Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Ini adalah page rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang.

Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah bersedia membantu anda , jika anda ada sebarang aduan atau cadangan. boleh nyatakan di page ini , sekian Terima Kasih

Majlis perasmian bulan kemerdekaan peringkat POLISAS
26/08/2017

Majlis perasmian bulan kemerdekaan peringkat POLISAS

22/08/2017
11/07/2017

31/05/2017
Persiapan menjelang MINGGU TRASFORMASI SISWA sesi JUN 2017
29/05/2017

Persiapan menjelang MINGGU TRASFORMASI SISWA sesi JUN 2017

18/05/2017

Jom like team POLISAS

Community Organization

09/12/2016

Assalamualaikum Datin/Dr/Tuan/Puan,

Mohon bantuan semua Penasihat Akademik untuk memaklumkan kepada para pelajar berkenaan pendaftaran peperiksaan dan kelas MUET Sesi Mac 2017.

-----------------------------------------------------------

Sistem pendaftaran PEPERIKSAAN dan KELAS MUET Sesi Mac 2017 telah dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2016 (Jumaat).

Mohon semua pelajar mengisi secara online sepanjang tempoh sistem ini dibuka.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET
Sila hantar dokumen berikut ke kaunter Jabatan Pengajian Am (JPA) selewat-lewatnya 30 Disember 2016.
a. Cetakan borang pendaftaran online: http://aplikasi04.polisas.edu.my/mymuet/
b. Salinan Kad Pengenalan
c. Salinan Slip MUET BSN

2. PENDAFTARAN KELAS MUET
Sila hantar dokumen berikut ke Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) selewat-lewatnya 27 Disember 2016 (Selasa).
a. Cetakan borang pendaftaran online: http://aplikasi04.polisas.edu.my/mymuet/
b. Kiriman Wang RM100

MAKLUMAN PENTING: Calon TIDAK akan didaftarkan sebagai Calon MUET di POLISAS sekiranya tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi POLISAS.

Sekian, terima kasih.

02/12/2016

NOTIS PENGISYTIHARAN PILIHANRAYA PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
POLITEKNIK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN SESI 2016/2017

1. Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan, maka saya mengisytiharkan bagi pengetahuan semua pihak yang berkenaan bahawa satu Pilihanraya Kampus untuk memilih seramai 25 ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik (MPP) Sultan Hj Ahmad Shah Sesi 2016/2017 akan diadakan pada 14 Disember 2016 (Rabu) mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

2. Pemilihan ini adalah untuk mewakili:

Kerusi Umum (7)

Kerusi Jabatan (bilangan)
a. Jabatan Kejuruteraan Awam (4)
b. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (4)
c. Jabatan Kejuruteraan Elektrik (3)
d. Jabatan Perdagangan (4)
e. Jabatan Teknologi Makanan (3)

3. Oleh hal yang demikian dengan pengisytiharan ini, maka Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2015/2016 dibubarkan mulai tarikh 05 Disember 2016.

4. Borang-borang penamaan calon boleh diperolehi daripada Kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau melalui laman sesawang Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah bermula 05 Disember 2016 dan diserahkan pada hari penamaan calon, 08 Disember 2016 di Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Pelajar mulai Jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

5. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap calon yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Kampus adalah seperti berikut:

5.1. Syarat Calon (Kerusi Umum dan Kerusi Jabatan)

a. Calon perlu menyediakan seorang pencadang yang terdiri daripada pelajar yang tidak dicalonkan untuk pilihanraya kali ini.

b. Setiap calon dikehendaki membayar deposit sebanyak RM20.00 sahaja. Deposit akan dikembalikan setelah proses mengundi tamat.

c. Pencalonan adalah terbuka kepada semua pelajar KECUALI:
i. Pelajar tidak pernah menduduki peperiksaan pertama di Politeknik Malaysia;
ii. HPNM kurang 2.75;
iii. Pelajar sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib atau sedang menunggu perbicaraan tatatertib;
iv. Pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS);
v. Pelajar Program Pra-Diploma;
vi. Pelajar sedang mengulang semester; atau
vii. Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib.

d. Calon PERLU mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya DUA(2) semester/SATU(1) tahun tidak termasuk Latihan Industri.

6. Tarikh-tarikh penting berkaitan proses Pilihanraya adalah seperti Lampiran Maklumat Mengenai Pilihanraya yang diedarkan bersama.

7. Sebarang persoalan sila berhubung dengan Pengurus Pilihanraya dan Ketua Operasi Pilihanraya Jabatan seperti senarai di bawah:

i. WAKIL JTM Hasmizi Bin Mohamed
ii. WAKIL JKA Nur Aisah Binti Ab. Moin
iii. WAKIL JKM Ramlatul Rahilah binti Mohd Husin
iv. WAKIL JKE Mohd Zuhaimi bin Zolkifli
v. WAKIL JP Mohd Faizal bin Abu Hassan

MOHD AMIN BIN SULAIMAN
PENGURUS PILIHANRAYA MPP POLISAS
SESI 2016/2017

30/11/2016

KUOK FOUNDATION BERHAD invites applications from students at Malaysian Public Polytechnics for the above awards.

Study grants of RM6,000 per annum each will be offered to successful candidates.

Requirements :

1) Applicants must be Malaysian Citizens.
2) Applicants must have -
at least 4 SPM credits in any of the following subjects :
Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Science or one subject relevant to the course
OR
an overall grade of at least 3.0 and above in their latest Polytechnic results.
3) Kuok Foundation Awards are for needy students only.
4) Applicants must not be in receipt of any scholarship such as JPA scholarship, etc. at the time of application.

Application form can be downloaded from here or obtained from :-

Kuok Foundation Berhad
16th Floor UBN Tower
No. 10, Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur


Completed application forms must reach the Foundation on or before
27 December 2016. Late applications will not be considered.

JOM DAFTAR ESOK
19/11/2016

JOM DAFTAR ESOK

Kami beri ruang..anda ambil peluang..
17/11/2016

Kami beri ruang..anda ambil peluang..

Address

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu
Kuantan
23530

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share