03/03/2025
*PROGRAM BUBUR LAMBUK*
Assalamualaikum, dan Salam Ramadhan 🕌🌙
Sabda Rasullulah, “Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan” (HR. Tirmidzi)
Insha-Allah, pada bulan yang mulia ini, pihak SRCxMPP akan mengadakan *Program Bubur Lambuk UNITAR College Kuantan* kepada komuniti setempat.
Dengan ini, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada seluruh warga UNITAR serta kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk membantu kami menjalankan program penyediaan dan pengagihan bubur lambuk dengan lancar. 🙌🏼
Semoga sumbangan dan keprihatinan anda diganjari dengan pahala yang berpanjangan, serta dirahmati oleh Allah S.W.T ☺️🤲🏼