Faculty of Industrial Sciences & Technology - FIST

Directions Website Contact the university

Faculty of Industrial Sciences & Technology - FIST The Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA was established in May

The Faculty of Industrial Sciences & Technology, Universiti Malaysia Pahang was established in May 2008 with the initial offering of the Bachelor of Applied Sciences (Hons) Industrial Chemistry during the 2008/2009 Academic Session, followed by the Bachelor of Applied Sciences (Hons) Industrial Biotechnology during the 2009/2010 Session. The latest program addition is the Bachelor of Applied Sciences (Hons) Material Technology with the first intake of students during Semester 1 of the 2012/2013 Session. The main objective of the Faculty is to address the need for manpower in Science and Technology; to increase knowledgeable and competent human capital especially Research Scientists and Engineers (RSE) as well as technical support in the chemical, petrochemical, oleo-chemical and bioresources - based industries. The Faculty staff is headed by a Dean; assisted by Deputy Deans, Heads of Programmes and Assistant Registrar.

24/09/2026
279 PELAJAR BAHARU SERTAI MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS) PELAJAR SARJANA MUDA BAHARU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI ...
23/09/2026

279 PELAJAR BAHARU SERTAI MINGGU INDUKSI SISWA (MINDS) PELAJAR SARJANA MUDA BAHARU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) SESI AKADEMIK 2026/2027*

Seramai 279 pelajar Sarjana Muda baharu Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Minggu Induksi Siswa (MINDS) Sesi Akademik Semester I 2026/2027 yang berlangsung pada hari ini di Astaka, UMPSA Kampus Paya Besar.

Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar baharu berkaitan aspek akademik, hal ehwal pelajar, keselamatan, kemudahan serta kehidupan sebagai warga FSTI dan UMPSA serta merupakan platform untuk memperkenalkan struktur pengurusan fakulti, perkhidmatan sokongan serta pelbagai peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Antara pengisian utama program ialah Ucapan Aluan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila Ramli, Dekan FSTI secara virtual, Taklimat Slot Akademik yang disampaikan oleh Ts. Dr. Hanida Abdul Aziz, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FSTI, diikuti Taklimat Slot Hal Ehwal Pelajar dan Alumni oleh Ts. Dr. Muhammad Hafiz Mazwir, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FSTI.

Turut diadakan ialah Slot Ijazah Dual yang disampaikan oleh Puan Nor Ilma Mustafa, Eksekutif Kanan, Pusat Kerjasama Akademik dan Mobiliti, Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA), serta Slot Keselamatan dan Teknikal oleh YBrs. Encik Mohamad Hafizi bin Che Mat, Penolong Pegawai Sains FSTI.

Sementara itu, pelajar baharu turut diperkenalkan kepada Slot SCITEXS yang disampaikan oleh Presiden SCITEXS, Saudari Nur Ensyirah, bagi memberikan gambaran mengenai peranan persatuan pelajar serta peluang penglibatan dalam aktiviti dan pembangunan sahsiah di peringkat fakulti.

Program turut diserikan dengan kehadiran Ketua-Ketua Jabatan FSTI iaitu Profesor Madya Ts. Dr. Nurjannah Salim (Ketua Jabatan, Sains Fizikal), Ts. Dr. Nazira Mahmud (Ketua Jabatan Sains Biologi) dan Dr. Mohd Shahril Abu Hanifah (Ketua Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) yang bersama-sama menyambut kehadiran pelajar baharu, sekali gus mencerminkan komitmen warga fakulti dalam memastikan kebajikan, pembangunan akademik dan pengalaman pembelajaran pelajar sentiasa diberi perhatian.

Tahniah, selamat datang dan selamat menjadi warga pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA.

Telah berlangsung Taklimat Akademik Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) Semester I Sesi Akademik 2026/2027 pada ...
23/09/2026

Telah berlangsung Taklimat Akademik Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) Semester I Sesi Akademik 2026/2027 pada 22 September 2026 bertempat di Auditorium Perpustakaan, UMPSA Kampus Paya Besar.

Taklimat Slot Akademik telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Hanida Binti Abdul Aziz (Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, FSTI), Slot Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Muhammad Hafiz Bin Mazwir (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, FSTI) manakala Slot Keselamatan & Teknikal telah disampaikan oleh YBrs. Cik Nor Atiqah Binti Rahim (Pegawai Sains, FSTI).

