09/06/2026
π΄πππππ π΄πππππ
ππππππππ π΄πππππππ
ππ π·πππππππππ (π΄ππ¨) π¨πππππ π°ππππππππ»ππππ πΊπ
π. π©ππ
. Γ π«πΉ πΊππππ π¬ππππ
IntellecTours Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh UMPSA Advanced, telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama DR Sport Event sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama dalam bidang pengurusan acara, pelancongan pendidikan, program berasaskan pengalaman serta inisiatif pembangunan komuniti yang berimpak tinggi.
Kerjasama ini membuka ruang kepada penerokaan pelbagai peluang kolaborasi yang memanfaatkan kepakaran dan rangkaian kedua-dua pihak dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program secara lebih profesional, inovatif dan mampan.
Melalui jalinan strategik ini, IntellecTours dan DR Sport Event berhasrat untuk membangunkan serta memperluaskan pelaksanaan program yang mampu memberikan nilai tambah kepada peserta, organisasi dan komuniti, di samping menyokong agenda pembangunan bakat serta pembelajaran sepanjang hayat.
Majlis menandatangani perjanjian ini telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Johari bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced mewakili IntellecTours Sdn. Bhd., manakala DR Sport Event diwakili oleh Datoβ Mohd Rosmi Mohamad, Pengurus Besar.
Diharapkan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem program dan acara yang lebih dinamik, berdaya saing dan berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh peranan kedua-dua organisasi dalam menyampaikan pengalaman pembelajaran dan pembangunan yang bermakna kepada masyarakat.