"



Address

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094316999

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEPA UMPSA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to HEPA UMPSA Malaysia:

Shortcuts

Share