Sesi taklimat yang diadakan adalah bagi tujuan memberi penerangan dan panduan berkaitan peraturan dan keperluan akademik, hal ehwal pelajar dan teknikal semasa bagi memastikan kelancaran urusan akademik dan P&P bagi Semester I Sesi Akademik 2026/2027 yang akan bermula pada 28 September 2026.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan atas kehadiran.🙏🏻💐

PENGHANTARAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH DUAL UMPSA-KAZNARU KE KAZAKH NATIONAL AGRARIAN RESEARCH UNIVERSITY (KAZNARU), KAZAKH...
22/09/2026

PENGHANTARAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH DUAL UMPSA-KAZNARU KE KAZAKH NATIONAL AGRARIAN RESEARCH UNIVERSITY (KAZNARU), KAZAKHSTAN

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meneruskan komitmen memperkukuh agenda pengantarabangsaan melalui penghantaran pelajar Program Ijazah Dual UMPSA-Kaznaru ke Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU), Kazakhstan bagi sesi akademik 2026/2027.

Pelaksanaan program ini yang ditindikkan kepada program perdana, Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian (BSB) merupakan antara inisiatif di bawah Pelan Strategik UMPSA 2026–2030 (UMPSA30), khususnya Thrust 1: Internationalization, Objective Strategic 1A: Enhancing UMPSA Global Engagement and Internationalization (Institution) melalui KPI 1A.3 (I): Percentage of International Student Enrolment, yang menyokong usaha meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa ke program akademik UMPSA.

Hasil promosi berterusan serta inisiatif pencarian penajaan yang dilaksanakan oleh pihak Unit Penajaan UMPSA dan fakulti, seramai 12 orang pelajar UMPSA akan berangkat ke Kaznaru pada hari ini, 22 September 2026 bagi mengikuti pengajian di KazNARU diiringi oleh penaja yang terdiri daripada Yayasan Sabah, Yayasan Perak dan MARA serta barisan pengurusan UMPSA dan FSTI.

Inisiatif ini bukan sahaja memperluas peluang mobiliti dan pengalaman akademik antarabangsa, malah memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara UMPSA dan KazNARU dalam memperkasakan pendidikan tinggi bertaraf global.

17/09/2026

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Program Profesor Turun Padang (PTP) bagi Pengurusan Risiko dan Kawalan Bahan Kimia bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) pada 2 September 2026 bertempat di Auditorium Perpustakaan UMPSA Kampus Paya Besar.

Program yang melibatkan seramai 120 orang pembantu makmal sekolah ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Geran Inovasi Sosial Universiti (CDU250102) yang bertujuan memperkasakan komuniti melalui perkongsian ilmu, peningkatan kemahiran serta pemindahan pengetahuan daripada pihak universiti kepada komuniti.

Program ini memberi fokus kepada peningkatan kesedaran dan amalan yang betul dalam pengurusan bahan kimia, khususnya berkaitan pengenalpastian bahan kimia berbahaya serta kawalan yang bersesuaian semasa pengendalian dan penyimpanan bahan kimia di makmal sekolah.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/academic/program-profesor-turun-padang-perkasa-pengurusan-risiko-dan-kawalan-bahan-kimia-di-makmal

SENAMROBIK UNIK FSTI 2026UMPSA Kampus Paya Besar, 14 September 2026 – Kelab Keunggulan Insaniah & Kebajikan Fakulti Sain...
14/09/2026

SENAMROBIK UNIK FSTI 2026

UMPSA Kampus Paya Besar, 14 September 2026 – Kelab Keunggulan Insaniah & Kebajikan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (UNIK FSTI) telah menganjurkan Senamrobik FSTI 2026 yang berlangsung di Arena ADAB, hari ini.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 29 orang staf FSTI.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif UNIK FSTI dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga fakulti, selain menjadi medium untuk mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kekitaan antara staf.

Aktiviti senamrobik berlangsung dalam suasana yang ceria dan penuh bertenaga sebelum para peserta menikmati sarapan pagi yang disediakan di Dewan Tun Fatimah.

Program berakhir pada jam 9.30 pagi dan berjalan dengan lancar.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga FSTI yang telah menyertai serta memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seumpama ini dapat diteruskan bagi membudayakan kehidupan yang sihat, cergas dan sejahtera dalam kalangan warga UMPSA.

11/09/2026

Montage 6th Symposium on Industrial Science and Technology (SISTEC2026)
10-11 September 2026
Bangi Resort Hotel

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) ADAKAN LAWATAN TAPAK K...
09/09/2026

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) ADAKAN LAWATAN TAPAK KE MARKAS TENTERA DARAT WISMA PERTAHANAN DAN UMPSA KL BAGI PERSEDIAAN PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA KESELAMATAN DAN KESIHATAN (DRO) SECARA WORK-BASED LEARNING (WBL) 2.0.

KUALA LUMPUR, 8 September 2026 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan lawatan tapak ke Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan bagi meninjau kesesuaian kemudahan serta persekitaran pembelajaran untuk menyokong pelaksanaan Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan (DRO) secara Work-Based Learning (WBL) 2.0.

Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk mendapatkan input dan maklumat berkaitan fasiliti, ruang latihan serta keperluan pelaksanaan WBL 2.0 bagi memastikan penawaran program memenuhi keperluan kualiti dan akreditasi yang ditetapkan. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk membincangkan hala tuju (way forward) program, khususnya ke arah pengembangan dan kesinambungan pengajian ke peringkat Sarjana Muda.

Kunjungan delegasi FSTI yang diketuai oleh Dekan FSTI, Profesor Madya Ts. Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, turut disertai oleh Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Ts. Dr. Hanida binti Abdul Aziz, Penyelaras Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dr. Nurud Suria binti Suhaimi serta Eksekutif Kanan FSTI, Puan Dina Diyana binti Rastam Tan telah disambut baik oleh Leftenan Kolonel Dr. Siti Haizam binti Mohd Zin, Pengarah Pendidikan, Markas Tentera Darat yang mewakili Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan ATM dalam perbincangan kolaborasi akademik bersama UMPSA.

Delegasi FSTI turut berkesempatan mengadakan kunjungan ke UMPSA KL bagi meninjau kemudahan dan fasiliti yang tersedia serta mendapatkan gambaran berkaitan kesesuaian prasarana bagi menyokong pelaksanaan Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan (DRO) secara Work-Based Learning (WBL) 2.0.

SESI AUDIT DALAMAN EKSA ZON FSTI SIRI 2 TAHUN 20269 September 2026 / UMPSA Kampus Gambang: Audit Dalaman EKSA Zon FSTI S...
09/09/2026

SESI AUDIT DALAMAN EKSA ZON FSTI SIRI 2 TAHUN 2026

9 September 2026 / UMPSA Kampus Gambang: Audit Dalaman EKSA Zon FSTI Siri 2 Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada hari ini di Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Audit melibatkan pemeriksaan di Bangunan A1, A2, Makmal dan Bilik Kuliah FSTI bagi menilai pelaksanaan EKSA dari aspek kebersihan, kekemasan, keceriaan, keselamatan dan susun atur persekitaran.

Pihak FSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga fakulti atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi audit berlangsung.

Semoga usaha ini terus memperkukuhkan budaya kerja yang bersih, kemas, teratur dan kondusif.

_JK EKSA FSTI_

📌 PROGRAM MOBILITI INBOUND FSTI–UNAIR | HARI KETIGAPengisian hari ketiga pada 3 September 2026 dimulakan dengan lawatan ...
08/09/2026

📌 PROGRAM MOBILITI INBOUND FSTI–UNAIR | HARI KETIGA

Pengisian hari ketiga pada 3 September 2026 dimulakan dengan lawatan industri dan aktiviti khidmat komuniti antarabangsa di TT Electronics, Kuantan.

Delegasi Universitas Airlangga (UNAIR) diberikan penerangan mengenai operasi syarikat, prestasi keselamatan dan pelaksanaan amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Peserta turut menjalankan aktiviti pemantauan tahap pencahayaan bagi tugasan terpilih untuk menghubungkan pembelajaran teori dengan amalan sebenar di industri.

Pada sebelah petang, delegasi menyertai lawatan kebudayaan dan warisan di sekitar bandar Kuantan, termasuk Muzium Seni Kontemporari (MOCA), Temasya Warisan Pahang serta lokasi seni dan warisan tempatan.

Para peserta turut berpeluang bertemu dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan mencemar duli sempena Temasya Warisan Pahang di MOCA, Kuantan.

Hari ketiga ini memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh melalui gabungan pendedahan industri, aktiviti praktikal dan penghayatan budaya tempatan.

Address

Fakulti Sains Dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Kuantan
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Industrial Sciences & Technology - FIST posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Faculty of Industrial Sciences & Technology - FIST:

Shortcuts

Share